Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 17, 2012

Jutawan Tetra Pak disyaki bunuh isteri

 Siasatan terhadap pewaris Tetra Pak, Hans Kristian Rausing, 49, berhubung kematian isterinya di kediaman mereka di daerah Belgravia, London, Britain ditangguhkan.

Pegawai Penyiasat Scotland Yard, Sharon Marman berkata, jutawan itu ditahan bagi disoal siasat, namun terpaksa ditangguhkan berikutan emosinya masih belum stabil.

“Beliau kini di bawah pengawasan perubatan dan siasatan hanya dilakukan selepas mendapat
kebenaran pihak bertanggungjawab,” katanya.

Inkues kematian Eva Rausing, dimulakan Jumaat lalu bagi mengenal pasti punca kematian wanita itu.

Rausing ditemui mati minggu lalu, selepas polis menahan suaminya untuk siasatan atas tuduhan pengambilan dadah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive