Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 23, 2012

Notis pusat parkir lepas tangan

KEBANYAKAN parkir swasta mempamerkan notis pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan kenderaan seperti pusat parkir swasta di Jalan Putra, Kuala Lumpur ini.


KUALA LUMPUR – Tindakan pengusaha tempat letak kenderaan swasta yang mempamerkan notis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan kenderaan dianggap tidak munasabah sedangkan mereka mengenakan
bayaran kepada pengunjung.
Hak pengguna yang membayar untuk perkhidmatan tersebut seakan-akan diketepikan berdasarkan syarat yang dianggap seperti lepas tangan oleh pihak pengurusan parkir berkenaan.
Tinjauan di beberapa buah kawasan parkir swasta sekitar ibu kota mendapati hampir kesemua pengusaha parkir itu mempamerkan notis yang sama.
Dengan bayaran sekitar RM5 sejam yang dikenakan kepada pengguna, ia dilihat tidak setimpal dengan perkhidmatan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive