Pengikut Boyzzonne

Friday, August 24, 2012

Jurugambar buat laporan polis terkena serpihan mercun

MOHAMAD GUSTIE (kiri) menunjukkan kesan letupan mercun sambil diperhati oleh beberapa anggota keselamatan yang bertugas di Stadium Negeri, Petra Jaya

BERANG akibat terkena serpihan mercun ketika aksi Piala Malaysia antara Sarawak dan Selangor di Stadium Negeri, Petra Jaya malam kelmarin, sekumpulan jurugambar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam, lapor MULLER ASEN.
Insiden balingan mercun oleh seorang penonton tidak bertanggungjawab ke arah sekumpulan jurugambar terbabit berlaku sebaik
sahaja wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan pada pukul 10.10 malam kelmarin.
Kejadian tersebut menyebabkan beberapa jurugambar berkenaan mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan mercun itu.
Mereka ialah jurugambar Kumpulan Utusan, Mohamad Gustie Noorambia, jurugambar NSTP, Nadim Bokhari, jurugambar The Star, Zulazhar Sheblee dan jurugambar Bernama, Mohamad Razali Nordin.
Menceritakan kejadian itu, Mohamad Gustie, 36, berkata, dia bersama tiga rakan setugas sedang mengambil gambar para pemain keluar dari padang sebelum terdengar bunyi letupan kuat di belakang mereka.
"Saya kemudian berasakan sesuatu berlaku kepada telinga. Perkara yang paling saya risau semasa itu ialah akan hilang pendengaran.
"Mana tidaknya, mercun jenis air bom yang dilemparkan ke arah kami hanya kira-kira 0.5 meter daripada tempat kami sedang bertugas," katanya selepas membuat laporan polis di IPD Kuching pukul 12.30 tengah hari semalam.
Sarawak memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah bergaya apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Selangor pada perlawanan pertama Kumpulan D.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive