SATU mayat ditutup dengan kain di luar bangunan Empire State di New York semalam. |
NEW YORK - Dua maut dan lapan lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar Bangunan Empire State di bandar raya ini semalam, kata polis.
Bangunan pencakar langit itu merupakan antara lokasi pelancongan popular di bandar raya ini.
Antara yang maut ialah lelaki yang melepaskan
tembakan tersebut.
Menurut polis, lelaki itu dikenali sebagai Jeffrey Johnson, 53, bekas pekerja syarikat Hazan.
Seorang saksi pula berkata, lelaki bersenjata itu bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah orang awam.
Serangan itu berlaku pada waktu pagi di luar bangunan mercu tanda tersebut ketika orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Stesen televisyen tempatan, NY1 melaporkan empat mangsa yang terkena tembakan tidak mengalami luka serius.
Punca kejadian masih belum diketahui.
Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg menjelaskan, beberapa mangsa mungkin terkena tembakan peluru polis. - Agensi
No comments:
Post a Comment