Keadaan mesin ATM yang dirompak di pasar raya Giant, Taman Melawati. Kuala Lumpur semalam. |
Sekumpulan perompak telah melarikan wang berjumlah RM80,000 dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di pasar raya Giant di Taman Melawati di sini semalam.
Perompak dipercayai lebih daripada seorang itu dianggap polis sebagai profesional kerana
semasa mesin ATM itu dipecah, alat penggera ATM terbabit tidak berbunyi manakala pengawal keselamatan yang bertugas pula tidak menyedari kejadian tersebut.
Pasar raya itu mempunyai dua mesin ATM daripada dua buah bank namun sebuah lagi mesin ATM tidak diusik perompak.
Sumber polis berkata, pengawal keselamatan di pasar raya tersebut hanya menyedari mesin ATM itu dirompak pada pukul 5.15 pagi setelah ternampak kesan pecah pada ATM tersebut.
"Pengawal keselamatan berkenaan mendakwa perompak mungkin memecah mesin ATM tersebut ketika dia (pengawal keselamatan) membuat rondaan di kawasan lain pasar raya,
No comments:
Post a Comment