PASIR PUTEH - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) mengesan taktik penyeludup menghantar barang larangan dengan menggunakan bas ekspres bagi mengelak ditangkap menerusi Ops Letup.
Komander UPP Kelantan, Rusli Karim berkata, UPP menemui pelbagai barang larangan khususnya dari Thailand dalam kenderaan awam terutamanya
bas ekspres untuk dihantar ke destinasi luar Kelantan.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati penyeludup cuba mengaburi mata penguat kuasa dengan mengisi pakaian pada bahagian atas beg yang berisi mercun dan bunga api.
“Dalam Ops Letup, kita menumpukan kepada mercun dan bunga api tetapi kita juga tidak melepaskan kesalahan lain seperti barangan tanpa cukai dan sebagainya.
“Kita berjaya mengesan pelbagai jenis pakaian seperti selipar, kain tudung, baju dan seluar jeans jenama tiruan yang mungkin untuk pasaran musim perayaan selain mengesan makanan yang tidak mempunyai status halal dan tanpa kelulusan daripada Jabatan Kesihatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment