Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 8, 2012

P.Pinang Beri Chong Wei Insentif RM100,000


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang akan memberi anugerah insentif RM100,000 kepada pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei kerana memenangi pingat perak pada temasya Olimpik London semalam.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, insentif itu juga sebagai
menghargai kejayaan Chong Wei menjadi rakyat Malaysia pertama pernah memenangi dua pingat perak pada kejohanan Olimpik.
“Anugerah ini juga sebagai galakan untuk beliau meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016. Anugerah insentif ini akan diberi melalui program ganjaran Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd (PBA) untuk olahragawan Pulau Pinang yang bertaraf dunia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Guan Eng berkata, walaupun kecundang kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir, tetapi Chong Wei berusaha dengan gigih hingga menimbulkan rasa bangga setiap rakyat Malaysia.
Tambahnya, Chong Wei menjadi juara Olimpik dalam hati setiap rakyat Malaysia walaupun gagal memenangi pingat emas dan Pulau Pinang berasa bangga dengan kejayaan juara badminton tersebut.
Pengumuman Kerajaan Pulau Pinang itu bagaimanapun dilihat segelintir pihak sebagai cubaan untuk `menutup’ kebiadapan wakil rakyat DAP, M.Manoharan yang memperlekehkan jaguh badminton tersebut hingga menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive