Pengikut Boyzzonne

Tuesday, January 8, 2013

Iklan Melampau Anti-Merokok Di Kecam

Kempen iklan antirokok yang menggunakan model remaja dalam
kedudukan menjolok mata dikecam hebat masyarakat Perancis, semalam.


Menteri Keluarga menuntut supaya iklan itu diharamkan.

Iklan itu yang ditaja Pertubuhan Hak Asasi Bukan Perokok (ANR) menunjukkan seorang remaja melutut seolah-olah melakukan seks oral ke atas seorang lelaki. Bagaimanapun, di bibirnya diletakkan sepuntung rokok.

“Merokok bermakna kita menjadi hamba tembakau,” kata kenyataan di papan iklan itu. Selain iklan itu, dua iklan lain, satu daripadanya menggunakan model remaja perempuan turut dipamer.

Pengarah ANR, Remi Parola mengaku iklan itu bertujuan memberi kejutan kerana hanya dengan cara itu ia akan diberi perhatian golongan remaja.

“Iklan biasa tidak memberi kesan kepada remaja. Namun, mereka akan beri perhatian bila kita rujuk sesuatu isu kepada pergantungan dan sekatan umpama seorang hamba,” katanya.

Parola menegaskan, iklan itu tidak langsung berkaitan dengan seks.

“Meskipun gambar berkaitan seks tapi ia satu visual membuatkan golongan remaja memahami bahaya merokok,” katanya lagi.

Menteri Keluarga, Nadine Morano bagaimanapun menempelak pandangan itu.

“Bagi saya iklan ini umpama mendedahkan golongan remaja kepada perlakuan tidak bermoral.

“Saya kini cuba mengharamkannya kerana bagi saya banyak lagi cara untuk memberi penerangan mengenai ketagihan merokok,” tegasnya. Jurucakap Pertubuhan Keluarga Perancis, Christiane Therry melabel iklan ini amat bodoh.

“Maksud iklan perlu sampai kepada pengguna. Namun, kempen ini lebih tertumpu kepada perlakuan seks,” katanya.

[Sumber]

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive