Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 23, 2012

Berlari Sambil Galas Peti Sejuk Untuk Kutip Derma


London – Seorang lelaki mempunyai cara tersendiri untuk melakukan kebajikan. Beliau sanggup menggalas peti sejuk di belakangnya sambil berlari selama 30 hari, semata-mata untuk menarik perhatian ramai.
Tony ‘The Fridge’ Phoenix-Morrison, 48, yang berasal dari Hebburn itu akan berlari dari Newcastle ke South Shields dalam
masa kurang tiga jam setiap hari.
Selepas menamatkan larian sejauh 13.1 batu itu, bapa kepada empat anak tersebut akan memulakan tugasnya sebagai pengarah pemasaran di sebuah syarikat.
“Beberapa tahun lalu, saya memutuskan untuk mengutip derma bagi badan kebajikan namun saya mahu ia dilakukan dengan cara berbeza.
“Semua orang berlari, jadi saya memutuskan untuk menebuk lubang sebuah peti sejuk dan kemudiannya berlari, jadi orang ramai boleh memasukkan wang ke dalam peti berkenaan,” katanya.
Dengan berbuat demikian, ia berjaya menarik perhatian ramai dan mereka akan menderma selain memberikan sokongan kepada beliau.
“Pada mulanya saya berfikir bahawa ia merupakan kerja gila. Bagaimanapun saya telah memulakan larian ini pada pagi Sabtu lalu.Setiap kali saya berlari
akan ada orang yang akan berlari bersama saya,” katanya.
Phoenix-Morrison berharap dapat mengumpul wang sebanyak £20,000, namun setakat ini beliau berjaya mengumpul £5,000.
Namun katanya, keputusan yang diambilnya untuk berlari bukan hanya untuk mengutip wang semata-mata sebaliknya ia dapat mengekalkan stamina badan serta menghargai kehidupan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive