Dalam nahas kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa, Mohd Nawi Jafar, 58, dari Batu 9, Ibok, Kemaman ditemui terbaring berlumuran darah dengan kesan
kecederaan di bahagian kepala dan badan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Maran.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohmmed fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa bagaimana pun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Maran kira-kira jam 9.45 malam memaklumkan seorang mangsa kemalangan meninggal dunia di klinik tersebut.
“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan seretan tayar dipercayai milik lori yang melanggar mangsa tersebut.
No comments:
Post a Comment