Pengikut Boyzzonne

Friday, August 10, 2012

Pelajar maut nahas ketika ke sekolah


KUANTAN - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Besar Chenor, dekat Maran, pagi tadi.
Mangsa Lukmanul Hakim Ruslan, 17, pelajar Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan Chenor, meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Chenor akibat parah di kepala dan badan.
Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian pukul 7.10 pagi itu, mangsa yang
membonceng motosikal rakannya
dalam perjalanan ke sekolah.
"Dipercayai motosikal yang ditunggang rakannya itu bergesel ketika cuba memotong sebuah motosikal di hadapan mereka.
"Motosikal yang dinaiki mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum sebuah kereta merempuh mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
"Siasatan awal mendapati rakan mangsa yang menunggang motosikal itu tidak memiliki lesen memandu sah dan kedua-dua mereka juga tidak memakai topi keledar.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive