Pengikut Boyzzonne

Wednesday, November 9, 2011

Kapal kargo terbelah dua



SEBUAH kapal kargo yang didaftarkan di Panama terbelah dua di luar pelabuhan Keelung, Taiwan semalam. - Reuters


TAIPEI, Taiwan - Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, empat orang anak kapal maut dan enam lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama terkandas di perairan utara Taiwan.
Menurut kementerian itu, kapal yang membawa 21 anak kapal tersebut terbelah dua selepas berlanggar dengan batu-batu di luar pelabuhan Keelung pada awal pagi semalam.
Bagaimanapun, kewarganegaraan mereka tidak dapat diketahui.
Seramai 11 anak kapal telah diselamatkan termasuk empat orang berenang untuk menyelamatkan diri.
Taiwan dilanda taufanNalgae sepanjang minggulalu. - Agensi

Projek astronomi terbesar di dunia



SEBUAH kenderaan pada Jumaat lalu membawa antena yang akan ditempatkan di gurun Atacama, Chile.


SANTIAGO, Chile - Projek astronomi yang terbesar di dunia kini sedang berjalan di gurun Atacama di Chile yang terletak 1,500 kilometer dari sini.
Apabila ia siap dibina, ia mengandungi 66 antena ketepatan tinggi yang akan berfungsi sebagai sebuah teleskop.
Projek itu melibatkan kerjasama dari Eropah, Amerika Utara dan Asia Timur selain Chile.
Ia akan digunakan sepenuhnya pada 2013.
Apabila siap sepenuhnya, ia akan mampu menemui galaksi yang sebelum ini tidak dapat dilihat bagi tempoh setiap tiga minit. - Agensi

Sistem kongsi basikal diuji di New York



BEBERAPA orang melihat basikal yang ditempatkan di sebuah kawasan di New York pada Khamis lalu dalam satu ujian sistem perkongsian basikal.


NEW YORK - Satu demonstrasi berhubung sistem perkongsian basikal dilakukan di bandar raya ini pada Khamis lalu.
Sistem perkongsian itu dikendalikan oleh pihak Perkongsian Basikal Alta yang menenangi kontrak daripada pihak pengurusan bandar raya ini untuk meletakkan 10,000 buah basikal di lebih 600 stesen di Manhattan dan sebahagian Brooklyn.
Ia akan bermula pada tahun depan.
Basikal itu akan digunakan oleh orang ramai dan kos pengurusan sistem tersebut dibiayai menerusi penajaan dan yuran kos rendah. - AFP

Belanja RM32.06 juta angkut batu 340 tan



SEORANG pekerja berdiri di depan bongkah batu seberat 340 tan yang diangkut ke Muzium Seni dari kuari Stone Valley di Riverside, California pada 22 September lalu.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Muzium Seni Los Angeles yang membelanjakan sehingga AS$10 juta (RM32.06 juta) untuk membawa sebuah bongkah batu ke sebuah bangunannya di pusat bandar ini.
Bongkah batu seberat 340 tan itu akan dijadikan karya hasil seni oleh artis terkenal AS, Michael Heizer dalam pameran yang dikenali sebagai Levitated Mass.
Ia diangkut dari kuari Stone Valley dekat sini oleh sebuah kenderaan pengangkut yang mempunyai 196 tayar yang mampu membawa berat muatan 450,000 kilogram.
Seramai 60 orang termasuk pemandu, juruarah dan anggota polis terbabit dalam usaha memindahkan bongkah batu gergasi tersebut.- Agensi

Hotel di dalam hutan menanti pembeli


HOTEL Balsams Grand Resort di Dixville Notch, New Hampshire, Amerika Syarikat kini mencari pemilik baharu.


DIXVILLE NOTCH, New Hampshire - Sebuah hotel berusia hampir 150 tahun yang terletak di dalam hutan di sini kini menanti pembeli sejak ia mula berada dalam pasaran untuk dijual pada Julai tahun lalu.
Hotel Balsams Grand Resort yang ditutup pada 14 September lalu itu mempunyai padang golf dan boleh memuatkan 400 tetamu.
Ahli lembaga pengarah hotel itu kini mencari pemilik baharu yang boleh memodenkan hartanah tersebut kerana ia tidak pernah mengalami sebarang kerja-kerja pengubahsuaian besar sejak awal tahun 1900-an.
Hotel itu milik keluarga Tillotson sejak tahun 1954 yang terkenal kerana melabur dalam industri getah.
Namun, ia kini mengalami kerugian sejak beberapa tahun lalu.
Hotel itu menggunakan tenaga wap panas yang dijana oleh sebuah loji biojisim yang pernah digunakan untuk menjana kilang milik Tillotson yang terletak dekat dengan hotel tersebut.
"Ia adalah kos terbesar kami selain kos buruh, ia menyebabkan kami sukar bersaing sebagai sebuah hotel. Adalah sukar untuk mendapat pulangan modal apabila kos tenaga anda begitu tinggi," kata presiden dan pengurus besar hotel tersebut, Jeff McIver.
Hotel itu mengalami kerugian selama bertahun-tahun dengan aset yayasan keluarga tersebut digunakan untuk menampung kos operasinya. - Agensi

Menangis dapat mendengar suara

NEW YORK - Seorang wanita berusia 29 tahun, Sloan Churman yang cacat pendengaran terkejut buat pertama kali selepas dia dapat mendengar.
Sloan memuatkan gambar yang menunjukkan dia berasa terkejut apabila mendengar suara di laman YouTube pada 26 September lalu.
Menurut kenyataannya di laman tersebut, dia cacat pendengaran semasa dilahirkan.
Sloan berkata dalam laman itu bahawa lapan minggu lalu, dia menerima implan pendengaran yang ditawarkan oleh Perbadanan Perubatan Envoy di Amerika Syarikat.
Dia menutup mulut dengan tangannya selain memejamkan mata dan menangis selepas mendengar suara daripada seorang kakitangan perubatan.
Implan yang digunakan Churman itu dikenali sebagai Esteem dan ia berfungsi menerusi getaran dram telinga.
Menurut satu komen di laman tersebut, saintis yang mencipta implan tersebut sepatutnya diberikan anugerah termasuk Anugerah Nobel. - Agensi

Acara melukis pada tubuh badan



SEORANG artis melukis lukisan pada tubuh seorang model wanita di Bandar Raya Mexico pada Jumaat lalu. - Reuters


BANDAR RAYA MEXICO - Seramai 20 model dan 20 artis mengambil bahagian dalam acara melukis lukisan pada tubuh badan di sini.
Acara itu diadakan pada Jumaat lalu dan dianjurkan oleh Tzikbal.
Semua model itu mempunyai lukisan unik yang dilukis di bahagian muka, tangan dan anggota tubuh mereka yang lain. - Agensi

CCTV rakam gambar hantu



GAMBAR yang disiarkan dimuat naik oleh Andrew Dasilva di YouTube menunjukkan kelibat hantu (dalam bulatan) di sebuah kedai telefon yang dibina di bekas tapak rumah anak yatim Yorkshire.


LONDON - Seorang lelaki, Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di YouTube.
Imej itu mendapat liputan di beberapa laman web di Internet yang membincangkan mengenai sama ada ia sebenarnya gambar yang tulen.
Imej itu dirakamkan di sebuah kedai menjual telefon bimbit menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pada waktu malam.
Dasilva memberitahu akhbar The Sun baru-baru ini, dia tidak percaya apa yang dilihatnya itu dan ia membuatkan dirinya berasa terkejut.
Kedai itu dibina di lokasi bekas tapak sebuah rumah anak yatim yang dikenali rumah anak yatim Yorkshire. - Agensi

Liz Hurley bertunang dengan bekas pemain kriket

LIZ HURLEY


LONDON - Bekas pemain kriket Australia, Shane Warne dan aktres, Liz Hurley telah mengikat tali pertunangan ketika mereka bercuti ke Scotland, lapor media semalam.
Warne melamar Hurley selepas makan malam romantik pada Jumaat lalu di sebuah hotel eksklusif di St. Andrews yang terletak di pantai timur Scotland.
Ia merupakan lokasi bintang sukan itu mengambil bahagian dalam kejohanan golf.
Warne, 42, melutut dan menanyakan soalan istimewa di hadapan tetamu restoran lain.
Apabila Hurley bersetuju, pasangan itu diberikan tepukan gemuruh, lapor akhbar Mail on Sundaydan Sunday Telegraph.
Gambar-gambar menunjukkan pasangan itu tersenyum sambil memegang lengan di antara satu sama lain di padang golf pada Sabtu lalu.
Hurley, 46, memakai cincin pertunangan yang dihiasi berlian.
Semasa Hurley bertemu dengan Warne pada Disember lalu, aktres tersebut masih berkahwin dengan ahli perniagaan India, Arun Nayar. - AFP

Sting mahu menyanyi sampai umur 85 tahun

NEW YORK - Pada usia 85 tahun, penyanyi terkenal Tony Bennett menghasilkan album yang berjaya menduduki nombor 1 carta album Billboard pada minggu ini.
Kejayaan itu membuatkan vokalis Sting (gambar) yang meraikan ulang tahun ke-60 kelahirannya hari ini berharap dia mampu menjadi sebagus itu pada usia 85 tahun.
"Saya berharap mampu mengekalkan kejayaan pada hari ini untuk tempoh 25 tahun lagi. Saya tidak boleh hidup tanpa muzik. Saya lebih rela bermain muzik atau mati," katanya.
Sting meraikan 25 tahun sebagai penyanyi solo. Pada lewat tahun 1970-an, dia tampil dalam industri muzik sebagai ketua kumpulan The Police.
Penyanyi yang pernah memenangi 16 Anugerah Grammy itu baru-baru ini melancarkan album lagu-lagu hitnya bertajuk Sting: 25 Years. Pada 18 Oktober depan, dia akan melancarkan pula album Sting: The Best of 25 Years yang mengandungi 12 lagu terbaik dalam karier solonya. - AP

Bintang Hollywood tunjuk perasaan di Mesir



SEAN PENN berjalan bersama pelakon Mesir, Khaled El-Nabawy (bertopi) ketika menyertai tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah.


KAHERAH - Pelakon terkenal Hollywood, Sean Penn dilapor menyertai ribuan aktivis Mesir yang memenuhi bandar Kaherah kelmarin untuk menuntut pemerintah tentera mempercepatkan peralihan kuasa kepada rakyat.
Mereka juga menggesa supaya undang-undang darurat yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas musuh politiknya ditamatkan.
Media tempatan melaporkan bahawa Penn memegang bendera Mesir, sambil berjalan bersama pelakon Mesir Khaled el-Nabawi di Dataran Tahrir.
Lokasi itu dipilih untuk mengadakan demonstrasi yang mereka sifatkan sebagai 'menuntut kembali revolusi' berikutan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara pemerintah tentera mengendalikan peralihan kuasa. - AP

Aplikasi perbicaraan Micheal Jackson laris



PEMINAT Michael jakson memantau rapat perkembangan kes perbicaran ke atas Murray.


LOS ANGELES - Aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam komputer tablet berteknologi tinggi, iPad yang menawarkan tontonan secara langsung perbicaraan doktor peribadi bintang pop, Michael Jackson telah menghangatkan carta Apple App Store, kelmarin.
Siaran yang disiarkan oleh stesen televisyen News Corp. Fox pada kos cuma AS$0.99 sen (RM3.15) itu turut ditawarkan kepada pengguna iPhone dan peranti Android.
Tawaran aplikasi secara langsung tersebut memaparkan perbicaraan di dalam bilik mahkamah, berita terkini, video dan analisis undang-undang serta ulasan daripada pakar.
Doktor terbabit, Conrad Murray dituduh menyebabkan kematian Jackson apabila memberinya dos ubat propofol secara berlebihan.
Murray, 58, bakal berdepan hukuman penjara empat tahun jika didapati bersalah oleh sekumpulan juri yang terdiri daripada tujuh orang lelaki dan lima wanita kerana melakukan pembunuhan secara tidak sengaja. - AFP

Selebriti AS tampil dalam permainan di Facebook



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Barisan bintang pop AS sedang menunggu giliran mereka untuk muncul dalam permainan Facebook paling popular, CityVille yang dicipta oleh firma permainan video Zynga.
Buat permulaan, permainan video itu akan menampilkan dua selebriti terkenal AS iaitu Dr. Dre dan Lady Gaga. Pada minggu hadapan, animasi penyanyi tampan, Enrique Iglesias (gambar) pula akan menyertai permainan video tersebut.
Mulai Selasa depan, para pemain CityVille akan boleh berinteraksi dengan karekter Iglesias apabila penyanyi itu melawat 'bandar' mereka. Mereka juga berpeluang untuk mengumpul barangan artis terkenal itu dan menonton preview muzik video terbaharunya.
Zynga bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah bayaran yang diberikan kepada selebriti berkenaan untuk menggunakan imej mereka. Syarikat yang beribu pejabat di bandar raya San Francisco itu turut enggan memberitahu sama ada lebih ramai selebriti AS akan tampil dalam permainan popular itu pada masa hadapan atau sebaliknya. - AP
Sumber Kosmo

Papan iklan cetus kontroversi


SINGAPURA - Sebuah papan iklan di sini menimbulkan kontroversi kerana memaparkan gambar seorang model lelaki melondehkan seluar yang dipakai sehingga hampir menampakkan kemaluannya.
Papan iklan gergasi itu terletak di luar kedai jenama fesyen dari Amerika Syarikat (AS), Abercrombie and Fitch di kawasan pusat beli-belah di Orchard Road di pusat bandar raya ini.
Sebuah badan pemantau pengiklanan tempatan telah meminta pihak bertanggungjawab supaya menurunkan papan iklan berkenaan.
Badan berkenaan bertindak demikian selepas media Singapura menyiarkan aduan orang ramai yang melabel papan iklan itu sebagai tidak senonoh. - AFP

Sunday, November 6, 2011

Cerita Sedih pasal Mat Motor

matrempit001

Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye…Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok…oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, “Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la” Atan pon menjawab, “ala mak ni…Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon”. Mak die pon menjawab, “suke ati ko lah tan…”

Kunci moto pon di pulas…vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan….maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.

Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan..”uihh nampaknye idup lagi budak ni..”tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik……dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

Moral of the story:
“Mat Motor ………………….jangan suka pakai jaket terbalik ;
“Makwe …… cari pakwe yang ader kerete jer…

**credited to sksrigeliga**

Cerita Sedih pasal Mat Motor

matrempit001

Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye…Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok…oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, “Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la” Atan pon menjawab, “ala mak ni…Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon”. Mak die pon menjawab, “suke ati ko lah tan…”

Kunci moto pon di pulas…vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan….maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.

Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan..”uihh nampaknye idup lagi budak ni..”tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik……dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

Moral of the story:
“Mat Motor ………………….jangan suka pakai jaket terbalik ;
“Makwe …… cari pakwe yang ader kerete jer…

**credited to sksrigeliga**

SHARE THIS

Blog Archive