Pengikut Boyzzonne

Wednesday, January 23, 2013

Aaron Aziz Jual Diri Untuk Menang ABPBH?


Tahun lalu kemenangan pelakon ini pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah mencetuskan kontroversi.
Ia gara-gara dia bukan rakyat Malaysia tetapi telah memenangi Artis Paling Popular.
Tahun ini anugerah berkenaan kembali lagi dan
pelakon yang dimaksudkan itu, telah tersenarai dalam tujuh kategori!
Wah banyak tu.. Dia tidak lain dan tidak bukan adalah aktor kacak, Aaron Aziz.
Namun begitu, sewaktu diajukan soalan apakah perasaannya ketika disenaraikan dalam tujuh kategori anugerah pada kali ini dan adakah dirinya berharap untuk memenangi kesemua anugerah tersebut, Aaron ada menjelaskannya.
“Saya tak mengharap, tapi siapa yang tak nak menang. Semua orang nak menang.
“Kalau rezeki sudah masuk dalam senarai top 5 pun dah cukup bagus. Terima kasih kepada kelab peminat saya yang tak pernah jemu-jemu menyokong kerjaya saya sampai hari ini.
“Sebenarnya lagi banyak pencalonan, lagi bertambah ‘stress.’ Kalau dalam banyak-banyak tu satu pun tak menang memang ‘stress’ juga la,” kata Aaron Aziz yang dipetik dari Ohbulan, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, ada yang mendakwa Aaron ‘jual diri’ di laman-laman media untuk meraih simpati supaya peminat mengundinya.
Sambil tergelak Aaron menjawab, “Setakat ini saya tak ada buat ‘promotion’ macam tu”.
“Selalunya saya buat majlis tertutup untuk peminat-peminat saya dan dalam majlis tersebut memang tiada pihak media kerana ia adalah ‘private’ majlis antara saya dan peminat sahaja.
“Untuk apa-apa majlis yang saya adakan bersama peminat saya rasa ia tidak perlu diwar-warkan kepada umum,” katanya. – MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive