Pengikut Boyzzonne

Monday, January 21, 2013

Michael J Fox Larang Taylor Swift Dekati Anaknya

file68cuvkz7fqch2g2d8a3

GURAUAN yang dilakukan oleh pengacara, Tina Fey semasa di Anugerah Golden Globe baru-baru ini tentang penyanyi Taylor Swift dan anak lelaki kepada pelakon Michael J Fox ternyata dipandang serius oleh

bintang filem Back to the Future itu.

Laman Daily Mail melaporkan, Michael memberitahu dia tidak akan membenarkan anaknya, Sam mendekati penyanyi lagu You Belong to Me itu kerana bimbang Taylor akan mengecewakan anaknya.

"Saya tidak akan membiarkannya kerana Taylor akan menulis lagu tentang setiap lelaki yang pernah bercinta dengannya bukan? Saya tidak mahu itu terjadi kepada anak lelaki saya," jelasnya.

Semasa Anugerah Golden Globe, Tina secara bergurau telah menyindir perjalanan cinta Taylor selain memberitahu dia akan mendekati anak Michael.

Taylor pernah terlibat dengan ramai selebriti lelaki.

Tidak hanya itu, Taylor juga dilaporkan pernah cuba mendekati Bradly Cooper namun tidak dilayan oleh pelakon itu kerana menganggap Taylor terlalu muda untuknya.

Taylor sendiri baru sahaja menamatkan hubungannya dengan Harry Styles daripada kumpulan One Direction kerana tidak mempunyai persefahaman.

Sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive