Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 4, 2012

Tergempar - Hujan air batu gemparkan Jertih

Ketulan air batu yang jatuh bersama hujan lebat di sekitar bandar Jertih.

JERTIH - Orang ramai di beberapa buah kampung di sekitar Jertih terkejut dengan fenomena hujan air batu luar biasa berserta ribut kencang yang melanda petang kelmarin.

Dalam kejadian hujan lebat kira-kira jam 6.55 petang itu, ia menggemparkan penduduk kampung antaranya di Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.

Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu tetapi penduduk menyifatkan bencana itu adalah paling teruk dalam

Kepala babi cemar masjid di Perancis

MONTAUBAN - Islamofobia dilihat  telah meningkat di Perancis susulan daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban, kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan orang Islam di kawasan itu.

Pengerusi Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti itu yang dilakukan pada bulan Ramadan sememangnya

Kelantan mahu royalti dibayar sebelum Aidilfitri


SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berharap agar rundingan tuntutan royalti yang dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat diselesaikan sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri bagi

Misteri Disebalik kematian paus di Kuala Penyu

Seorang penduduk kampung dari daerah ini keluar dari mulut ikan paus seberat lebih 10 tan untuk melihat lebih dekat ketika operasi memindahkannya ke darat.


KOTA KINABALU - Pengarah Institut Penyelidikan Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Saleem Mustafa percaya ada kemungkinan kejadian paus terdampar di kawasan cetek mempunyai kaitan dengan perubahan iklim.
Sambil menegaskan tentang perlunya data lebih impirikal untuk membuat kesimpulan tentang perkara itu, beliau berkata terdapat juga alasan kukuh bahawa pengasidan laut, secara langsung dan tidak langsung, memberi kesan terhadap kehidupan mamalia itu.
"Perubahan oseanografi juga memberi kesan besar terhadap mereka. Secara menyeluruh, perubahan iklim menjadikan paus tertekan, mengancam daya tahan mereka, mendorong mereka membawa diri ke kawasan laut yang asing bagi mereka dan menjejaskan kemampuan navigasi mereka.
"Oleh itu, memang menyedihkan kerana kita berkemungkinan akan menyaksikan lebih banyak kejadian paus terdampar di

Putera William, Kate lawat Malaysia bulan depan

Putera William dan Duchess Kate Middleton.

SHAH ALAM - Duke dan Duchess of Cambridge akan mengadakan lawatan ke Malaysia pertengahan bulan depan dalam rangka kunjungan ke beberapa negara rantau ini sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth II.

Putera William dan Duchess Kate Middleton akan melawat Singapura, Malaysia dan Kepulaun Solomon sebelum menuju ke

Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S di Olimpik 2012

Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara

Kisah Iktibar di Penjara Sungai Buloh


Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan di sana.
Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Mohd. Amin Mohd. Razali iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah

Bangkai Haiwan Ganjil Muncul Di Amerika Syarikat


NEW YORK – Bangkai dari binatang aneh di pantai New York, Amerika Serikat (AS) menimbulkan tanda tanya besar. Binatang ini pantas disebut monster, karena jenisnya tidak diketahui.
Pihak Dinas Pertamanan New York bersikeras bahwa binatang itu adalah

Penzina ini dihukum tembak dikhalayak ramai


Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut di Sanaa, ibu kota Yaman. Beliau telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk

Remaja putus cinta telan 80 biji pil


ALOR GAJAH: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, remaja berusia 18 tahun itu ditemui dengan mulut berbuih dan tidak bermaya oleh ibunya sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan.
Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan

5 Cedera dalam kemalangan babitkan 4 kenderaan di Jalan Tun Razak

Sebuah kereta remuk selepas terlibat sama dalam kemalangan sebuah kereta terbabas di Jalan Tun Razak. Lima mangsa cedera akibat kemalangan tersebut.

KUALA LUMPUR - Lima orang cedera apabila tiga buah kereta dan sebuah motosikal terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.
   
Menurut saksi kemalangan, kejadian itu berlaku berhampiran Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 10 pagi ini apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara yang dinaiki dua orang lelaki yang sedang menghala ke Bulatan Pahang terbabas lalu memasuki arah bertentangan.
   
Menurut pemandu sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, Tam Sui Chim, 51, kereta Perodua Kembara itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan dua lagi kereta yang cuba mengelak terbabit dalam kemalangan.
   
Penunggang motosikal yang berada di belakang kereta itu hilang kawalan lalu melanggar belakang kenderaan itu.
   
Pemangku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata setakat ini polis masih belum menerima sebarang laporan.
   
Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur, lima orang yang cedera dalam satu kemalangan, tanpa menyebut lokasi kejadian, dihantar ke hospital itu hari ini tanpa memberikan butiran lain.

Identiti mereka masih belum dikenal pasti. -Bernama

Lelaki Mati Ditembak Ketika Lepak


KUALA LUMPUR – Akibat dendam, seorang lelaki dipercayai pengawal kelab malam mati ditembak di Serdang Perdana dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian mangsa yang dikenali sebagai K.Silvan, 27, ditembak dalam jarak dekat ketika sedang lepak dan minum bersama dua lagi rakannya di bahu jalan pada kira-kira jam 11.30 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa ditembak satu das di kepala serta dua das di bahagian badan dan polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam.
“Siasatan awal mendapati penembak itu merupakan

Tukang jahit parah ditembak senjata buatan sendiri

Mangsa cedera parah diperut selepas ditembak dari jarak dekat.


KULIM - Seorang lelaki yang merupakan pengusaha kedai jahit berusia 67 tahun, cedera parah di bahagian perut kerana ditembak tiga lelaki dari jarak dekat di pekan Kulim, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata ketika kejadian, mangsa bersendirian di kedainya setelah isteri dan cucunya keluar untuk makan tengah hari. Menurutnya, mangsa didatangi tiga lelaki sebelum memaksa

Saman Selepas Ditangkap Kerana Berbulu Kaki


Kanada – Sekumpulan wanita menyaman pasukan polis di Toronto yang didakwa menggunakan alasan berbulu kaki untuk menahan mereka semasa wanita berkenaan menyertai tunjuk perasaan ketika sidang kemuncak negara G20 diadakan, dua tahun lalu.
Mereka mengemukakan saman sebanyak $1.4 juta.
Menurut salah seorang plaintif, Alicia Ridge, mereka juga telah

John Graham Bersemadi Dalam Gitar


LONDON – Seorang bekas pemain gitar kumpulan rock era 1960-an disemadikan dalam keranda berbentuk alat muzik itu, semalam.
Pernah menganggotai kumpulan The Ramrods, John Graham dikebumikan dalam keranda berbentuk gitar Fender Stratocaster sepanjang kira-kira tiga meter. Kakitangan yang mengendalikan urusan mayat Graham menghasilkan masa berbulan-bulan untuk menyiapkan keranda berkenaan yang dicipta sempena

Mayat lelaki ditemui tertiarap dekat Lombong

Polis menjalankan siasatan ke atas mayat mangsa yang ditemui berdekatan kawasan bekas lombong dekat Kampung Telaga Cina.

KUALA MUDA – Seorang lelaki warga Myammar ditemui mati dalam keadaan tertiarap berdekatan kawasan lombong dekat Kampung Telaga Cina di sini kira-kira jam 3 petang semalam.

Mangsa, Saw Ngein, 39, ditemui dalam kawasan semak kecil dalam lopak air berdekatan bekas lombong lengkap berpakaian ditemui dengan kesan tetakan di bahagian kepala.

Mayatnya didapati tertiarap di mana bahagian mukanya tersembam ke permukaan air dengan kesan lumpur kelihatan di seluruh bahagian badan.

Selain itu, tapak kaki mangsa turut kelihatan bewarna kehitam-hitaman seperti

Wanita Misteri Tampil Mohon Maaf


London – Wanita misteri  yang muncul secara tiba-tiba ketika kontinjen India berarak pada hari pembukaan sukan Olimpik 2012 lalu, akhirnya tampil memberikan penjelasan.
Menurut Madhura Nagendra, dia bukan sengaja menyelusup masuk sebaliknya

Tahanan mati ditembak cuba serang polis di Loji

suspek yang melarikan diri dan cuba menyerang polis, mati ditembak di Loji Air Puncak Templer, Selayang 

KUALA LUMPUR – Seorang suspek kes samun yang baru dilanjutkan reman enam hari di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini semalam ditembak mati selepas lelaki itu cuba menyerang polis menggunakan parang selepas dia berjaya melarikan diri daripada tahanan polis.
Sebelum kejadian pada pukul 3 petang, suspek warga tempatan berumur 26 tahun itu berjaya melarikan diri sewaktu dia dan beberapa suspek lain sedang

Suami isteri rentung sebelum sahur

SEORANG anggota forensik menjalankan siasatan di dalam rumah sepasang suami isteri warga emas yang rentung dalam kebakaran di Felda Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan 

JELEBU – Hasrat suami isteri warga emas untuk bersahur tidak kesampaian apabila pasangan tersebut ditemui rentung dalam rumah mereka yang terbakar di Felda Pasoh Satu di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, dua mangsa yang terkorban ialah Zahari Hassan, 77, dan isterinya, Mariam Abd. Latif, 67. Mayat pasangan itu ditemui di

Ibu bimbang anak diculik untuk dijadikan pelacur

CHEAK HOCK (kiri) bersama Lu Ceng menunjukkan gambar Yvonne di Wangsa Maju, Kuala Lumpur 

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri, Phua Cheak Hock, 42, dan Tan Lu Ceng dari Wangsa Maju di sini, mengesyaki kehilangan anak perempuannya sejak Rabu lalu adalah akibat menjadi mangsa culik dua individu yang mempergunakan pelajar-pelajar perempuan untuk

Penyamun Geng Kerinchi - Samun ikut jadual ilmu hitam



KAJANG - Sekumpulan empat penjenayah warga Indonesia bergelar Geng Kerinchi yang menggunakan ilmu hitam bagi memukau mangsa nampaknya tidak menjadi apabila kesemua mereka ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu kelmarin.
Suspek-suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun tersebut ditahan pada pukul 8.30 pagi di rumah kongsi sebuah kilang papan dekat Semenyih pada 27 Julai lalu.
Kegiatan mereka berjaya ditumpaskan selepas mereka

Langkah Khairul terkandas di peringkat suku akhir

KHAIRUL hanya mampu beraksi pada peringkat suku akhir acara recurve individu Sukan Olimpik 2012 di London.

PERJUANGAN pemanah negara Khairul Anuar Mohamad pada Sukan Olimpik 2012 London sudah berakhir.
Semalam dia tidak mampu meneruskan langkah lagi selepas tumbang kepada

Gambar Proton Perdana Fuga Baru (Mengancam!)


Gambar Proton Perdana Fuga Baru (Mengancam!) | Setelah berita mengenai Proton Perdana akan digantikan dengan model baru untuk kakitangan kerajaan, Proton dan DRB Hicom bersaing serta memberi cadangan kepada Perdana Menteri untuk untuk model baru Proton Perdana itu. Susulan daripada berita yang tersebar sejak beberapa hari lepas tentang

Ular sawa Mempunyai Rambut Yang Panjang


Ular Mempunyai Rambut Yang Panjang | Seperti yang kita tahu, ular bukanlah jenis haiwan yang berbulu apatah lagi mempunyai rambut di bahagian kepalanya. Ular merupakan haiwan yang

Pelik! Anak Ular Berkepala Naga Ditemui


Anak Ular Berkepala Naga Ditemui | Jika sebelum ini kita pernah mendengar mengenai ular dilahirkan dalam kembar berkepala dua , tetapi kali ini berbeza pula. Seekor anak ular dilahirkan dalam keadaan mempunyai sifat anggota badan yang pelikAnak ular pelik tersebut dikenali sebagai ular berkepala naga. Ular naga ini lebih

Gambar Pengawal Wanita Gaddafi Dibunuh Tentera NTC Libya (Kejam!)


Gila kejam ka apa puak-puak pemberontak Libya nieh!! Gambar-gambar kejam ini didapati dari blog yang memaparkan pembunuhan kejam pengawal-pengawal peribadi bekas pemimpin Libya nieh. Pengawal Peribadi Gaddafi yang dipanggil “The Revolutionary Nuns” atau “Amazonian Guard” yang dianggotai oleh beberapa orang wanita ni telah diburu dan

Video CCTV Kemalangan Motorsikal di KM5.8 Lebuhraya DUKE


Kemalangan sebuah motorsikal di KM5.8 DUKE di bahagian selekoh lebuhraya. Kemalangan yang berlaku pada Febuari 2011ni terjadi dengan sendiri di mana secara tiba-tiba motorsikal itu bergoyang dan terus

Pembantu rumah dakwa dirogol majikan

KULIM - Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kulim kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin setelah mengadu dirogol oleh majikannya.

Mangsa yang datang ke Malaysia pada 15 Mei lalu dijanjikan gaji bulanan RM500 sebulan bagaimanapun tidak menerima sebarang bayaran sehingga hari ini.

Menurut mangsa, sepanjang tinggal bersama majikannya, dia telah dirogol sebanyak

Gempar! Jacky Chan Mati Dalam Kemalangan Jalanraya


Gempar! Jacky Chan Mati Dalam Kemalangan Jalanraya |Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam

12 Penipuan Popular Di Malaysia (Mesti Baca!)


Rakyat di Malaysia khususnya terdedah kepada bahaya penipuan yang sering terjadi kepada golongan berada. Penipuan ini adakalanya terjadi kepada golongan kurang berkemampuan. Sebagai contoh penipuan yang melibatkan tawaran pakej haji dan umrah yang murah. Siapa tidak mahu jika ditawarkan dengan harga yang murah bukan? Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak mengenal pasti apakah penipuan yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Di bawah disenaraikan 12 jenis taktik paling popular yang digunakan oleh golongan ‘durjana’ malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya kian

Kisah Penyesalan Seorang Isteri (Renungan)


Di sini terdapat sebuah kisah di mana timbulnya penyesalan seorang isteri apabila kemahuan seorang suaminya ditolak.  Bukan untuk mencari silap, tetapi sekadar sebagai satu renungan untuk kita semua.
“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah

Wanita curi baju, kuih bulan dicekup

Suspek yang berjaya dicekup selepas dipercayai mencuri pakaian dan kuih bulan di sebuah pusat beli-belah terkenal.
SUBANG JAYA – Tindak tanduk mencurigakan seorang wanita yang tergesa-gesa keluar dari sebuah kedai pakaian di sebuah pusat beli-belah terkenal di sini adalah taktik mengelak diri ditahan akibat mencuri.

Semuanya terbongkar selepas tindakan wanita lingkungan 40-an itu yang

Isteri Minta Cerai Kerana Suami Pandai Masak


Kisah bermula apabila seorang wanita Mesir meminta perceraian setelah dirinya sedar suaminya lebih hebat dalam hal memasak daripada dirinya.
Mohammed Said, seorang chef di Hotel Cairo, mengejutkan keluarganya ketika

Rantai Anak Di Pokok Sebab Ponteng Sekolah


KEMBOJA – Seorang bapa bertindak kejam dengan merantai leher anaknya di pokok selepas melihat anak lelakinya yang berusia 13 tahun ponteng sekolah dan menghabiskan masa melayari internet di siber kafe.
Sok Thoeun, 40, berang dan terlalu marah dengan penipuan yang dilakukan oleh anaknya dan membiarkan anaknya dirantai selama

Pernah dibelit Ular sudu selar - Ibu gadai nyawa setiap hari

Rokiah sedang memproses daun palas untuk dipasarkan menjelang perayaan akan datang.

RANTAU PANJANG - Seorang ibu di sini, terpaksa bergadai nyawa setiap hari demi membesarkan enam anaknya sejak 35 tahun lalu.
Rokiah Isamil, 59, berkata, pekerjaannya mencari dan membekalkan daun palas bukanlah perkara mudah memandangkan daun palas ini terdapat di kawasan semak.

"Sepanjang tempoh 35 tahun ini, banyak risiko yang terpaksa dihadapi. Saya pernah dibelit ular sudu selar kerana

Kereta pemain KL dicuri terbakar dalam kemalangan

Anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, berusaha memadamkan kebakaran melibatkan kereta Proton Waja, yang terbabas selepas cuba melarikan diri daripada pihak polis

PASIR MAS – Seorang wanita berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes samun pada jam 2 pagi di Kampung Galok, Chetok semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, wanita ini ditahan selepas kenderaan yang dinaiki bersama dua lagi rakannya terbakar setelah melanggar lampu jalan.
Katanya, wanita yang berasal dari Pasir Puteh itu ditahan ketika sedang

Friday, August 3, 2012

Olimpik: Chong Wei ke final, perak sah

DATUK Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik di London apabila menewaskan Chen Long dari China, sekali gus membawa harapan bagi

Aiskrim Baskin-Robbins percuma jika Malaysia kutip emas Olimpik


KUALA LUMPUR - Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.
Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di

Kumpulan Peterpan tukar nama NOAH

SHAH ALAM – Tidak sampai dua minggu selepas pembebasan vokalis Peterpan, Ariel, kumpulan itu sudah mula mengorak langkah untuk terus mewarnai bidang seni suara di sana.

Kumpulan yang dianggotai lima pemuda itu sebulat suara memilih NOAH sebagai nama baru kumpulan yang sudah bertapak sejak 1997 itu. 

Bekas ahli kumpulan Peterpan, Ariel, Uki, Lukman, David dan Reza mengumumkan

Ajaran Pak Habib terpesong, anggap al-Quran kitab lama

Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.

RAWANG - Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir

Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.


Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang

SHARE THIS

Blog Archive