Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 21, 2012

(Gambar) Empat rentung selepas bertembung lori tangki minyak - di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau


Empat rentung selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, semua mangsa yang belum dikenalpasti mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian keempat-empat mangsa yang menaiki kenderaan jenis Nissan Navara dikatakan dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Keratong.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai bertembung dengan lori tangki minyak yang datang dari arah bertentangan.

"Pertembungan itu menyebabkan semua mangsa di dalam Nissan Navara berkenaan tersepit dan gagal keluar selepas kenderaan itu dijilat api.
   
"Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang cedera berjaya keluar dari kenderaannya," katanya.

Katanya kedua-dua kenderaan itu hangus sama sekali dan mangsa yang tersepit juga rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti.

Tekan readmore untuk banyak gambar






No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive