Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 30, 2010

Katak hijau (Oh katak)


Fatin dan Tina yang tersesat ketika mendaki Gunung Ledang, telah terjumpa sebuah gua semasa mereka merayau-rayau untuk mencari jalan keluar. Fatin dan Tina pun masuk ke dalam gua itu.
Baru nak masuk, tiba-tiba muncul satu lembaga hitam dan berkata dengan suara yang sangat kuat.
Kata suara itu.... jeng jeng jeng......

''Heiiiii....manusia!!!!!!!!! Akulah penjaga gua ini. Hati-hati kalau masuk gua ni, sebab dalam gua ni ada katak hijau, nanti kau dapat suami tak hensem. Hahahahhaahahahaha!!!''

Selepas berkata demikian, Zuupppp.... lembaga itu terus lenyap. Entah apa bala, sewaktu berjalan dalam gua tersebut, tiba-tiba........

KROOOONGGGG!!!!
Fatin telah terpijak seekor katak hijau. Maka menjeritlah katak hijau tu..

Sempena Hari Valentine's, 14 Feb 2007 lalu. Fatin dan Tina pun dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga masing-masing. Suami Fatin punyalah tak hensem (jongos habis). Tapi suami Tina hensem sangat-sangat. Macam Hans Isaac.

Fatin tak puas hati, lalu Fatin pun bertanya kepada suami Tina.
Kata Fatin...
Dia lebih cantik daripada Tina, berganda-ganda lebih cantik, tapi kenapa awak kahwin dengan Tina??
Jawab suami Tina....

''NAK BUAT MACAM MANA???? DULU SAYA PUN TERPIJAK KATAK HIJAU TU.......!!!!!!!''

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive