Pengikut Boyzzonne

Monday, August 6, 2012

Insan istimewa Bertenggek bawa motosikal

Sokri hanya bertenggek semasa menunggang motosikalnya


KANGAR - Kehadiran seorang insan istimewa dari golongan orang kelainan upaya (OKU) menarik perhatian orang ramai apabila datang dengan hanya
'bertenggek' di tepi sebelah kiri motosikalnya sambil kedua belah tangannya memegang hendal untuk mendaftar bagi menerima bantuan Kerajaan Negeri.
Walaupun kedua belah kaki, Sokri Saad, 33, dari Kampung Hutan Melintang, Kayang, di sini, kudung sehingga paras lutut, dia tidak mahu ketinggalan menerima bantuan seperti orang lain.
Dia antara 2,084 penerima bantuan sempena Ramadan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kayang di Masjid Kampong Behor Temak, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive