Pengikut Boyzzonne

Friday, August 10, 2012

Lelaki myammar Mati dikelar


SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki Myanmar ditemui dengan kesan kelar di leher di sebuah bengkel kereta di Batu 5 Ampang, Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa seorang
mekanik berusia 30 tahun dari Pandan Jaya, Ampang dan bekerja di bengkel itu yang menyediakan perkhidmatan mencuci kereta.
Suspek disyaki dalam kalangan rakan-rakan sekerja dan setakat ini enam pencuci kereta rakyat Myanmar direman sehingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media, semalam.
Mohd Adnan berkata, polis kini memburu seorang lagi rakyat Myanmar dikenali sebagai Sultan dan berusia lewat 20-an, bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, polis menjumpai sebilah pisau dipercayai digunakan untuk mengelar leher mangsa.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive