Seorang lelaki yang baru empat bulan dibebaskan dari Ordinan Darurat ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di Jalan Angerik, Country Resort Sungai Buloh.
Difahamkan, hasil pemeriksaan pasukan forensik turut menemui satu peluru menembusi satu daripada
jari mangsa.Mangsa, Wong Teck Sern, 42, yang berpakaian lengkap ditemui mati dalam keadaan meniarap dipercayai mati kurang daripada 24 jam berikutan keadaan mangsa yang masih tidak dihurung semut.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam jam 7.30 pagi sebelum tiba beberapa minit di tempat kejadian.
Saja singgah di pagi selasa...
ReplyDelete