Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 19, 2012

Banglo bekas menteri diceroboh -


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di banglo Allahyarham Megat Junid yang diceroboh tiga perompak di Kelana Jaya semalam. Gambar kecil, Mustafar.

 Balu bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub puan Sri Faizah Shuaib mengalami detik cemas apabila dia ditawan oleh tiga perompak yang memecah masuk rumahnya di Jalan SS7/4 Kelana Jaya di sini semalam.
Kejadian pukul 5.40 pagi itu turut menyaksikan pembantu rumah wanita itu ditampar tiga kali apabila
cuba melawan arahan perompak yang bersenjatakan pemutar skru. Dia dan Faizah diikat dengan wayar sebelum dikumpulkan di ruang tamu.
Pengawal keselamatan, Mustafar Md. Noor, 63, turut dijadikan tawanan sebelum diikat dengan wayar di luar rumah.
Mengimbau semula kejadian itu, Mustafar memberitahu, 10 minit sebelum kejadian, dia yang sedang meronda dikepung oleh tiga perompak berkenaan sebelum suspek mengikat kaki dan tangannya menggunakan wayar yang dibawa.
"Dia mengugut akan membunuh saya jika saya bising. Mereka kemudian masuk ke dalam rumah dengan memecahkan pintu belakang.
"Selepas mengikat Puan Sri bersama pembantu rumah di ruang tamu, mereka menggeledah bilik tingkat bawah," ceritanya ketika ditemui.
Tambahnya, ketika suspek sedang asyik menggeledah, dia mengambil kesempatan berguling-guling sehingga ke luar kawasan rumah untuk meminta bantuan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive