Pengikut Boyzzonne

Monday, November 14, 2011

Villa Impian di Batang Kali


PANDANGAN sudut tepi rumah yang dihiasi taman mini.


TREND kenaikan harga kediaman di Lembah Klang telah memaksa pembeli beralih arah ke kawasan pinggir bandar seperti Sungai Buloh dan Beranang di Selangor.
Namun, jika anda tidak keberatan apa salahnya menjenguk Villa Impian yang terletak di Bandar Utama, Batang Kali, Selangor. Walaupun kedudukannya agak jauh sedikit dari ibu negara, ia mungkin pilihan yang lebih berbaloi.
Villa Impian dibangunkan oleh Ligamas Sdn. Bhd., syarikat yang sebelum ini terlibat membina kediaman semi-D dan rumah kos rendah di pinggir Kuala Lumpur.
“Villa Impian merupakan projek eksklusif yang hanya melibatkan 21 unit banglo,” kata Pengurus Ligamas, Nahar Bodin, 49.
Sungai
Terletak di tepi Sungai Batang Kali, Jalan Genting-Hulu Yam, keindahan alam semula jadi itu memberi kelebihan kepada Villa Impian.

SENTUHAN cat putih dengan langsir bercorak menyerlahkan suasana moden di ruang makan.


Apatah lagi kedudukannya yang hanya 25 minit untuk ke Bukit Fraser dan 20 minit perjalanan berkereta ke Genting Highlands.
“Kehijauan dan kawasan berbukit-bukau pasti memberi kelainan. Penghuni akan bertambah selesa kerana bilangan kenderaan di sini tidak sebanyak di bandar-bandar besar,” ujar Nahar.
Rumah contoh vila ini yang merupakan kediaman mewah dua tingkat menggunakan khidmat Laras Kreatif Studio sebagai pereka hiasan dalamannya. Syarikat itu berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang berkenaan.
Sentuhannya begitu mengagumkan. Hampir di sekeliling rumah ditanam tumbuhan hiasan yang mencetuskan aura alam.
Di beranda, jubin seramik berwarna coklat dan kuning disusun secara kreatif seolah-olah mengalu-alukan kehadiran tetamu.
Melangkah masuk ke dalam rumah, ruang tamu futuristik pantas menarik perhatian.
Malah, tidak sabar rasanya untuk segera melabuhkan punggung di atas sofa putih yang unik rekaannya.
Ternyata pereka telah meletakkan aksesori yang sesuai di ruang ini untuk menampakkan ciri mewah sebuah banglo idaman.
Malah kelima-lima bilik tidur kediaman ini turut dicat warna putih.

LANGSIR hitam bilik tidur utama bagai memastikan tidur yang lena sepanjang malam.


uturistik dengan karpet hitam dan set sofa putih. Apabila digabungkan dengan langsir dan dinding yang juga dicat putih, imej mewah nyata terserlah. ">
Di ruang makan, pelantar rehat yang berlantaikan kayu jejalur berlapis memberi suasana seperti di sebuah calet.
Di tingkat bawah terdapat dua buah bilik, satu untuk pembantu rumah yang terletak berhampiran dapur manakala satu lagi untuk tetamu yang dibina berdekatan ruang makan.
Laman
Tiga lagi bilik tidur ditempatkan di tingkat atas. Sebuah ruang keluarga turut menanti di situ.
Perabot upholsteri kelihatan sepadan dengan lantai berwarna coklat. Setelah penat bekerja seharian, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk melepaskan lelah.
Kediaman ini menggunakan konsep terbuka untuk ruang tamu dan ruang makan.
Rumah contoh ini juga dipasang dengan sistem penggera keselamatan. Halamannya sangat luas. Ia bagaikan sebuah taman mini yang mampu memuatkan sehingga 10 buah kereta pada satu-satu masa.

RUANG tamu futuristik dengan karpet hitam dan set sofa putih. Apabila digabungkan dengan langsir dan dinding yang juga dicat putih, imej mewah nyata terserlah.


“Di Lembah Klang, banyak rumah semi-D dan banglo malah lokasinya lebih strategik. Tetapi dengan harga sehingga RM2 juta, tidak ramai yang mampu memilikinya.
“Kerana itulah kami menawarkan kediaman yang tidak kurang hebatnya ini,” kata Nahar.
Beliau menambah, setiap unit rumah villa Impian dibina di atas tanah seluas di antara 1,300 hingga 1,800 meter persegi.
“Banglo seumpama ini jarang terdapat pada harga permulaan RM650,000.
“Apa pun saya memberi jaminan inilah satu-satunya rumah banglo dengan halamannya begitu luas,” ujar Nahar.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive