Pengikut Boyzzonne

Friday, August 24, 2012

Aishah derita mata ditusuk wau

MOHD. SHAHIMIN melihat mata Siti Aishah yang mengalami masalah penglihatan di Tanah Merah Dalam, Jitra baru-baru ini.

JITRA - Biarpun sudah empat tahun berlalu, kejadian mata kanan tertusuk bilah wau masih menjadi igauan buruk buat Siti Aishah Shahimin, 11, apabila dia kini menghadapi masalah penglihatan sehingga menjejaskan pembelajarannya.
Siti Aishah yang mengikuti program pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin di sini masih tidak dapat
membaca dengan lancar selain sukar mengingati apa yang diajar.
Lebih memburukkan lagi keadaan apabila kecederaan mata itu turut mengakibatkan gangguan pada sistem saraf dan menyebabkannya kerap diserang sawan pada tahun lalu. Bagaimanapun ia pulih selepas menerima rawatan hospital.
Bapa Siti Aishah, Mohd. Shahimin Mat Khir, 44, memberitahu, akibat diserang sawan, hampir setiap hari dalam tempoh sebulan pada tahun lalu, anaknya juga menghadapi masalah pertuturan.
"Tragedi pada 10 Mei 2008 itu menyebabkan masa depan anak saya kabur dan hanya satu harapan saya iaitu matanya dapat dipulihkan semula untuk dia teruskan pembelajaran.Kejadian empat tahun lalu itu berlaku ketika Siti Aishah yang baru berusia tujuh tahun bermain di hadapan rumahnya sebelum wau secara tiba-tiba jatuh di hadapan mukanya dengan bilah menusuk mata kanan.
Akibat kejadian, mata anak keempat daripada enam beradik tersebut berdarah kerana korneanya terkoyak.
Katanya, kornea anaknya digantikan dengan kornea baharu berbentuk gel, bagaimanapun penglihatan anaknya tidak kembali seperti asal.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive