Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 30, 2010

HARI JADI


Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

''Apa yang nak ditulis diatas kek hari jadi ni Encik,'' tanya seorang gadis yang bertugas dikaunter.
''Mmm...Tulis je 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian ' sayang bertambah cantik' dibahagian bawah,'' katanya.

Esoknya,lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan pada isterinya yang tersayang, dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Ketika kek itu dibuka di depan isteri,anak-anak dan 50 orang tetamu undangan, lelaki itu terus pengsan. Kemudian, isteri lelaki itu pula pengsan kerana di atas kek itu tertulis perkataan.........

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGAN ATAS , CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH.'

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive