Pengikut Boyzzonne

Monday, November 14, 2011

Lagu Susilo dimainkan di APEC



PRESIDEN INDONESIA, Susilo Bambang berucap kepada para delegasi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii kelmarin.


HONOLULU, Hawaii - Sementara para pemimpin lain keluar bermain golf atau menunggang kuda untuk beriadah, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sempat mencipta lagu menjelang Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii, Amerika Syarikat (AS).
Sebuah lagu ciptaan Susilo tentang alam sekitar dimainkan sejurus sebelum beliau bercakap kepada peneraju-peneraju perniagaan dalam satu majlis sampingan sempena persidangan OPEC di sini kelmarin.
"Setiap pemimpin di mana-mana sahaja mempunyai hobi. Sebahagian mereka gemar bermain golf, yang lain minat memancing," kata pemimpin berusia 62 tahun itu semasa menjawab soalan wartawan.
"Hobi saya pula ialah mencipta lagu. Saya bukan kerap melakukannya tetapi apabila suasananya sesuai, saya akan mencipta lagu," katanya.
Menurut Susilo, beliau akan mencipta sebuah lagu setiap tiga atau empat bulan.
"Inilah cara saya berkomunikasi dengan orang ramai. Jika saya menggunakan ucapan politik, sentiasa akan ada mereka yang tersalah tanggapan," jelas Susilo.
"Namun, jika saya menggunakan lagu untuk berkomunikasi, ia lebih mudah diterima oleh sesiapa sahaja. Inilah cara saya meredakan tekanan sebagai seorang pemimpin negara," tambahnya.
Lirik lagu bertajuk Save The Earth (Selamatkan Bumi) yang dimainkan sebelum ucapan Susilo kelmarin mencerminkan keghairahan beliau untuk melindungi alam sekitar. - AFP

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive