Pengikut Boyzzonne

Friday, August 24, 2012

Guru disangka haiwan | Ditembak abg ipar


LOKASI...laluan ke lokasi kejadian mangsa ditembak

TAMPIN: Seorang guru maut akibat terkena peluru penabur daripada tembakan abang iparnya ketika mereka memburu rusa bersama tiga rakan di hutan Kampung Anak Air, Durian Daun, Pondoi di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, abang ipar mangsa berusia 52 tahun dikatakan melepaskan
tembakan senapang patah ke arah pokok bergoyang dalam gelap kerana menyangkakan terdapat haiwan buruan.

Bagaimanapun, lelaki terbabit terperanjat besar sebaik mendengar suara orang mengerang kesakitan sebelum pergi memeriksa dan mendapati adik iparnya, Amir Ain, 40, parah di perut manakala rakan mereka, Mohd Isa Salican, 50-an yang bekerja di ladang lembu di kampung itu cedera di bahagian pinggul.

Amir yang berasal dari Perlis dan mengajar di sebuah sekolah menengah di Selangor, baru pulang bercuti menyambut Aidilfitri di kampung isterinya di Taman Desa Permai, Repah, di sini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive