Pengikut Boyzzonne

Tuesday, December 6, 2011

19 kali perkosa

KOTA BHARU: Seorang perogol bersiri yang terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu kini giat memburu mangsanya menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol.
Sasarannya wanita seperti penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pasar raya yang tinggal bersendirian sama ada di asrama atau kediaman yang tidak berkunci.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia antara 20 dan 30-an dan kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Kota Bharu dengan 16 kes serta masing-masing satu kes di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.
Katanya, kejadian terbaru berlaku di Tanah Merah, awal bulan ini.
“Berdasarkan maklumat mangsa, kami memperoleh lakaran gambar wajah suspek dan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek di sebuah kedai.
“Fotofit wajah suspek akan disebarkan secara meluas bagi membantu polis memperoleh lebih banyak maklumat sehingga tertangkapnya suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.
Menurut Mazlan, perogol bersiri itu menyasar mangsa berusia 20 hingga 30 tahun yang tinggal asrama atau kediaman tidak berkunci.
“Sebelum merogol suspek akan memastikan hanya mangsa berada di asrama atau di rumah. Dia mengikat tangan mangsa sama ada menggunakan wayar, tudung atau tali dan mengacukan pisau sebelum merogol mangsanya,” katanya.

Ngeri! Perayaan yang paling pelik didunia

smostweirdpainfullfesti (1)

smostweirdpainfullfesti (2)

 

smostweirdpainfullfesti (3)

 

smostweirdpainfullfesti (4)

smostweirdpainfullfesti (5)

smostweirdpainfullfesti

Penumpang bas tahan lelaki raba pelajar perempuan

SANDAKAN: Tindakan berani beberapa penumpang sebuah bas berjaya membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang meraba seorang pelajar perempuan kolej swasta di dalam bas itu di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali, berkata ketika kejadian 4 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun menaiki sebuah bas dari Terminal Bas di Bandar Sandakan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum di Batu 16.
Katanya, seorang penumpang lelaki kemudian duduk di sebelah mangsa dan ketika dalam perjalanan, lelaki itu membawa pelajar perempuan itu bercerita dan tiba-tiba memeluk dan merabanya.
“Beberapa penumpang lain di dalam bas itu bertindak membantu menangkap lelaki itu selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.
“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis peronda apabila bas itu berhenti di sebuah perhentian bas di Batu 4,” katanya di sini hari ini.
Fadzil berkata, lelaki berusia 35 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Punggung Terseksi Didunia Tahun 2011 (18SX)

BUKAN KIM KARDESHIAN…..
BUKAN JUGAK JLO….
SHAKIRA????!PUN BUKAN JUGAK….
PUN BUKAN JESSICA….
NAK TAU JAWAPANNYA………………OK!!!
PEMENANG PUNGGUNG PALING CANTIK DIMENANGI 2011 OLEHHHHHH!!!!!!!!!!!
Jangan marah aaarrrrr…just for laugh………..

Keadaan pengguna kereta api di Bangladesh

Ramai rakyat Bangladesh tidak mampu untuk membeli tiket kereta api. Dengan itu, mereka mempertaruhkan nyawa mereka dengan duduk di atas bumbung kereta api. Kita seharusnya bersyukur dan berbangga kerana kemudahan kereta api di Malaysia adalah lebih baik dari negera mereka.

bangladesh_train_01bangladesh_train_02bangladesh_train_03bangladesh_train_06bangladesh_train_07bangladesh_train_08bangladesh_train_10

Nasib, Anak Ayam Tanpa Bulu

* Ha Mao alias Mr. Feather, ayam yang lahir tanpa bulu/ChinaNews
SHANDONG – Malang sekali nasib seekor ayam berusia lima bulan milik Lao Yin. Meskipun dinamakan Mr Feather (Si Bulu), namun pada kenyataannya, dia adalah seekor ayam yang dilahirkan tanpa memiliki bulu.
Hidup menjadi ayam tanpa bulu bukanlah hal yang mudah bagi ayam ini.
Seringkali nyawanya terancam dari manusia-manusia yang lapar atau bahkan kucing-kucing yang seringkali siap menerkamnya. Tapi untungnya sejauh ini, dia selamat.
Unggas tidak berbulu ini menetas lima bulan lalu di Provinsi Shandong, China. Semenjak dia lahir lima bulan lalu, sejak itulah dia telah menjadi selebriti lokal.Banyak orang berduyun duyun datang ke peternakan Lao Yin untuk melihat langsung wujud dari unggas malang ini.
Menurut Lao Yin, Mr Feather atau Ha Mao dalam bahasa China, mengalami pertumbuhan yang lembam.
“Beratnya kurang dari setengah kilogram, sementara teman-teman lainnya yang berbulu dan berat dua sampai tiga kilogram,” ujar lao sebagaimana dipetik ChinaNews, Rabu (24/8/2011).
“Saya mulai melihat perbedaanya semenjak 10 hari setelah kelahirannya, yang lain mengembang, sedangkan dia seperti telanjang,” tambahnya.
* Sumber okezone

Perkosa lepas singgah ‘mandi’



AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa, Taman Keramat, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, sebelum kejadian dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi.
Katanya, seorang daripada teman lelaki mangsa memberi alasan singgah di situ kerana mahu mandi dan perlu ke tempat kerja selepas itu.

“Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga,” katanya.
Menurutnya, mangsa dihantar ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran dan ditinggalkan di situ.
Sumber itu berkata, sejurus pulang mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga masing-masing sebelum kedua-dua keluarga berang dan mencari suspek.
Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian.
Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kedua-dua suspek direman sehingga 6 Jun ini.


Pemancing terkejut temui HandPhone dalam perut ikan


GAMBAR menunjukkan Glen (kiri) dan Andrew memegang ikan kod yang menelan telefon bimbit.
WORTHING – Seorang ahli perniagaan yang kehilangan telefon bimbit selepas tercicir di tepi pantai terkejut selepas seorang nelayan menemuinya terdapat dalam perut seekor ikan kod seberat 11.34 kilogram, lapor sebuah akhbar semalam.

Ahli perniagaan tersebut, Andrew Cheatle menyangka telefon bimbit jenama Nokia miliknya akan hilang buat selama-lamanya di laut selepas tercicir dari poket baju seminggu lalu.
Namun, seorang nelayan, Trawlerman Glen, 45, menelefon teman wanita Andrew, Rita Smith, 33, dan mendakwa menemui telefon bimbit milik Andrew.
Setelah mendapatkan kembali telefon bimbit miliknya itu, Andrew menjemurnya dan didapati ia masih berfungsi.

Glen yang menemui telefon itu berkata: “Ikan kod adalah ikan yang tamak. Ia akan memakan apa sahaja.
“Ikan itu mempunyai kepala dan mulut yang besar.

“Saya pernah menemui cawan plastik, batu, sudu, bateri dan saya turut mendengar terdapat seseorang menemui gigi palsu dalam mulut ikan itu,” katanya. – Agensi







Monday, November 28, 2011

6 Orang Yang Paling Susah Dibunuh..!!!

blackbe1

Edward Teach aka Blackbeard (ketua lanun)

Bagaimana Dia Akhirnya Mati?

Blackbeard menghabiskan masanya di North Carolina, Amerika, untuk bersenang-senang dengan harta kekayaan rampasannya. Namun, gabenor Virginia ketika itu, tidak senang dengan kedatangan Blackbeard. Dia menghantar dua kapal perang ke rumahnya, diketuai oleh Robert Maynard.

Namun, Blackbeard tidak melarikan diri dari Kapal Maynard. Dia malah menaikinya. Setelah mengebom kapal tersebut dia mencari Maynard. Maynard hampir kehilangan seluruh jarinya karena ditetak oleh Blackbeard., Setelah lama bertarung, Akhirnya Blackbeard mati kerana pendarahan setelah ditikam setidaknya dua puluh kali dan ditembak lima kali.Sebelum mati, dia sempat mengisi pistolnya kembali untuk terus menembak anak buah Maynard.

pabloescobar

Pablo Escobar – Ketua sindiket dadah terbesar dunia

Bagaimana Dia Akhirnya Mati
Sebuah Kumpulan khas diberi nama Search Bloc ditubuhkan oleh U.S.yang terdiri dari Delta Force, SEAL, Team 6 dan polis Colombia hanya untuk membunuhnya.

Tembak menembak berlaku di HQ Medellin,  Escobar akhirnya naik ke atas atap, melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain, dengan  terus ditembak di kaki dan badan. Escobar selamat hingga akhirnya dia membunuh dirinya sendiri dengan menembak kepalanya. Ketika di bedah siasat, Escobar dikatakan memiliki lebih seribu luka tembakan di seluruh badan dan kakinya.

russian_civil_war_1918-1920_leon_trotsky

Leon Trotsky – Orang kanan pemimpin Bolshevik di Rusia, Lenin.

Bagaimana dia Akhirnya Mati

Dia cuba dibunuh oleh pembunuh upahan Stalin (Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet) bernama Ramon Mercader.

Mercader menetak kepalanya dengan sebilah kapak. Namun, Trotsky bangkit dari tempat duduknya, meludah Mercader, dan mengejar Mercader dan bergelut dengannya, dengan kapak di kepalanya.

Mercader,akhirnya dibunuh oleh pengawal peribadi Trotsky dan membawa Trotsky ke hospital. Dia mati kerana komplikasi penyakit di kepalanya beberapa hari kemudian.

ecuador-garciamoreno

Gabriel Garcia Moreno – presiden Ecuador pada abad ke 19

Bagaimana Dia Akhirnya Mati

Ketika Moreno sedang berjalan keluar dari gerejanya di Quito. Dia tiba-tiba diserang oleh sekumpulan penyerang dengan kapak, ke arah lehernya, kepalanya, dan memutuskan  tangan kiri serta tangan kanannya.

Moreno tetap berdiri kembali. Para penyerangnya menembaknya enam kali di dada. Setelah itu dia ditikam lagi dengan pedang tak kurang 14 kali. Namun, Moreno masih sempat menulis “Tuhan takkan mati” di tanah dengan darahnya sendiri.

Setelah penyerangnya pergi, para pendeta gereja membawanya masuk ke dalam gereja, dimana ia akhirnya hidup untuk 15 minit lagi dan akhirnya mati.

ferdinand_magellan_charcoal_fur_robe

Ferdinand Magellan – Penjelajah  dari Portugis

Bagaimana Dia Akhirnya Mati

Magellan  mendarat di pulau Mactan,milik Lapu-Lapu (Penentang penjajah di Filipina). Lapu-Lapu yang tahu kedatangan Magellan, telah bersiap dengan angkatan   tentera.Magellan ditembak dengan peluru beracun ketika dia menjejakkan kaki di Mactan. Namun, dia tetap terus berlari ke depan.

Dia kemudian ditikam di muka dengan sebilah tombak. lengan dan kakinya putus kerana ditetak tentera Lapu-lapu. Dia akhirnya jatuh dan tidak berdaya.

Tentera Lapu-Lapu terus menerus menikam dan memukulnya, namun Magellan terus hidup dan berteriak kepada anak buahnya supaya kembali ke kapal dan berundur. , Setelah melihat anak buahnya berundur dan selamat. Barulah dia mati.

867

Rasputin – peramal mistik yang hidup pada zaman Tsar Nikolas II di Rusia

Bagaimana Dia Akhirnya Mati

Rasputin ditikam oleh seorang pembunuh upahan pada 1914. Namun, dia masih hidup. Setelah sembuh, dia cuba pula dibunuh pula dengan wine dan kuih yang diracun. Tetapi, Rasputin terus hidup.

Cubaan ketiga pila dilakukian dengan menembak kepalanya.Rasputin, rebah ke tanah,  sebenarnya dia hanya pura-pura mati. Setelah gembira melihatnya “sudah mati”, para “pembunuh”-nya pergi meninggalkannya. Namun seorang pembunuh lupa mengambil jaketnya. Ketika dia kembali untuk mengambilnya, Rasputin bangun, berteriak dan  mencekiknya.

Kumpulan pembunuh yang terdengar teriakan rasputin kembali semula dan menembaknya lagi tiga kali di kepala, dan sekali lagi dia rebah. namun dia masih belum mati lagi. Dia kembali bangun,dan dipukul hingga pengsan.

Mereka membungkus tubuh Rasputin dengan kain dan mencampaknya ke Sungai Neva yang sangat sejuk. Ketika mereka menemui semula mayatnya, mayatnya didapati berlumuran darah dan tubuhnya penuh dengan luka tembakan, perutnya dipenuhi racun, dan banyak kesan lebam kerana dipukul, Rasputin dikatakan mati kerana sejuk..!!!.

Saturday, November 19, 2011

Singa lahir 5 anak di Zoo Taiping



SEORANG kakitangan Zoo Taiping menunjukkan lima ekor anak singa Afrika yang baru dilahirkan di Zoo Taiping, Perak semalam.


TAIPING – Zoo Taiping dan Safari Malam di sini menerima anggota baharu dengan kelahiran lima ekor anak singa Afrika dan seekor anak gajah baru-baru ini.
Pengarah Zoo Taiping, Dr. Kelvin Lazarus berkata, empat ekor anak singa jantan dan seekor anak singa betina itu dilahirkan pada 26 Oktober lalu.
“Kelima-lima anak singa Afrika itu adalah baka daripada induk singa betina, Nyanga, 5, yang dilahirkan di Zoo Taiping dan Safari Malam pada 3 September 2006.
“Nyanga merupakan singa kedua yang berjaya dilahirkan di zoo ini dan merupakan singa tempatan pertama berjaya membiak di zoo ini

Penghantaran Putera William ke Falkland dipertahan



PUTERA William yang bertindak selaku juruterbang helikopter pencari dan penyelamat, Sea King akan ditugaskan ke Pulau Falkland pada tahun depan.


LONDON - Pegawai-pegawai Britain kelmarin mempertahankan tindakan menghantar Putera William untuk bertugas di Kepulauan Falkland selepas Argentina mengecam tindakan tersebut sebagai mencetuskan provokasi.
Kementerian Pertahanan pada minggu ini mengumumkan bahawa Putera William, 29, yang bertugas sebagai juruterbang pencari dan penyelamat Tentera Udara Diraja Britain akan dihantar ke pos tentera di Kepulauan Falklands selama enam minggu pada tahun depan.
Penghantaran beliau yang akan dibuat menjelang sambutan ulang tahun ke-30 kekalahan Argentina kepada Britain dalam perang Falkland mencetuskan kemarahan beberapa pemimpin Argentina.
Seorang pegawai Argentina, Sebastian Brugo memberitahu akhbar negara berkenaan, La Nacionbahawa langkah itu bersifat provokatif.
Ketua angkatan bersenjata Britain, David Richards bagaimanapun menafikan London mempunyai motif tersembunyi dalam membuat keputusan tersebut.
"Putera William bersama adiknya Putera Harry ialah anggota angkatan bersenjata Britain. Mereka perlu melakukan tugas berdasarkan jadual yang telah diatur," kata Richards.
Britain memerintah Kepulauan Falkland yang terletak 460 kilometer ke timur pantai Argentina selama lebih 180 tahun.
Argentina bagaimanapun menuntut kedaulatan ke atas kepulauan berkenaan yang digelar Las Malvinas.
Kedua-dua negara itu terlibat dalam perang singkat kerana isu kepulauan berkenaan pada 1982. - Agensi

Abu mayat diproses jadi manik



PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil)MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia.


INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.
Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.
Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.
Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.
"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.
Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.
"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya.
Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit. - Agensi

Dipenjara kerana tembak anak tiri



ROLA EL-HALABi duduk di dalam sebuah mahkamah di Berlin, Jerman kelmarin.


BERLIN, Jerman - Bapa tiri petinju wanita Jerman, Rola El-Halabi dipenjara enam tahun kerana berulang kali menembak petinju berkenaan di bilik persalinan ketika dia bersiap sedia untuk perlawanan merebut kejuaraan.
Rola ditembak di tangan, lutut dan kaki oleh bapa tirinya itu, Hicham El-Halabi, 44, yang juga pengurusnya ketika dia menunggu untuk menentang Irma Balijagic Adler dari Bosnia bagi merebut gelaran juara lightweight Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF).
Kelmarin, sebuah mahkamah di sini menyatakan bahawa Hicham El-Halabi sengaja menembak petinju berusia 25 tahun itu pada 1 April lalu untuk menghalangnya daripada meneruskan kerjaya tinjunya.
Namun, wanita berkenaan tidak mengalami kecederaan yang boleh mengancam nyawanya.
Turut ditembak ialah dua pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian.
Mahkamah yang sama menyatakan Hicham sebelum ini pernah menyerang tunang Rola pada Disember 2010.
Rola merupakan juara dunia Persekutuan Tinju Antarabangsa Wanita (WIBF) dan Persatuan Tinju Wanita Antarabangsa (WIBA) pada 2009. - Agensi

Erdogan bidas Presiden Syria



Recep Tayyip ERDOGAN


ANKARA - Turki kini hilang keyakinan terhadap rejim pemerintah Syria, kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam.
Kenyataan tersebut merupakan amaran kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad bahawa penggunaan kekerasan oleh tenteranya terhadap para penentangnya meletakkan beliau dalam senarai pemimpin yang dahagakan darah.
Erdogan mendesak Bashar supaya menghukum mereka yang bertanggungjawab menyerang misi-misi diplomatik Turki di Syria.
Dalam ucapannya, Erdogan tidak menghormati Bashar apabila beliau memanggil pemimpin Syria itu dengan menggunakan nama pertamanya.
"Bashar, anda mesti mencari mereka yang bertanggungjawab dan menghukum mereka," kata Erdogan
Sejumlah penyokong Bashar cuba menceroboh misi diplomatik Turki pada Sabtu lepas untuk mengecam keputusan Liga Arab yang menggantung keanggotaan Syria dalam pertubuhan itu ekoran penggunaan kekerasan oleh pemerintah Libya bagi mematahkan kebangkitan rakyatnya sejak lapan bulan lalu. - AP

Dipenjara kerana bunuh petani semasa rebut Viagra Himalaya



GAMBAR menunjukkan tiga tumbuhan Yarshagumba di Kathmandu, Nepal.


KATHMANDU - Sebuah mahkamah di Nepal menjatuhkan hukuman penjara terhadap 19 penduduk kampung atas kesalahan membunuh sekumpulan petani dalam pergaduhan berhubung hak untuk mengutip tumbuhan Yarshagumba yang mampu menguatkan seks yang dikenali sebagai Viagra Himalaya, kata seorang pegawai semalam.
Seramai tujuh petani telah dibunuh di daerah Manang pada bulan Jun 2009 semasa mengutip tumbuhan itu yang merupakan pendapatan utama bagi kebanyakan penduduk di Himalaya
Para tertuduh itu mendakwa tujuh petani tersebut mati secara tidak sengaja ketika berlaku pergaduhan berhubung hak untuk mengutip tumbuhan tersebut yang harganya boleh mencecah puluhan ribu dolar untuk satu kilogram di China.
Laporan mengenai kehilangan para petani itu diketahui oleh pihak berkuasa pada Jun 2009.
"Enam tertuduh didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun," kata seorang pendaftar sebuah mahkamah di daerah Manang, Shambhu Baral.
Menurutnya, seramai 13 lagi dijatuhi hukuman dua tahun penjara, tetapi mereka telah menghabiskan masa dalam tahanan sejak ditangkap.
Katanya, bukti-bukti menunjukkan hanya enam orang terlibat secara langsung dalam pembunuhan itu.
Pada mulanya, pihak berkuasa menangkap seluruh penduduk kampung tetapi sejumlah wanita dan kanak-kanak kemudian dibebaskan. -AFP

Peralatan pelik musim banjir laris di Bangkok

DUA remaja menjual but dan seluar kalis air di Bangkok pada 2 November lalu.



BANGKOK - Banjir yang melanda ibu kota Thailand di sini memberi durian runtuh kepada peniaga-peniaga kecil yang menjual pelbagai barang yang digunakan semasa banjir.
Antara barangan tersebut termasuk but getah beraneka warna, jet ski, pam air, kipas bot dan pembalut plastik.
Malah, mekanik-mekanik di sini menawarkan perkhidmatan mengapungkan kenderaan yang ditenggelami air dengan menggunakan bahan styrofoam.
Mereka juga melakukan modifikasi khas dengan memasang snorkel enjin dan ekzos yang diubah suai bagi membolehkan kereta, trak dan motosikal meredah jalan raya yang ditenggelami air.
Mekanik-mekanik itu di bandar raya ini sibuk dengan peralatan khas yang diubah suai bagi membolehkan kereta, trak dan motosikal melalui kawasan yang dilanda banjir.
Seorang mekanik berusia 24 tahun, Thong Dechapak berkata, bengkel kereta keluarganya mengenakan caj AS$333 (RM1,049) untuk memasang dua alat berkenaan.
Gajet enjin itu dipacak tegak melepasi bumbung kereta seperti snorkel selaman.
Ia berfungsi untuk menyedut udara bagi membolehkan pembakaran enjin terus berlaku ketika kenderaan melalui air banjir.
"Permintaan untuk alat ini tinggi. Kami menerima tempahan pelanggan sekitar dua bulan lalu apabila wilayah-wilayah di utara bandar raya ini mula ditenggelami air banjir," kata Thong.

Gambar yang dirakamkan pada 7 November lalu menunjukkan sebuah jet ski diletakkan di atas sebuah trak untuk dijual di Bangkok.


Seorang peniaga lain, Wiweena Boonsanong, 27, pula menjual beraneka but getah yang didatangkan dalam pelbagai warna.
"Wanita mahu gemar berfesyen walaupun dalam suasana banjir, kami mahu sentiasa kelihatan comel," kata Boonsanong.
Dalam tempoh sejam, peniaga wanita itu berupaya menjual enam pasang but getah pada harga AS$12 (RM37) sepasang.
Selain but getah, mesin kipas yang boleh digunakan sebagai kipas untuk menggerakkan rakit buluh turut mendapat permintaan menggalakkan.
Sebuah mesin berkenaan dijual pada harga sekitar AS$315 (RM993).
Wichra Lertrasamee yang menjual peralatan itu menyatakan, seorang pembeli membelinya untuk menggerakkan rakit buluh.
Keluarganya mula menjual peralatan untuk musim banjir itu di rumahnya di wilayah Chachergsao, timur Bangkok.
Apabila banjir itu melanda dari utara, dia mendirikan kedai sementara di kawasan berdekatan dengan Pathum Thani.
Apabila wilayah itu juga dilanda banjir, dia memindahkan perniagaannya ke Bangkok.
Menurutnya, dia bangun daripada tidur pada pukul 3 pagi supaya dapat tiba di bandar raya ini menjelang pukul 5 pagi bagi mendapatkan tempat strategik di pasar. Beberapa kawasan di Bangkok kini masih dilanda banjir. - Agensi

Katil tempat Jackson mati tak akan dijual



GAMBAR yang dirakamkan pada 7 November lalu menunjukkan katil tempat Michael Jackson meninggal dunia di rumahnya di Los Angeles, California.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Katil tempat penyanyi terkenal, Michael Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009 tidak akan dijual dalam satu acara lelongan pada 17 Disember depan.
Lelongan berkenaan menampilkan barang-barang dari sebuah rumah yang disewa oleh Raja Pop itu di sini.
Firma lelongan Julien menarik balik katil tersebut daripada senarai lelongan barangan dari rumah beralamat 100 N. Carolwood Drive di sini yang merupakan kediaman terakhir Jackson sebelum kematiannya.
Presiden firma berkenaan, Darren Julien menyatakan kelmarin bahawa hanya kepala katil berkenaan sepatutnya dijual dalam lelongan itu.
"Namun atas permintaan Estet Michael Jackson, kami menarik balik kepala katil ini daripada lelongan yang akan diadakan pada 17 Disember depan," kata Julien.
"Sebelum ini cuma kepala katil ini yang berada dalam senarai lelongan, bahagian-bahagian lain katil berkenaan bukan untuk dijual," tambahnya. - Agensi

Biskut beras terbesar di dunia



BEBERAPA ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia bergambar dekat biskut beras terbesar di dunia di wilayah Chiba, Tokyo semalam.


TOKYO - Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.
Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.
Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.
Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.
"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka. - AFP

Harimau jarang dilihat ditemui di Indonesia



SEBUAH kamera tersembunyi merakamkan gambar seekor harimau batu di Bukit Tigapuluh, Sumatera pada 18 Mac lalu. - Reuters


JAKARTA - Kumpulan pemuliharaan Dana Hidupan Sedunia (WWF) semalam mendesak pemerintah Indonesia memulihara hutannya selepas gambar-gambar menunjukkan beberapa ekor harimau yang jarang dilihat berada di sebuah kawasan pembalakan.
Menurut WWF, gambar itu menunjukkan harimau Sumatera, harimau emas, harimau bintang, harimau akar dan harimau batu berkeliaran di sebuah kawasan hutan yang tidak dilindungi.
Ia menyatakan, harimau tersebut ditemui berada di antara Taman Negara Bukit Tigapuluh, Sumatera dan sebuah kawasan pemuliharaan haiwan liar.
Lebih tiga bulan dalam tahun ini, kamera WWF merakamkan 404 gambar harimau liar termasuk 226 ekor harimau Sumatera, 77 ekor harimau akar, 70 ekor harimau emas, empat harimau batu dan 27 harimau bintang. - AFP

SHARE THIS

Blog Archive