Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 14, 2012

Maki hamun Proton ,Kerana Proton Preve


Kes dikatakan berlaku di cawangan proton sungai besi.
Seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dikatakan telah menampal beberapa keping kertas menunjukkan ketidakpuasan hati beliau terhadap proton preve.

kalau tak mampu buat kereta berkualiti ...tutup saja Proton

Tak sampai sebulan ...enjin bocor


Gps rosak.......Tiada penyelesaian 


Hope kes ni hanya kes terpencil sahaja..



........................................................................................................
Baca Kisah Yang Lain

1- Muzium ketam kayu di Rusia

2- Dua kanak-kanak ada kuasa magnet

3- Gambar kemalangan bas dan treler di Behrang 11.11.11

4- Hutang-hutang negara kaya

5- Gambar kereta sport pertama Lubnan

6- Penyeludup dadah paling seksi

7- Gambar ular sawa mati tercekik

Suami main lawan tarik beg dengan peragut


Seorang lelaki bertindak nekad mengejar dua peragut yang terjatuh daripada motosikal ketika cuba meragut beg isterinya dalam kejadian di Jalan Klang Lama berhampiran Taman Petaling Utama, di sini, semalam.
Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 30-an, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang menunggang motosikal apabila dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dari arah belakang dalam kejadian jam 10 pagi.

Katanya, seorang lelaki terbabit tiba-tiba bertindak meragut beg tangan diletakkan atas riba pembonceng wanita menyebabkan mangsa cuba mempertahankan beg tangannya dan berlaku tarik-menarik dengan lelaki itu.
“Ini menyebabkan motosikal ditunggang peragut terbabit hilang kawalan lalu terjatuh sebelum pasangan suami isteri itu memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengejar mereka. “Namun, kedua-dua peragut itu tidak dapat melarikan diri kerana kaki mereka dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda (MPV) yang tiba sejurus kejadian.

.......................................................
Baca yang lain





Maut atas bumbung depan masjid


PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat mangsa di atas bumbung kereta.


Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menemui ajal di atas bumbung kereta apabila motosikal ditunggangnya berlanggar sebuah kereta di hadapan Masjid Al-Taqwa, Paya Bemban, Jalan Hospital, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Elfie Farhan Mohd Nasir, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke Kota Bharu sebelum berlanggar sebuah kereta Proton Saga BLM menyebabkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta itu.
Bagaimanapun, rakan mangsa cedera ringan.

Kejadian berlaku apabila kereta dari arah lampu isyarat Berek 12 menghala lampu isyarat Kampung Cherang secara tiba-tiba membelok ke kanan sebelum motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian hadapan kereta itu.

“Mangsa tercampak di atas bumbung kereta dan meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Nasir Zaminuddin, 39, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh anak sulungnya ketika dalam perjalanan untuk berniaga di pasar.

“Saya berpatah balik menuju tempat kejadian untuk melihat anaknya.
“Pada mulanya saya ingatkan ia kemalangan biasa, tetapi apabila tiba di tempat kejadian saya lihat anak saya terbaring di atas bumbung kereta dan sudah meninggal dunia.

Menurutnya, dia dan anak kedua daripada empat beradik itu rapat seperti rakan karib.

“Kami rapat dan masih terngiang-ngiang hasrat arwah yang mahu menyambung pelajarannya selepas memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian. Pemergiannya amat dirasai, tetapi saya reda,



Baca yang lain






Malu digelar muka gajah


Seorang bapa menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang sering dicerca dan dihina oleh orang lain kerana mengalami kecacatan teruk pada wajahnya akibat penyakit yang sukar diubati.
Bagi Chan Hoong Yee, 67, dia sudah tidak sanggup lagi melihat anaknya, Chan Mong Ping, 43, dipinggirkan masyarakat akibat penyakit Port Wine Stain atau Haemongiomas Rata yang dialaminya sejak lahir.
Hoong Yee yang merupakan seorang buruh binaan berkata, dia dan keluarga sudah kering air mata mengenangkan masa depan anak perempuan sulung daripada lima beradik itu.
"Mong Ping tidak pernah mendapat sebarang rawatan sama ada moden mahupun rawatan tradisional ekoran masalah kewangan yang saya hadapi.
"Akibat tiada sebarang rawatan, kini tangan kanannya menjadi lemah dan penglihatannya juga terjejas

Baca yang Lain

Juruteknik Bakar Rakan Karib hidup hidup - Rakan dituduh bakar Yogambika


Seorang juruteknik kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh kerani bank yang merupakan bekas rakan baiknya dengan membakar wanita itu di hadapan rumahnya di koridor Apartmen Mesra Prima di sini bulan lalu.
B. Vijendran, 33, memberitahu dia faham terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Vijendran didakwa membunuh P. Yogambika, 27, di koridor Tingkat 9, Blok B, Apartmen Mesra Prima pada pukul 10 malam 28 Jun lalu.

Baca yang lain

Jackie Chan Derma RM615,000 Kepada Mangsa Banjir Thailand


SEBAGAI tanda prihatin terhadap golongan miskin, pelakon Jackie Chan telah menderma sebanyak RM615,000 ($125 pounds) kepada mangsa-mangsa banjir di Thailand.
Menurut laporan Daily Express, bintang Hong Kong yang juga duta muhibah UNICEF (Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu) itu pernah melawat beberapa rumah kebajikan, tempat mangsa-mangsa banjir ditempatkan pada sekitar tahun 2011 dan awal tahun ini.
Pelakon tersebut telah menawarkan untuk membantu mangsa-mangsa tersebut menerusiJackie Chan Charitable Foundation setelah melihat beberapa penempatan yang hancur dan ingin memulihkan semula kawasan yang berkenaan.
Jackie yang berkongsi beberapa gambar di Internet berkata dia sanggup membantu golongan yang susah kerana dia juga pernah mengalami masalah hidup yang sama pada zaman kanak-kanak.
"Saya dibesarkan dalam keadaan yang sangat miskin dan perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi.
"Sekarang ini, saya mempunyai wang dan akan berkongsi dengan golongan yang susah," 

Cerita yang lain
6-Pelik! Ikan Serigala Bermata Tiga

Sambutan luar biasa PopMyCase


JOSAFRI (empat dari kiri) bersama Amy (tiga dari kiri) dan Nina (tiga dari kanan) menunjukkan sarung telefon bimbit eksklusif PopMyCase pada sidang akhbar di Kuala Lumpur

Syarikat pengkhususan rekaan dan pengubahsuaian sarung telefon bimbit kelima dunia, PopMyCase menyasarkan penjualan sebanyak 7,000 unit menjelang penghujung tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan PopMyCase, Josafri Johari berkata, pihaknya mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai apabila menerima 1,500 unit sarung yang ditempah khas dalam tempoh tiga bulan lalu.
“Meskipun baru diperkenalkan menerusi talian, jumlah tempahan yang diterima menunjukkan ia menepati cita rasa pengguna.
“Justeru, kami yakin perniagaan ini berpotensi untuk dikembangkan di rantau Asia seperti Indonesia dan Singapura dalam tempoh setahun

Friday, July 13, 2012

(Panas)'Gangster Celop' Bakal Cetus Fenomena

Buat julung kalinya, dua syarikat produksi yang cukup dikenali, Skop Productions dan Excellent Pictures bakal bersatu menghasilkan sebuah filem berjudul 'Gangster Celop'.

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta pelakon baru, Hanis Zalikha, filem ini dijangka mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman negara.

"Dalam keadaan industri filem tempatan mutahir ini, penggabungan seperti ini mampu menjana lebih idea, kreativiti dan modal seterusnya menghasilkan karya yang dapat memenuhi citarasa penonton yang lebih luas," ujar Datuk Yusof Haslam dalam majlis pelancaran filem ini yang berlangsung di FINAS, semalam.

'Gangster Celop' berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun yang bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik.

Namun mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak), seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu iaitu Suzana (Hanis Zalikha) yang baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan.

Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh untuk sekian lama.


Sumberr 

(Gambar) Jay Park, Justin Bieber bersama Kekasih & Kara Kini Di Malaysia!


Suasana tenang di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila diserbu ratusan peminat. Kejadian yang berlaku jam 9.30 malam tadi ni gara-gara para peminat yang teruja mahu menyambut kedatangan idola kesayangan mereka- bintang remaja sensasi, Justin Bieber serta penyanyi R&B-Hip Hop kegilaan ramai Jay Park juga lima gadis idaman peminat lelaki, Kara. Kehadiran mereka ke tanah air sempena konsert MTV Worldstage yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, di Sunway Surf Beach Resort.
Seperti biasa, peminat Kara kelihatan lebih bersemangat apatahlagi ini merupakan kunjungan kali pertama hitmaker Step ini ke sini. Sambil dengan penuh sabar menanti, peminat membuat satu barisan panjang. Ada yang memengang banner, sepanduk tanda alu-aluan. Juga tak ketinggalan ada yang bersiap sedia mahu memberikan hadiah kepada Gyuri, Seungyeon (yang baru saja keluar dari hospital akibat diserang simptom anemia), Jung Nicole, Hara dan Jiyoung.
Tekan readmore untuk tengok banyak gambar

95 Terbunuh, Lori Minyak Terbakar


Gambar:Asap tebal menyelubungi udara selepas berlaku letupan dalam kejadian lori tangki membawa minyak tumpah di Port Harcourt semalam mengakibatkan 95 orang terbunuh dan 18 lain cedera. – AFP
PORT HARCOURT, Nigeria 12 Julai – Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh setelah mereka cuba mencedok minyak petrol yang tumpah dari sebuah lori tangki yang terbalik sebelum ia terbakar dalam satu kejadian di sini, hari ini.
Komander sektor Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju berkata, kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan itu berlaku ketika lori tangki itu cuba mengelak satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah bas.
Menurut saksi, sejurus kemalangan itu berlaku, ratusan penduduk sekitar tempat kejadian berpusu-pusu mengerumuni lokasi kejadian bagi mengambil minyak yang tumpah dari lori itu.
Tiba-tiba berlaku satu letupan diikuti dengan kebakaran. Sebanyak 93 orang rentung, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital dan 18 lagi parah,” katanya.
Jurugambar AFP berkata, kebanyakan yang terbunuh merupakan pengendali teksi motosikal ‘Okada’ yang berlumba-lumba memenuhkan tangki kenderaan masing-masing.
Olagunju berkata, sekurang-kurangnya 34 motosikal musnah dalam kebakaran itu. – AFP


Gadis Melayu musim ke-2 Nikah Pengerusi Umno Pulau Pinang


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman akan mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.

Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang

Muhdalina minta percaya kiamat dekat

Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.

Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.

"Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya

Gambar - Gambar Kenangan Dihantui bayangan Misteri

Gambar yang sepatutnya gambar kenangan yang mempunyai sentimental value bertukar apabila wujud entiti-entiti yang tidak mempunyai bentuk fizikal. Seramkan kalau korang bayangkan gambar korang yang bermakna bagi anda wujud pulak entiti macam nih??


Tekan readmore untuk lebih banyak gambar

(Gambar) Pemegang rekod Payudara Terbesar di dunia


Wanita bernama Annie Hawkins-Turner menjadi selebriti di tempatnya kerana telah memecahkan rekod Dunia Guinness ,Sebagai pemegang rekod payudara terbesar di dunia,

Dia kini berhadapan dengan masalah kerana dikejar oleh peminat .

Taknak cakap banyak lah...Cuma tekan readmore kalau nak tengok gambar dia ni..

(Gambar) Ikan Piranha serang selatan China

Sebuah bandar di selatan China memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sungai.

Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1,000 yuan (RM500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkannya, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam. Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya terpaksa dijahit selepas tiga ikan itu

Amah Kemboja Naik hantu - amuk sepak ,terajang bayi


Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian ‘amuk’ wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak

Takut kantoi main bola Golek - Sanggup kuak lentang dalam Kolam taik

Dua lelaki warga Bangladesh sanggup berenang dalam kolam najis bagi mengelak ditahan polis kerana bermain judi bola golek di kawasan semak berhampiran sebuah tapak pembinaan di Damansara Spring.

Terdahulu kehadiran anggota Cawangan kongsi gelap, perjudian dan maksiat (D7) di kawasan berkenaan malam kelmarin tidak disedari puluhan warga asing yang leka bermain judi berkenaan yang mengenakan pertaruhan serendah  M10 hingga RM30.

Menurutnya, polis turut merampas barang serta peralatan yang digunakan untuk permainan judi bola golek itu.

Che Hasnah nekad enggan rujuk


Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.
Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.
“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.
“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia ma

Penggali Kubur Eksiden di Sungai Kapar Indah- Kepala hampir terbelah

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Batu 7, Jalan Kapar. Gambar kecil: Kok Kian.
Seorang penggali kubur maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang sedang menunggu pagar sebuah kilang dibuka di Batu 7, Jalan Kapar, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Treler berkenaan yang juga datang dari arah Klang berada di hadapan kilang itu sementara menunggu

(Gambar) Orang myanmar mati lepas dapat sms


 Ketakutan seorang pekerja kilang perabot warga Myanmar yang mendakwa dirinya mangsa gangguan seseorang menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan kesan tikaman bertubi-tubi di belakang badan di Jalan Jenjarom 1G, Bukit Sentosa .
Keadaan mayat Nay San yang ditemui mati dibunuh di bilik sewanya di Jalan Jenjarom 1G, Bukit Sentosa, Hulu Selangor 
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Nay San, 35, ditemui tanpa memakai baju tertiarap dan

Nik Aziz kecewa - Kes cerai kerana fahaman politik

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa  dengan laporan suami isteri warga emas di Pasir Mas bercerai selepas 15 tahun bersama akibat perbezaan fahaman politik.

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, dalam keadaan sekarang, politik bukan sahaja berlaku dalam

Anak saudara dakwa Israel racun Arafat


Israel meracun bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat dengan bahan radioaktif polonium, kata anak saudaranya, Nasser al-Qidwa semalam.
GAMBAR fail menunjukkan Arafat dan isterinya, Suha.
"Kami menuduh Israel membunuh Arafat dengan meracunnya dengan bahan pembawa maut," katanya kepada agensi berita AFP.
Beliau merujuk bahan pembawa maut itu sebagai polonium.
Bahan itu ditemui pada pakaian yang dipakai Arafat semasa beliau sakit.
"Mereka yang bertanggungjawab dengan pembunuhan itu sepatutnya dihukum," katanya.
Beliau merupakan Presiden Yayasan Yaser Arafat.
Dakwaan Arafat diracun muncul pada minggu lalu selepas stesen penyiaran Al-Jazeera melaporkan pakar-pakar menyatakan terdapat kadar kandungan polonium yang tinggi pada barang peribadi milik pemimpin terkenal Palestin itu.
Bahan itu pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko yang mati pada tahun 2006 selepas beliau meminum teh yang mengandungi racun tersebut.
Namun, jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan dakwaan Nasser.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004

Thursday, July 12, 2012

Mia Sara Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records


 Tahniah Boyzonne ucapkan kepad pelakon cilik negara kita, Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, di atas kejayaannya yang dianugerahkan sebagai pelakon termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records malam tadi.
Mia yang hadir bersama bapanya dan juga pengurusnya berasa gembira dengan anugerah yang diberikan yang berlangsung di Intercontinental Hotel.
Bagi Mia, dia berasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah kepada dirinya.
Pelakon cilik itu sentiasa mengingatkan dirinya untuk tidak mudah lupa diri dan akan berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan.
Kejayaannya itu banyak dikongsi bersama peminat-peminat di laman sosial Twitternya sendiri.
“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg

Hartawan Misteri Sedekah RM2.2 Bilion Bina Masjid


Hartawan Misteri Sedekah RM2.2 Bilion Bina Masjid | Allah SWT suka kepada hambaNya yang suka menginfaqkan hartanya ke jalan yang diredhai. Terdapat sebuah kisah di mana seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).
Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.
“Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.
Penderma telah mengamanahkan agar tidak mendedahkan identitinya dan saya selaku pengerusi pengelola menjaga amanah ini dan akan menjalankan tanggungjawab ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh penderma,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, sebagai pendahuluan sebuah surau bakal dibina di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim di sini bagi menggantikan surau yang telah uzur dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM400,000.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kassim Mohamad.
Sementara itu, Mohd. Ali menyambut baik hasrat penderma berkenaan dalam membantu kerajaan negeri membina lebih banyak surau, masjid dan rumah anak yatim di negeri ini namun tetap berharap dapat dipertemukan dengan individu terbabit.
Katanya, perjumpaan dengan penderma itu adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan di kemudian hari kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran negeri.
“Saya akan arahkan satu pertemuan diadakan bersama penasihat undang-undang dan kewangan negeri, pihak JAIM, jabatan pelajaran serta agensi yang terlibat bagi mengelak daripada berlakunya masalah,” katanya.
Sumber: Informasi 

SHARE THIS

Blog Archive