Pengikut Boyzzonne

Saturday, May 19, 2012

Keputusan Final Piala FA 2012

KEPUTUSAN FINAL PIALA FA 2012

                                    KELANTAN VS SIME DARBY
  
                                                              1-0



Kelantan juara piala FA 2012
Akhirnya Piala FA 2012 milik pasukan The Red Warriors setelah menewaskan Sime Darby 1 gol 0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil
Babak pertama menyaksikan Sime Darby berjaya membantutkan asakan Kelantan,corak permainan bertahan Sime Darby berjaya mengikat keputusan tanpa gol sehingga tamat separuh masa pertama
piala fa 2012 baru akhir kelantan juara piala fa 2012
Namun,di separuh masa kedua,Kelantan mengandakan asakan sehinggakan jentera pertahanan Sime Darby menjadi kucar-kacir.Begitu pun gol Kelantan hadir menerusi jaringan penalti Mohammed Ghaddar pada minit 58,Sepakan penalti dihadiahkan pengadil perlawanan apabila Obina Nwaneri ditolak dalam kawasan penalti ketika cuba menandukan bola hantaran Indra Putra
Gol jaringan Ghaddar mencetuskan semangat baru untuk Kelantan untuk terus memburu gol.Serangan demi serangan dilakukan,diiringi sorakan puluhan ribu penyokong The Red Warriors
Tetapi Sime Darby tidak mudah mengalah dan menangkis asakan Kelantan sehingga tamat 90 minit permainan
Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA 2012,lebih manis lagi tatkala musim ini merupakan Piala baru yang diperkenalkan oleh FAM.Untuk rekod 5 tahun perlawanan akhir piala Fa,Kelantan layak ke final pada tahun 2009 dan 2011
Pada tahun ini,mereka berjaya merealisasikan impian untuk menjulang Piala yang didambakan oleh penyokong dan rakyat Kelantan.Tahniah kelantan!

Video gol jaringan penalti Mohammed Ghaddar final Piala FA 2012





LIVE STREAMING CHELSEA VS BAYERN MUNICH 19 MEI 2012 – FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2012

Post image for LIVE STREAMING CHELSEA VS BAYERN MUNICH 19 MEI 2012 – FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2012

LIVE STREAMING CHELSEA VS BAYERN MUNICH 19 MEI 2012 – FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2012 | Nantikan Final Champions League 2012 yang bakal berlangsung pada 19 Mei 2012 diantara Chelsea vs Bayern Munich. Mampukah Chelseabangkit menentang Bayern Munich yang dilihat mempunyai banyak kelebihan? MampukahChelsea bangkit dari kekalahan yang sering dialami serta prestasi yang tidak menentu dalam kancah saingan Liga Perdana Inggeris 2012?
Saksikan siaran langsung secara Live Streaming Chelsea vs Bayern Munich pada 19 Mei 2012 nanti. 

Friday, May 18, 2012

Live streaming Final piala fa 2012 Kelantan Vs Sime darby


Saluran streaming Final Piala FA 2012

LIVE STREAMING

KELANTAN VS SIME DARBY


Tags : KELANTAN VS SIME DARBY FINAL PIALA FA 2012 , LIVE STREAMING KELANTAN VS SIME DARBY FINAL PIALA FA 19 MAY 2012 , KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS SIME DARBY AKHIR PIALA FA 2012 , KEPUTUSAN SEMASA KELANTAN VS SIME DARBY FINAL PIALA FA 2012 , LIVE STREAMING KELANTAN VS SIME DARBY 2012 . 

KWSP beli ekuiti KFC, QSR

KFC

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyertai Johor Corporation (JCorp) sebagai pemegang saham Massive Equity Sdn Bhd (MESB) dengan memiliki 51 peratus dari pegangan Melati Asia Holdings Limited (MAHL).
Sebelum ini, MESB mengumumkan hasrat mengambil alih keseluruhan perniagaan dan pengurusan KFC pada harga tawaran RM4 sesaham dan RM1 bagi setiap unit waran.
Selain itu, MESB juga mengemukakan tawaran bersyarat untuk mengambil alih kesemua perniagaan dan pengurusan QSR pada harga tawaran bersamaan RM6.80 sesaham dan RM3.79 setiap unit waran.
Sumber : Sinar harian

Thursday, May 17, 2012

Google lancar Chrome Web Store

 Syarikat pembekal enjin pencarian Internet, Google Malaysia memperkenalkan Chrome Web Store, yang kini boleh disertai oleh pembangun aplikasi tempatan bagi memperkenalkan produk masing-masing pada orang ramai menerusi Google Chrome.

melalui Chrome Web Store, pembangun aplikasi seperti syarikat perniagaan boleh menyediakan aplikasi tersendiri bagi membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih mudah.

“Melalui pengenalan ini, ia memudahkan pengguna tanpa perlu melayari laman web sedia ada yang kadang kala agak rumit serta melibatkan proses yang panjang.

kebanyakan aplikasi yang terdapat di dalam Chrome Web Store itu boleh dimuat turun secara percuma oleh orang ramai.

Menurut beliau, aplikasi oleh pembangun tempatan bukan sahaja boleh digunakan oleh rakyat di negara ini tetapi juga terbuka kepada pengguna di setiap pelosok dunia.

Bagi menggunakan aplikasi tersebut, orang ramai terlebih dahulu perlu muat turun Google Chrome di laman web http://google.com/chrome sebelum mereka melayari Chrome Web Store

Sumber : utusan.

SHARE THIS

Blog Archive