Kejadian dilapor berlaku kira-kira 3.05 petang apabila kenderaan warga emas dari arah Mata Ayer menuju Ngulang itu terlajak ke landasan selepas gagal
berhenti di palang penghadang yang diturunkan petugas lintasan.
Menurut polis, sebaik tiba di landasan, kenderaan Yahya dirempuh kereta api dari arah Butterworth menuju Padang Besar.
Mangsa yang menetap di Ngulang cedera parah di kepala dan badan manakala keretanya rosak teruk.
Yahya meninggal dunia pada 5.30 petang selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.
Sementara itu, kereta api terbabit tidak mengalami kerosakan teruk dan meneruskan perjalanan tidak lama kemudian. - Bernama
No comments:
Post a Comment