Pengikut Boyzzonne

Friday, August 10, 2012

Pesalah juvanil mulut berbuih diserang sawan

Remaja berkenaan diusung turun dari tingkat dua oleh pembantu perubatan dan polis.


KOTA BHARU – Terkejut diperintah menjalani pemulihan di Henry Gurney kerana memiliki dadah, seorang remaja berusia 17 tahun sesak nafas dipercayai diserang sawan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Keadaan remaja itu menyebabkan prosiding di mahkamah tergendala serta merta sebelum dia dibawa menaiki ambulans ke hospital.
Sebelum itu, Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor memerintahkan pesalah juvanil berkenaan menjalani pemulihan selama tiga tahun di Sekolah Tahanan Henry Teluk Mas, Melaka.
Sejurus hukuman diperintahkan, remaja yang sepatutnya meraikan hari lahirnya
semalam itu, sesak nafas sebelum rebah ke lantai dalam keadaan menggigil dengan mulut berbuih.
Dia kemudiannya dibantu kakitangan mahkamah dan polis sebelum bertindak menghubungi ambulans.
Remaja yang sudah tidak bersekolah itu didakwa memiliki 0.6 gram dadah metamphetamine di sebuah rumah di Kampung Wakaf Stan Kubang Kerian di sini, pada jam 5.30 pagi, 6 Februari lalu.
Pada prosiding semalam, dia mengaku bersalah dan turut dikenakan perintah jagaan Pegawai Akhlak selama setahun selepas selesai pemulihan pada usia 21 tahun.
Seorang wanita dipercayai ahli keluarganya turut dilihat menangis melihat keadaan remaja itu. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive