Pengikut Boyzzonne

Thursday, May 23, 2013

Gadis Cantik Kejam,Pukul Ayah Di Tempat Awam!

GADIS-14-TAHUN-MEMUKUL-AYAHNYA-DI-TEMPAT-AWAMSeorang gadis yang baru berusia 14 tahun nekad mahu memukul ayahnya sendiri di tempat awam tanpa …

menghiraukan orang lain yang lalu lalang di kawasan tersebut.
Apa yang menjadi persoalan dan mengejutkan ialah mengapa bapanya membiarkan saja anaknya bertindak demikian, malah menerima pukulan dalam keadaan yang tenang dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan terhadap perbuatan anaknya yang melampau serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.
Pada satu ketika bapanya meminta anaknya terus memukulnya.
Menurut laporan media, Xiaojin sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik.
Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita.
Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal.
Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah di mana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.
Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak.
Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu dipukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk.

Sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive