Pengikut Boyzzonne

Friday, September 10, 2010

SILA DATANG LAGI



Jaja dan Jiji yang baru mula berniaga,terkejut sebab tiga hari mereka buka kedai,tiga kali juga kedai mereka dipecah masuk.tambah mereka terkejut,pemeriksaan polis mendapati,ketiga-tiga rompakan itu dilakukan oleh perompak yang sama.....

Jaja memandang muka Jiji dengan geram.''Ini semua lu punya pasatlah! Bolo punya orang!'' Jiji terkejut. ''apa pasat pulak wa punya salah''???

Jawab Jaja,Ya laaa...Wa sulah cakap,jangan pasang sign board,tapi lu pasang jugak.Sikalang tinguk,hali-hali kena culi!!''kata Jaja sambil menunjuk ke arah papan tanda yang tergantung di jeriji kedai mereka yang berbunyi -SILA DATANG LAGI.....



CHOT


CHOT pulang dari sekolah dengan muka monyok.Apabila ditanya,CHOT pun bercerita pada neneknya yang buta huruf dan tidak pernah bersekolah itu.

CHOT; Nenek,tadi saya kena marah dengan cikgu.
Nenek; Kamu buat silap apa,CHOT?
CHOT; Saya tak dapat jawab soalan cikgu.
Nenek; Cikgu tanya apa pada CHOT?
CHOT; Cikgu tanya,dimana letaknya uzbekistan?
Nenek; Laa...itu pun CHOT boleh tak tahu! Lain kali kalau CHOT dah letakkan sesuatu benda,jangan lupa dimana tempatnya!



Suzie

Suzie,seorang ibu muda,mengadu pada temannya,Shasha.

Suzie; ''Aku terpaksa minta cerai dari suami aku''.
Shasha; ''Kenapa...??tanya Shasha kehairanan.
Suzie; ''Habis..tiap-tiap malam suami aku keluar masuk disko'',jawab suzie
Shasha; Oooohhhh,jadi suami kau kaki diskolah ya''?tanya Shasha lagi
suzie; ''Bukan...sebenarnya dia ke sana sebab cari aku''!jawab Suzie.

Wednesday, September 8, 2010

SELIPAR BUDIN HILANG




Hari itu,setelah selesai solat sunat aidilfitri ,Budin pun keluar dari masjid untuk balik ke rumahnya dan pergi beraya seorang diri.Tetapi puas di cari selipar buruk kesayangannya,tidak terjumpa juga,geramlah budin kerana itulah satu-satunya selipar yang dia ada ,tambah menyakitkan hati budin,ketika dia tertinjau-tinjau mencari selipar,orang ramai menjeling dan tersengih-sengih memandangnya,kemudian mereka berbisik dan ketawa terbahak-bahak....

Budin mula menyinga,dengan tergesa-gesa,Budin masuk semula ke dalam masjid dan menuju ke arah pembesar suara .Dia pun terus membuat pengumuman dengan suara yang keras

''KEPADA SESIAPA YANG CURI KASUT AKU,TOLONG PULANGKAN BALIK ! CEPAT ! AKU TAK MAIN-MAIN! KALAU TAK PULANGKAN JUGAK,AKU AKAN BUAT MACAM YANG ARWAH BAPAK AKU BUAT DULU!!!!!!''

Maka takutlah orang kampung mendengar kata-kata Budin itu.Maklumlah orang gila ni kalau mengamuk memang dahsyat.mereka akan gunakan apa saja yang dapat di capai,terutama parang panjang.mereka akan menetak ,memancung dan melibas sesiapa saja yang ada di depan mata.

CEPAATTTTT!!!! PULANGKAN SELIPAR AKU!!!! KALAU TAK PULANG,AKU AKAN BUAT MACAM BAPAK AKU BUAT DULU!!!!!!!''

Budin menjerit lagi menggunakan mikrofon,suara yang amat menakutkan!

Tiba tiba datanglah seorang budak dengan wajah yang pucat sambil menjinjing selipar buruk budin ,.Dengan terketar ketar ,budak lelaki itu berkata..

"ala abang ni... saya nak gurau sikit pun tak boleh...

Budin membulatkan biji matanya.Dia mengangkat tangan,tetapi sebelum berbuat sesuatu,budak lelaki itu telah terlebih dulu melempar seliparnya dan kemudian ,lari lingkang pukang meninggalkan masjid..

Orang kampung yang masih berada di dalam masjid tersebut mula menggeletar .Mereka sudah terbayangkan darah..Pak imam yang sedari tadi memerhatikan kelakuan budin perlahan lahan mendekati nya.. Dengan rasa takut yang amat sangat , pak imam pun bertanya kepada budin ...

Err boleh saya tahu ...

apa yang arwah bapak awak buat bila dia tak dapat semula selipar dia???

Jawab budin "Dia balik kaki ayamlah" lalu budin pun keluar sambil menyarung selipar buruknya....

HUAH HUAH HUAH

Tuesday, September 7, 2010

15 Sebab Kenapa Lelaki Sentiasa HAPPY

1)Tak perlu mengandung

2)Boleh kencing merata rata

3)Kerjanya sama, tapi gaji lebih

4)Kedut dan boroi lambang kejantanan.

5)Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka

6)Berbual di telefon 30 saat aja

7)Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama lima hari

8)Dipuji sebab berjaya keluarkan satu idea ciput

9) Boleh pakai seluar dalam rm9.90 sekotak (ada tiga helai)

10)Boleh pakai baju yang berkedut

11)Apa yang ada di muka semuanya ori

12)Stail rambut sama saja selama bertahun_tahun,mungkin berdekad

13)Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking ,sampai koyak

14)Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam....!!!!

15)Misai serabut ?no hal lah

SHARE THIS

Blog Archive