![]() |
Pagar didakwa pengadu cuba dilarikan seorang lelaki |
RANTAU PANJANG - Seorang pembeli besi buruk bertindak berani dengan cuba menanggalkan pagar jambatan di Tasek Bakong, petang kelmarin.
Bagaimanapun usahanya sia-sia kerana besi tersebut masih terlekat kemas pada jambatan itu.
Tindakan berani lelaki sekitar 40-an ini disaksikan penduduk yang melalui jambatan itu.
Biarpun sedar kedudukan jambatan itu di tengah laluan penduduk keluar masuk dari kampung itu , tetapi
lelaki berkenaan seolah-olah tidak takut ditangkap penduduk.
Pengadu seorang wanita yang enggan dikenali berkata, dia terkejut dengan tindakan berani pembeli besi buruk itu.
Menurutnya, dia tidak menyangka lelaki berkenaan berani melakukan kegiatan itu.
“Lelaki tidak dikenali itu datang untuk membeli besi buruk.
“Kemudian saya lihat dia cuba mengambil pagar jambatan yang rosak, apabila sedar saya melihatnya, dia hanya tersenyum,” katanya.
Tahun lalu Sinar Harian pernah menyiarkan aduan penduduk tentang bahaya berikutan pagar sedia ada rosak.
Sekitar September tahun lalu pihak berkenaan tampil menggantikannya dengan yang baru.
Bagaimanapun pagar tersebut rosak semula beberapa bulan lalu, berikutan penduduk kerap duduk di atas jambatan berkenaan.
No comments:
Post a Comment