LONDON: Lady Gaga dengan rasminya lebih berpengaruh daripada Ratu Elizabeth, menurut satu kaji selidik terbaru, semalam.
Penyanyi Born This Way itu menduduki tangga lebih tinggi berbanding monarki Britain berkenaan dalam kaji selidik tahunan majalah Forbes terhadap wanita paling
berkuasa di dunia.Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Germanotta menduduki tangga ke-14 dalam senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia, di atas Ratu Elizabeth II yang menduduki tangga ke- 26. Gaga, 26, adalah wanita termuda dalam senarai itu, manakala Ratu Elizabeth, 86, pula yang tertua.
Seorang lagi wanita Britain yang turut tersenarai ialah penulis Harry Potter, J K Rowling, 47, yang berada di tangga ke-78. Penyanyi Crazy In Love, Beyonce turut berada dalam senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia - di tangga ke-32, enam tangga diatas Jennifer Lopez. Canselor Jerman, Angela Merkel dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton adalah wanita paling berkuasa di dunia apabila menduduki tempat pertama dan kedua.
Senarai itu membabitkan wanita yang menceburi politik, perniagaan, media, hiburan dan organisasi tidak berkeuntungan.
Kedudukan mereka ditentukan oleh pengumpulan harta, kemunculan dalam media dan impak keseluruhan. Ini bukan kali pertama Gaga membuktikan penguasaannya. Bintang pop itu juga menjadi ratu Twitter apabila mempunyai pengikut paling ramai di laman media sosial itu. - DM
No comments:
Post a Comment