Satu pertandingan mencari cacing telah diadakan di ..
Willaston, berhampiran Nantwich, Cheshire dan telah menjadi lokasi untuk Kejohanan Dunia tahunan.Tradisi ini sangat pelik, kerana peserta perlu memburu cacing tanah dengan cara yang unik. Para peserta diwajibkan mematuhi 18 peraturan yang telah ditetapkan.
Diantaranya setiap peserta hanya mempunyai kawasan memburu seluas 3 meter persegi sahaja. Peserta juga dibenarkan bermain muzik atau apa saja untuk menarik perhatian cacing supaya keluar dari tanah. Tapi tidak dibenarkan menggunakan ubat-ubatan termasuk air.
Untuk kali pertama pertandingan ini berlangsung di Desa Nantwich, Chesire, pada 1980. Dengan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.
Dan orang yang pertama kali memperkenalkan sukan memancing cacing ini adalah Tom Shufflebotham, seorang warga tempatan Nantwich.
Dia memperkenalkan sukan unik ini pada 5 Julai 1980, dan ketika itu dia berjaya mendapat 511 ekor cacing tanah dalam masa setengah jam.
No comments:
Post a Comment