Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 15, 2011

Iklan Yang Kreatif

CREATIVE ADS





KELUARAN TERBARU 2011 YAMAHA RXZ KHAS UNTUK MAT REMPIT


Inilah gambar lama motor RXZ yang menjadi idaman setiap jejaka-jejaka tampan diluar sana yang suka terbang macam superman. Namun dengan adanya teknologi yang canggih seorang jurutera yang fanatik sangat dengan motor RXZ makan terciptalah Motor RXZ zaman 2011.

Nak tau !!!? Tengok bawah.. 




Amacam ? ada berani ??

3,000 ekor hidupan



SEEKOR musang yang dirampas Jabatan Kastam Thailand dipamerkan kepada pemberita di Bangkok semalam.


BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand berkata, hampir 3,000 ekor hidupan liar dirampas yang dianggap rampasan terbesar yang pernah dilakukan pada tahun ini.
Pengarah Jabatan Kastam, Jeneral Prasong Poontaneat berkata, para pegawai telah bertindak menahan sebuah trak malam kelmarin di wilayah Prachuap Khiri Khan.
Menurutnya, sebanyak 2,721 biawak, 717 penyu. 44 musang dan 20 ular dirampas daripada trak itu.
Prasong berkata, pemandu trak itu sudah ditahan.
Dia yang memberitahu pemberita semalam menyatakan semua haiwan itu bernilai AS$130,000 (RM400,334). – AP

Penternak ikan rakam gambar raksasa



IMEJ dua bonggol itu yang dirakamkan oleh Jon Rowe selepas ia diperbesarkan.


LEWISTON, Scotland - Seorang penternak ikan, Jon Rowe berjaya merakamkan gambar seekor raksasa di Tasik Loch Ness di Drumnadrochit, Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yakin gambar yang dirakamkannya itu merupakan raksasa Loch Ness yang mempunyai nama jolokan Nessie selepas ia banyak diperkatakan oleh ramai orang.
Menurutnya, dia pada mulanya mahu merakamkan gambar pelangi pada waktu pagi dengan menggunakan kamera baru-baru ini.
Rowe, 31, berkata, semasa merakamkan gambar itu, dia terlihat satu bentuk yang berwarna gelap dengan terdapat dua bonggol keluar dari permukaan tasik sebelum ia hilang.
"Reaksi saya dengan segera menyatakan ia adalah Nessie," katanya.
Legenda raksasa Loch Ness bermula pada 1933 apabila satu pasangan suami isteri, George Spicer dan isterinya menyatakan mereka melihat satu haiwan ganjil menyeberang jalan raya di depan mata mereka. - Agensi

Cipta rekod makan makanan sarapan pagi paling banyak



STEVEN Magree makan sarapan pagi yang mengandungi 7.500 kalori di kafe Hungry Horse, Corby baru-baru ini.


CORBY - Seorang lelaki, Steven Magree mencipta rekod dengan makan makanan sarapan pagi paling banyak, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia memakan sarapan pagi yang mengandungi 7,500 kalori iaitu tiga kali ganda daripada yang disarankan untuk lelaki.
Sarapan pagi itu mengandungi tiga sosej empat segi, tiga burger daging, tiga telur goreng, tiga kepingan puding hitam, tiga set roti bakar dan roti.
Dia turut makan kacang panggang, cendawan, wafel kentang dan kentang.
Magree yang berusia 29 tahun merupakan satu-satunya individu yang mampu untuk makan sarapan pagi paling banyak di kafe Hungry Horse di sini, baru-baru ini. - Agensi

Monday, September 12, 2011

Pemandangan di planet Marikh



PERJALANAN kapal angkasa Opportunity ke kawah Endeavour di Planet Marikh.


WASHINGTON - Kapal peninjau angkasa lepas Opportunity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan tiba di tepi sebuah kawah gergasi di Planet Marikh pada Selasa lepas.
Ia merakamkan pemandangan di tepi kawah tersebut yang selebar 22.53 kilometer (km) yang bernama Endeavour.
Kapal angkasa itu yang mempunyai enam tayar tiba di kawah berkenaan dari sebuah lagi kawah yang bernama Victoria.
Kawah Victoria terletak sejauh 20.92km dari kawah Endeavour. - Agensi

Bekas kapal perang jadi hotel



BENTUK kapal perang Kiev.


BEIJING - Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Kesatuan Soviet yang kini sudah dibubarkan dan menjadi sebahagian Rusia, Kiev kini diubah suai menjadi sebuah hotel mewah di China, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut akhbar South China Morning Post, kapal itu yang tidak lagi digunakan untuk berperang dijual kepada sebuah syarikat China pada 1996.
Ia kemudian dijadikan pameran untuk satu taman tema tentera di Tianjin.
Namun, pemilik kapal itu, Taman Pesawat Binhai memutuskan untuk menjadikan ia sebagai sebuah hotel dengan kos ubah suai sebanyak £9.6 juta (RM 46.79 juta).

SEBUAH bilik tidur di dalam bekas kapal perang Kiev.


Harga penginapan masih belum ditetapkan lagi.
Keputusan untuk mengubahsuai itu dibuat kerana China kini memiliki sebuah kapal pengangkut pesawatnya yang pertama sekali gus dapat menarik kehadiran orang ramai untuk menikmati pengalaman tinggal di dalam hotel berkenaan. - Agensi

Lamar kekasih dengan cara unik



SEBAHAGIAN rakan-rakan Pang Kun memakai kostum lobak merah di Qingdao pada Sabtu lalu.


QINGDAO, China - Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian.
Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya.
Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah.
Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya.
Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan.
"Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan," kata suara itu.

PANG KUN melutut di depan kekasihnya, Zhao Xinyu di Qindao pada Sabtu lalu.


"Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang."
Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya.
Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut.
Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41). - Agensi

Detik-detik glasier runtuh di Alaska



BEBERAPA pelancong yang menaiki sebuah bot dapat menyaksikan detik-detik runtuhan sebuah glasier di Tracy Arm-Fords Terror Wilderness, Alaska baru-baru ini.


ANCHORAGE, Alaska - Sekumpulan pelancong yang menaiki sebuah bot melihat runtuhan sebuah glasier di Tracy Arm-Fords Terror Wilderness, Alaska, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian itu berlaku beberapa meter dari runtuhan glasier tersebut yang berlaku baru-baru ini.
Seorang penumpang wanita patah kaki selepas dia tercampak di bahagian dek akibat pergerakan air.
Kawasan glasier itu di Teluk Alaska amat popular sebagai destinasi pelancong. - Agensi

Kereta tersangkut di bawah treler 18 tayar



BAHAGIAN depan kereta yang dipandu Eddie Persy Jr yang remuk di bawah treler itu.


OMAHA - Sebuah kereta tersangkut di bawah treler 18 tayar di sebuah lebuh raya di timur Greenwood, Nebraska, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, pemandu kereta itu hanya mengalami calar dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu.
Menurut polis, pemandu treler itu dipercayai mengubah haluan ke kanan menyebabkan ia melanggar penghadang jalan.
Pemandu kereta itu, Eddie Percy Jr yang menceritakan reaksinya selepas kejadian itu berlaku berkata: "Wow, saya telah terselamat."
Menurutnya, dia menganggap adalah mustahil untuk seseorang itu terselamat dalam kejadian seperti itu.
Dia berkata, kejadian itu berlaku dengan tiba-tiba semasa treler tersebut berada di depannya.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuhan bahawa saya okey dan saya masih mempunyai peluang untuk menemui anak lelaki saya," katanya. - Agensi

Kemalangan unik motosikal masuk lubang



SEORANG wanita melihat sebuah motosikal yang jatuh ke dalam sebuah lubang di Changchun baru-baru ini.


CHANGCHUN - Sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki termasuk ke dalam lubang di sebatang jalan raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia terjatuh dengan kepalanya masuk ke dalam lubang itu terlebih dahulu.
Menurut seorang saksi, Hui Shi, ramai orang ketawa kerana lelaki itu tertonggeng dengan kepala dia masuk ke dalam lubang manakala kakinya ke atas.
Penunggang motosikal itu, Zhang Bo tidak memakai topi keledar dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Dia dihantar ke sebuah hospital kerana kecederaan di kepala dan rahangnya.
Menurut polis, lubang yang tidak bertutup banyak terdapat di jalan raya kerana penutupnya dicuri supaya ia dicairkan untuk dijadikan barang sekerap. - Agensi

Kuda jantan bangga bermisai panjang


MISAI Alfie yang sepanjang 17.7 sentimeter.

BITTON, Britain - Seekor kuda jantan bernama Alfie memiliki misai sepanjang 17.7 sentimeter dan ia tidak mahu misai itu dipotong, lapor sebuah akhbar semalam.
Alfie yang bermisai sejak ia dewasa, akan mengelak setiap kali melihat pengurus kandang tempat ia dipelihara di sini, England datang dengan membawa sebilah gunting.
Misai kuda sepatutnya dipotong setiap enam bulan tetapi misai Alfie yang dibela sejak lima tahun lalu, tumbuh panjang sehingga mencecah bibir bawahnya.
"Alfie seekor kuda yang gagah dan amat berbangga dengan misainya," kata pengurus kandang berkenaan yang berusia 20 tahun, Hayley Coxteth .
Sementara itu, beberapa pakar haiwan yang memeriksa Alfie memberitahu, misai itu mungkin yang terpanjang dalam kategori kuda di Britain. - Agensi

Dipecat kerana rakam bos tidur


DARRELL WELSH merakamkan gambar bosnya sedang tidur.



BRIDGWATER, Britain - Seorang pegawai keselamatan, Darrell Welsh dipecat kerana dia merakamkan penyelianya sedang tidur pada waktu bekerja sebelum menyiarkan klip video tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebaliknya, penyelia itu dibenarkan untuk terus bekerja selepas wanita berkenaan memberi alasan kepada pihak atasan bahawa dia bukan tidur ketika bertugas di bilik kawalan tetapi cuma 'merehatkan' matanya yang letih.
Darrell, 28, merakam klip video selama 30 saat itu dengan menggunakan telefon bimbitnya ketika bertugas syif malam di sebuah gudang di sini, England, baru-baru ini.
Dia didapati bersalah kerana salah laku yang serius oleh syarikat VSG yang merupakan majikannya.
"Anda tahu dia sedang tidur dengan melihat gerak badannya," kata Darrell.
"Hukuman ini langsung tidak adil," tambahnya kepada akhbar The Sun. - Agensi

David Beckham ada kereta Ferrari baharu



KERETA baharu David Beckham, Ferrari 612 Scaglietti diletakkan di luar rumahnya di Los Angeles baru-baru ini.


LOS ANGELES - Bintang bola sepak England yang bermain untuk kelab LA Galaxy, David Beckham (gambar kecil) mempunyai koleksi kereta terbaharunya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta baharu Beckham itu merupakan Ferrari 612 Scaglietti yang berharga AS$300,000 (RM894,294.01), berwarna hitam dan mempunyai nombor 7.
Nombor itu pernah digunakan oleh Beckham semasa dia mewakili kelab Manchester United.
Kereta baharu itu dilihat diletakkan di luar rumah Beckham di sini baru-baru ini.
Sejak dilancarkan pada 2004, kereta Ferrari itu mempunyai sistem navigasi satelit, alat pemain muzik MP3, mengenali suara pemilik dan teknologi wayarles.
Sebelum ini, Beckham memiliki satu koleksi kenderaan yang terdiri daripada sebuah kereta BMW, Lamborghini, Aston Martin, Porsche, Escalade, sebuah jip dan beberapa motosikal. - Agensi

Kucing miliki tompok seperti misai Hitler


ANAK kucing yang memiliki tompok hitam di bawah hidung yang kelihatan seperti misai Adolf Hitler.



GODMANCHESTER, Britain - Seekor anak kucing diberi nama jolokan Kitler kerana haiwan itu mempunyai tompok hitam di bawah hidung yang menyebabkan ia kelihatan mirip misai bekas pemimpin Nazi dari Jerman, Adolf Hitler.
Anak kucing itu ditinggalkan di tepi sebatang jalan raya dan kini dijaga oleh sebuah pusat perlindungan haiwan di sini.
Ratusan pengunjung yang melawat pusat perlindungan haiwan itu enggan mengambil anak kucing tersebut untuk dipelihara kerana tompokan seperti misai tersebut.
Hitler memang terkenal kerana kekejamannya mengetuai pembunuhan kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua. - Agensi

Gelongsor untuk pekerja di stesen komuter



BEBERAPA kanak-kanak bermain gelongsor yang dibina untuk orang ramai bagi mempercepatkan perjalanan di sebuah stesen kereta api di Utrecht, Belanda.


UTRECHT, Belanda - Bilangan pengguna komuter sering kali meningkat terutama pada waktu pagi.
Kini pengguna menarik nafas lega dan berterima kasih apabila gelongsor telah disediakan di tepi tangga sebuah stesen kereta api di sini.
Gelongsor itu digunakan oleh orang ramai yang bekerja di sekitar kawasan berkenaan bagi menjadikan perjalanan lebih cepat tanpa menggunakan tangga.
Direka oleh firma reka bentuk Designers HIK, gelongsor yang dibina itu sungguh hebat untuk pengguna yang kelewatan atau sekadar ingin menambah keseronokan kehidupan seharian masing-masing. - Agensi

Hutan di dalam gua



KAWASAN hutan yang terdapat dalam gua Son Doong, di daerah Bo Trach, Vietnam.


HANOI - Sebuah gua yang mengandungi hutan terdapat di Taman Negara Vietnam di daerah Bo Trach, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gambar hutan yang terdapat dalam gua itu dirakamkan oleh Carsten Peter, 52, dari Jerman baru-baru ini. Ia ditemui oleh kumpulan pencari gua dari Britain pada 2009.
Gua itu sepanjang 4.02 kilometer, lebar 100.54 meter dan setinggi 243.84 meter. - Agensi

Keajaiban pesawat Boeing patah dua



BEBERAPA anggota penyelamat memeriksa pesawat Caribbean Airlines yang patah dua di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan, Georgetown, Guyana kelmarin.


GEORGETOWN - Sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan Caribbean yang membawa 163 penumpang terhempas dan patah dua ketika mendarat di Guyana pada malam kelmarin.
Namun, tiada seorang pun yang mati dalam nahas itu tetapi 12 orang mengalami kecederaan.
Pesawat Boeing 737-800 itu terbabas dari landasan dan melanggar pagar selepas ia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan, Georgetown.
Pesawat itu terhenti beberapa meter dari gaung.
Menurut syarikat penerbangan tersebut, punca nahas masih belum diketahui manakala para penyiasat dari Amerika Syarikat dan Guyana telah dihantar untuk mencari kotak hitam.
Para penumpang menjerit apabila pesawat itu hilang kawalan.
"Apa yang berlaku di Georgetown adalah sesuatu yang ajaib," kata Pengerusi Caribbean Airlines, George Nochloas yang melawat kawasan kejadian.
Pesawat milik syarikat dari Trinidad dan Tobago itu tiba di sini dari New York. - Reuters

Lapangan terbang angkasa lepas hampir siap



LAKARAN artis menunjukkan sebuah lapangan terbang angkasa lepas untuk pesawat Virgin Galactic di Las Cruces, Amerika Syarikat.


LAS CRUCES, Amerika Syarikat – Fasa pertama sebuah lapangan terbang angkasa lepas komersial yang pertama di dunia untuk syarikat penerbangan Virgin kini 90 peratus lengkap, lapor sebuah akhbar semalam.
Tapak lapangan kapal angkasa Amerika seluas 728.43 hektar itu di Las Cruces, New Mexico, merupakan milik pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson yang turut memiliki syarikat penerbangan angkasa lepas Virgin Galactic.
Lapangan tersebut mempunyai landasan yang menjangkau hampir 3.21 kilometer dan bangunan hangar yang bercirikan futuristik.
Kerja-kerja pembinaan bakal berakhir menjelang akhir tahun ini dan ia akan digunakan pada 2013.
– Agensi

Gambar mengagumkan planet Zuhal



IMEJ planet Zuhal yang dirakamkan dari kapal angkasa Cassini-Huygens didedahkan 
media Barat kelmarin.


WASHINGTON - Satu imej planet Zuhal yang mengagumkan berjaya dirakamkan oleh kapal angkasa lepas Cassini-Huygens, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Menurut seorang ahli astronomi, Robin Canup di Institut Penyelidikan Barat Daya di Boulder, Colorado, imej tersebut mengagumkan kerana bahagian malam Zuhal kelihatan bercahaya akibat lantunan cahaya gelang yang terdapat di sekelilingnya.
Kapal angkasa Cassini-Huygens merupakan projek usaha sama melibatkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Itali.
Ia dilancarkan pada 1997 dan akan terhempas di planet Zuhal pada 2017. - Agensi

Bilik pejabat kilang ubat umpama sebuah istana



SALAH satu ruang yang terdapat dalam pejabat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin, timur laut wilayah Heilongjiang, China.


HARBIN, China - Sebuah bangunan pejabat mempunyai hiasan dalaman mirip sebuah istana mewah yang diduduki oleh pemimpin terkaya dunia.
Lebih mengejutkan, blok bangunan itu dibina di China, negara yang dikenali kerana mempraktikkan konsep binaan yang ringkas.
Hiasan dalaman bangunan tersebut ditiru daripada Istana Versailles di Perancis.
Ia merupakan pejabat kilang ubat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin di timur laut wilayah Heilongjiang.
Bangunan itu terdiri daripada blok bangunan enam tingkat yang mengandungi pejabat tiga tingkat manakala baki ruang luar dijadikan muzium milik firma berkenaan.
Syarikat Farmaseutikal Harbin itu adalah milik pemerintah China.
Hiasan dalamannya bercirikan kemewahan seperti dinding dan lampu keemasan sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat.
Penduduk mendakwa wang untuk membina hiasan dalaman itu sepatutnya dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah pembentungan di kilang-kilang firma berkenaan yang semakin serius.
- Agensi

Simon Cowell buat pengakuan mengejut





LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Selebriti yang terkenal dengan beberapa program realiti televisyen, Simon Cowell membuat pengakuan sensasi bahawa dia pernah melakukan hubungan seks bersama dua wanita secara serentak, lapor sebuah akhbar semalam.
Tanpa mendedahkan identiti mereka, Cowell ketika ditemu bual dalam sebuah program stesen radio AS memberitahu, hubungan seks 'hebat' itu berlaku beberapa tahun lalu.
"Ketika itu saya bersama dua wanita ini dan tanpa dijangka, kami berakhir di ranjang. Ia hebat dan saya menyukainya," kata Cowell.
Selebriti itu yang juga juri program realiti pencarian bakat nyanyian X-Factor turut mengaku pernah keluar temu janji dengan Denise Richards ketika aktres berkenaan hamil lapan bulan.
Richards, 40, ialah bekas isteri kepada aktor popular AS, Charlie Sheen.
Selain Richards, Cowell pernah menjalin hubungan ranjang bersama beberapa selebriti Hollywood lain tetapi dia enggan mendedahkan nama mereka. - Agensi

SHARE THIS

Blog Archive