Pengikut Boyzzonne

Friday, July 6, 2012

Sensasi - eX Jalani Sidek - Raja Azmi Tolak Cinta Tan Sri


Belum pun lepas edah, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, mencipta kontroversi terbaharu apabila mendakwa “dihimpit” seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri.
Raja Azmi, 53, berkata, lelaki berkenaan yang berstatus duda mula
mendekatinya selepas tiga hari dia bercerai dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidik
"Memang benar ada seorang lelaki berstatus Tan Sri mahu berkawan dengan saya tetapi tiada apa-apa yang serius buat masa ini. Lelaki itu sebaya dengan saya dan merupakan seorang duda.
Penerbit filem ... Dalam Botol berkata, dia hatinya bagaimanapun belum terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai
"Saya mengenali dia dua tahun yang lalu. Malah bekas suami pun tahu kerana kami adalah rakan perniagaan tetapi kami sudah tidak berhubung selama setahun setengah.
"Saya terkejut apabila dia menghubungi saya secara tiba-tiba dan meluahkan hasrat untuk berkawan dengan saya. Saya belum bersedia untuk berjumpa dengannya walaupun dia sering mengajak saya keluar.
Raja Azmi berkata, pada waktu ini dia lebih selesa untuk bersendiri dan menikmati kehidupan solo dengan sepuas-puasnya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive