Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 25, 2012

Kedah mahu calar reputasi Kelantan di gelanggang keramat lawan


BIARPUN sedar bakal berdepan kesukaran ketika menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini, Kedah tidak sesekali mahu mengalah lebih awal.
Sebaliknya, skuad Kenari menjanjikan persembahan terbaik, sekali gus mengutip sekurang-kurangnya satu mata di gelanggang keramat
The Red Warriors itu.
Penolong jurulatih Kedah, Radzi Md. Din berkata, kekalahan 0-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan pembukaan Kumpulan B di gelanggang sendiri Rabu lalu bukanlah titik penamat bagi skuad Kenari.
"Kita jadikannya pengajaran dan dua kelemahan yang telah dikenal pasti iaitu di bahagian serangan dan pertahanan akan diperbaiki bagi memberikan aksi terbaik di Kelantan," kata Radzi ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Radzi, kehadiran semula Khyril Muhymeen Zambri dan pemain import, Abdelfatah Safi diharap dapat melonjak semangat baharu buat skuad Kenari bagi menghadapi Kelantan.
"Saya harap penampilan semula kedua-dua pemain utama ini (Khyril dan Abdelfatah) dapat memberikan suntikan semangat buat pemain lain dalam memberikan aksi terbaik di gelanggang lawan nanti," ujarnya.
Bagaimanapun, Radzi berkata, dua lagi tonggak Kedah iaitu Amar Rohidan dan Azmizi Azmi masih tidak dapat beraksi kerana dihantui kecederaan.
Jelasnya, Kedah sedikit kecewa apabila tidak dapat menurunkan pemain pertahanan, Mohd. Fazliata Taib yang dilayangkan kad merah ketika menentang ATM.
"Bagaimanapun, kita ada penggantinya yang tidak kurang hebat untuk mengimbangi perlawanan dengan Kelantan malam esok (malam ini)," katanya.
Radzi menambah, walaupun Kelantan dilabel pasukan yang kuat, namun Kedah yakin dapat memberikan aksi terbaik berdasarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan sebelum ini.
"Kita akan melakukan sedaya upaya dan berharap dapat membawa balik sekurang-kurangnya satu mata," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive