NAAHA (Indonesia): Disebabkan perkara kecil, Aidit, 34, penduduk Kampung Teteona, Kacamatan Wonggeduku, daerah Konawe ditikam oleh adiknya Jasmin, 24, semalam.
Aidit meninggal dunia ketika dibawa ke
Hospital Awam Daerah Sultra.
Kedua-dua beradik itu bertengkar selepas mangsa merasa tersinggung apabila si adik menegur abangnya supaya memperlahankan bunyi radio kerana sudah lewat malam.
Ketua Bahagian Jenayah Polis Konawe, AKP Turuman Marani berkata, kejadian berlaku di rumah ibu bapa mereka.
Ketua Bahagian Jenayah Polis Konawe, AKP Turuman Marani berkata, kejadian berlaku di rumah ibu bapa mereka.
Dia lalu memainkan radio dengan kuat hingga mengganggu ketenteraman jiran, lebih-lebih lagi waktu sudah lewat malam.
“Jasmin menegur abangnya tetapi tidak diterima baik oleh Aidit yang masih mabuk. Mereka kemudian bertengkar,” kata Turuman.
Melihat situasi yang tegang itu, Ketua Kampung Teteona meleraikan kedua-dua beradik itu. Apabila suasana tenang tiba-tiba bekalan elektrik dimatikan.
Aidit menyangka adiknya mematikan fius supaya bekalan elektrik terputus dan dia tidak dapat memainkan radionya.
Aidit menuduh Jasmin mematikan bekalan elektrik lalu kedua-duanya bertumbuk.
Jasmin melarikan diri ke dalam bilik tetapi dikejar oleh Aidit yang terus memukulnya. Dengan pantas, Jasmin menikam perut abangnya dengan pisau menyebabkan Aidit rebah.
Ketua kampung yang masih di tempat kejadian membantu membawa Aidit ke hospital tetapi mangsa mati dalam perjalanan. - JPNN
No comments:
Post a Comment