Pengikut Boyzzonne

Tuesday, October 19, 2010

Kawasan perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.....

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang orang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat....

Ali dan Abu bersuara
''Fuuuuuhhhhh...... Ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje."

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya:
"Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab:
Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!".........

Thursday, October 14, 2010

Temuduga



Dalam satu temuduga di Negeri Sembilan, pengurus besar bertanya kepada pemuda yang memohon kerja sama ada dia mempunyai sebarang kebolehan luar biasa.

Pemuda: Ado tuan, ese selalu monang pertandingan toko silang kato, slogan terbaik dengan cari perbezaan gambar.

Pengurus besar: Bagus tu. Tapi, maksud saya ialah yang dilakukan dalam waktu bekerja.

Pemuda: Jangan risau tuan, memang semuo silang kato, slogan dengan cari perbezaan gambar ese buek maso time kojo....

Thursday, October 7, 2010

Matahari


Ada dua orang pak cik yang sedang berbual disebuah rumah di Soromban,Nogori Sombilan.

Pak cik 1: (Sambil naik ke atas meja) Ekau tau tak??

Pak cik 2: Tau apo??

Pak cik 1: Ese ni sebona eh matohari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi). Ekau tengok, dunia ni torang sobab ese..

Pak cik 2: (Dalam hati) Jangan-jangan dio ni dah gilo.. Isyy, bahayo ni.....baiklah ese lapor'an pado doktor. Bia di perikso'an. (sambil berlari, pak cik nombor 2 tadi pergi ke klinik dan menceritakan apa yang berlaku pada doktor.)

Pak cik 2: Doktor, kawan ese tu mungkin dah gilo!!

Doktor: Kenapa pak cik cakap macam tu??

Pak cik 2: Boto doktor. Tadi dio naik atas mejo, lopeh tu angkek tangan dan cakap dio sebona eh matohari. Dunio ni torang sobab dio yang buek.

Doktor: Kalau macam tu, suruh kawan pak cik tu turun!!

Pak cik 2: Jangan doktor,nanti kalau dio turun golap dunio ni pulak....

kuang,kuang,kuanggggg......

Monday, October 4, 2010

Tersalah Nombor


Malam itu seorang gadis remaja tidak sempat balik ke rumah seperti yg dirancangkan. Jadi, dia menumpang tidur dirumah kawan baiknya.

Keesokan paginya, tergopoh-gopoh gadis itu menelefon ibunya. Dengan suara termengah-mengah si gadis memberitahu ibunya.....

''Mak.... Ni saya....Lisa. Saya selamat. Saya tau mak risau. tapi malam tadi saya tak sempat nak balik dan tak sempat telefon mak... Lepas balik library, kereta saya rosak pulak. Saya terus ikut Shima balik rumah dia, sampai sini dah pukul 12..00 malam. Saya tau mak dah tidur, jadi saya tak nak kacau mak. Saya terus buat tugasan kolej sampai pukul 2.30 pagi. Mak jangan marah ye....''

Wanita yg menerima panggilan telefon tu tadi baru sedar, si pemanggil ni telah tersalah nombor. Lalu dia pun berkata, ''Maaf ye, mak cik tak ada anak nama Lisa!''

Lisa terus meraung dan berkata, ''Mak........ takkanlah sebab macam ni pun mak nak buang anak sendiri!''...........

Thursday, September 30, 2010

Doktor Dan Pesakit

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an menemui doktor utk meminta nasihat dari doktor tersebut tentang bagaimana utk hidup hingga 100 tahun.

''Encik merokok?'' tanya doktor.
''Tidak...'' jawab lelaki itu.
''Berjudi? bersukan? Main kuda?..
''Juga tidak.''
''Mengambil alkohol? main perempuan?'' tanya doktor tu lagi.
''Tidak, saya tak pernah melakukan semua itu.''
''Kalau dah gitu... Apalah gunnya nak hidup sampai 100 tahun?''

Katak hijau (Oh katak)


Fatin dan Tina yang tersesat ketika mendaki Gunung Ledang, telah terjumpa sebuah gua semasa mereka merayau-rayau untuk mencari jalan keluar. Fatin dan Tina pun masuk ke dalam gua itu.
Baru nak masuk, tiba-tiba muncul satu lembaga hitam dan berkata dengan suara yang sangat kuat.
Kata suara itu.... jeng jeng jeng......

''Heiiiii....manusia!!!!!!!!! Akulah penjaga gua ini. Hati-hati kalau masuk gua ni, sebab dalam gua ni ada katak hijau, nanti kau dapat suami tak hensem. Hahahahhaahahahaha!!!''

Selepas berkata demikian, Zuupppp.... lembaga itu terus lenyap. Entah apa bala, sewaktu berjalan dalam gua tersebut, tiba-tiba........

KROOOONGGGG!!!!
Fatin telah terpijak seekor katak hijau. Maka menjeritlah katak hijau tu..

Sempena Hari Valentine's, 14 Feb 2007 lalu. Fatin dan Tina pun dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga masing-masing. Suami Fatin punyalah tak hensem (jongos habis). Tapi suami Tina hensem sangat-sangat. Macam Hans Isaac.

Fatin tak puas hati, lalu Fatin pun bertanya kepada suami Tina.
Kata Fatin...
Dia lebih cantik daripada Tina, berganda-ganda lebih cantik, tapi kenapa awak kahwin dengan Tina??
Jawab suami Tina....

''NAK BUAT MACAM MANA???? DULU SAYA PUN TERPIJAK KATAK HIJAU TU.......!!!!!!!''

HARI JADI


Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

''Apa yang nak ditulis diatas kek hari jadi ni Encik,'' tanya seorang gadis yang bertugas dikaunter.
''Mmm...Tulis je 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian ' sayang bertambah cantik' dibahagian bawah,'' katanya.

Esoknya,lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan pada isterinya yang tersayang, dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Ketika kek itu dibuka di depan isteri,anak-anak dan 50 orang tetamu undangan, lelaki itu terus pengsan. Kemudian, isteri lelaki itu pula pengsan kerana di atas kek itu tertulis perkataan.........

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGAN ATAS , CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH.'

Wednesday, September 29, 2010

''BERAT BERSIH 50 KG''

Disebuah kampung yang terpencil di sebuah Negeri, tinggallah seorang lelaki miskin bersama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan perkahwinannya dengan gadis sekampung, tapi malangnya... Kesemua pakaiannya koyak dan bertampal-tampal. Malah seluar dalamnya pun berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihat keadaan anak bujangnya itu, si ibu pun membuatkan sehelai seluar dalam dengan menggunakan guni beras. Pada malam pertama selepas dinikahkan, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut sebab terpandang kat seluar dalam suaminya itu tertulis.... ''BERAT BERSIH 50kg''...........

huahhhh,huahhhh,huahhhhh.....

Monday, September 20, 2010

Suami dan isteri


Sepasang kekasih merancang utk berkahwin. Semakin hari istimewa itu bertambah dekat, kedua duanya semakin risau. Suatu hari, si lelaki meminta nasihat daripada ayahnya tentang satu masalah.

''Ayah, kata lelaki itu yang bernama daus, ''saya risaukan perkahwinan saya. Saya sayang Tijah, tapi saya ada masalah. Kaki saya ni busuk sangat. Saya takut masalah ini akan menghancurkan perkahwinan kami.''

''Jangan risau,'' jawab si bapa. ''Apa yang perlu Daus buat ialah cuci kaki bersih bersih dan pakai stoking sebelum tidur.''

Tanpa diketahui oleh Daus,rupa rupanya Tijah pun ada masalah juga. Tijah mengadu pada ibunya. ''Mak,bila Tijah bangun tidur,mulut Tijah bau busuk. Macam mana,mak?? Tijah takut masalah ini akan menyebabkan Abang Daus marah dan akhirnya,kami bercerai.''

''Jangan risau, Tijah ,'' jawab ibunya'' semua orang mulutnya berbau bila bangun tidur, Cuba Tijah buat macam ni: Bangun saja dr tidur,Tijah terus pergi gosok gigi. Jangan cakap sepatah pun sebelum Tijah berus gigi. Ingat pesan mak tu, tau!!.

Seminggu kemudian,Daus dan Tijah pun berkahwinlah. Siap berkompang kompang lagi.Karoke pun ada juga. Semuanya berjalan lancar daus dan Tijah sentiasa ingat pesan mak dan ayah. hinggalah pada suatu pagi enam bulan kemudian.

Pagi itu,sebaik terjaga dari tidur, Daus mendapati sebelah stokingnya hilang. Daus terfikir, mungkin semalam dia terlupa memakainya semula selepas menggaru kaki yang digigit nyamuk.
Daus pun mencari cari di sekeliling katil.Sambil mencari,hidung Daus kembang kuncup sebab bau hapak mula meruwap dari kakinya.

Tindakan Daus menyelak nyelak cadar,selimut,dan bantal itu telah mengejutkan Tijah,Tijah terjaga,dan dengan panik dia terus bertanya, ''Apa yang abang buat tengah malam ini?''
Man terkejut.Dia memandang mulut Tijah dan berkata, ''alamak!! kenapa awak makan stoking saya.

huah,huah,huah,

Kereta Kemik, Tiup ekzos



Shah baru habis bermain bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Shah mendapati ada kesan kemik di sebelah pintu penumpang seperti dilanggar orang. Keesokan harinya, Shah membawa kereta itu ke bengkel.

Ah Beng yang sememangnya tahu akan kebendulan Shah, cuba mempermainkannya. Dia memberitahu, sekiranya Shah meniup melalui lubang ekzos keretanya, pintu yang kemik itu akan kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Shah pun pulang ke rumah dan terus meniup melalui lubang ekzos keretanya. Phhhuuhhhhh,phhhhuuuhhh..!!!! Tiada apa apa yang berlaku. Shah meniup dengan lebih kuat lagi namun pintu keretanya yang kemik itu tidak juga kembung.

Teman serumahnya,Mamat keluar bertanya, ;;Apa hang buat tu??''
Shah pun menjelaskan pada Mamat,bagaimana Ah Beng si mekanik workshop telah mengarahkan untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya kembung semula.

Mamat menepuk dahi...Dia ketawa berdekah dekah sambil berkata, ''awat la hang ni mangkuk sangat, Shah oiii...
Hang tutuplah semua cermin tingkap kereta hang ni dulu, barulah BOLeH.....

huah,huah,huah....

Sunday, September 19, 2010

Accident lah pulok!




Dalam hujan lebat,di malam gelap gelita,jalan tak berapa nampak,aku cari jalan mudah,ikut je kereta depan. Ada lah dalam setengah jam aku follow kereta tu..
Sekali kereta tu tiba-tiba brek emergency. Apa lagi aku tersondol la belakang kereta tu.

Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu sebab berhenti mengejut..
tapi wajahnya nampak hairan sangat,mana taknya, sebab aku marah dia dalam garaj kereta dia!!!

Saturday, September 18, 2010

Lari dari RUMAH

Seorang suami baru saja bertengkar dgn isterinya. Habis bertengkar,secara tiba-tiba saja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

''Kenapa?'' si suami bertanya.
Isterinya berhenti sebentar. Dia merenung suaminya itu lalu berkata:
''Kita sudah kahwin 15 tahun. Dalam masa itu,rumah kita tak pernah aman. Asyik bertengkar je. Saya dah tak tahan. saya nak tinggalkan rumah ni''.

Lelaki itu berfikir sebentar, dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian. Lalu berkata:

''Betul juga kata awak. Saya pun dah tak tahan dengan rumah ni... Saya nak ikut awak keluar dari rumah ni! Jom!!!''

huah,huah,huah...

Pengantin Baru dan Gangguan Kesihatan


Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti,doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.
''Untuk sementara waktu ini,anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja dlm seminggu. Untuk mudah mengigatinya,saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dgn huruf S, iaitu selasa dan sabtu. (Saran doktor)

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu,si suami tidak dapat menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga,

''Hari ini hari apa bang???'' tanya isteri.
''Sumaat'' jawab si suami dgn selamba.

Friday, September 17, 2010

Lara di Hotel Mewah


Lara datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Lara akan menginap.

Lara mengikuti langkah pelayan itu dan ketika pelayan itu menutup pintu,Lara melihat ke sekeliling dan marah-marah pada pelayan tersebut.

''Anak muda,aku mungkin tua dan orang kampung,tapi tidak berarti aku ni bodoh!! Aku membayar mahal utk tinggal di hotel ni tapi bilik ni bukan bilik yang sesuai dengan bayaran tu!!

Kasihnya Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Kalsom telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia mengjangkau 40-an telah diperhatikan jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak 3 kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,tengah hari dan petang untuk manyiram kubur isterinya lebih dari 2 minggu secara berterusan.
Ada sesetengah dari jiran dan penduduk setempat beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata :

''Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian,yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini berbuat begitu.''

Pak Mat menjawab:

''sebenarnya sebelum Kalsom menghebuskan nafasnya yang terakhir,beliau telah berpesan kepada saya,kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dulu.
''sebab itu saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh.''

Pemadam api Seperti Bom Tangan


Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu seminar Kebakaran & keselamatan di Penang , mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali..

"Cabut pin ni seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan.

kemudian tekan di sini utk mengeluarkan foam,nya" terang pegawai itu dgn lebih lanjut.

Tidak lama kemudian ,seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan terpilih utk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya,dia terlupa utk mencabut pin alat pemadan api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klu nya...

INGAT!, SEPERTI BOM TANGAN.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu kedalam kawasan kebakaran tersebut.. Demikian adanya....

Friday, September 10, 2010

SILA DATANG LAGI



Jaja dan Jiji yang baru mula berniaga,terkejut sebab tiga hari mereka buka kedai,tiga kali juga kedai mereka dipecah masuk.tambah mereka terkejut,pemeriksaan polis mendapati,ketiga-tiga rompakan itu dilakukan oleh perompak yang sama.....

Jaja memandang muka Jiji dengan geram.''Ini semua lu punya pasatlah! Bolo punya orang!'' Jiji terkejut. ''apa pasat pulak wa punya salah''???

Jawab Jaja,Ya laaa...Wa sulah cakap,jangan pasang sign board,tapi lu pasang jugak.Sikalang tinguk,hali-hali kena culi!!''kata Jaja sambil menunjuk ke arah papan tanda yang tergantung di jeriji kedai mereka yang berbunyi -SILA DATANG LAGI.....



CHOT


CHOT pulang dari sekolah dengan muka monyok.Apabila ditanya,CHOT pun bercerita pada neneknya yang buta huruf dan tidak pernah bersekolah itu.

CHOT; Nenek,tadi saya kena marah dengan cikgu.
Nenek; Kamu buat silap apa,CHOT?
CHOT; Saya tak dapat jawab soalan cikgu.
Nenek; Cikgu tanya apa pada CHOT?
CHOT; Cikgu tanya,dimana letaknya uzbekistan?
Nenek; Laa...itu pun CHOT boleh tak tahu! Lain kali kalau CHOT dah letakkan sesuatu benda,jangan lupa dimana tempatnya!



Suzie

Suzie,seorang ibu muda,mengadu pada temannya,Shasha.

Suzie; ''Aku terpaksa minta cerai dari suami aku''.
Shasha; ''Kenapa...??tanya Shasha kehairanan.
Suzie; ''Habis..tiap-tiap malam suami aku keluar masuk disko'',jawab suzie
Shasha; Oooohhhh,jadi suami kau kaki diskolah ya''?tanya Shasha lagi
suzie; ''Bukan...sebenarnya dia ke sana sebab cari aku''!jawab Suzie.

Wednesday, September 8, 2010

SELIPAR BUDIN HILANG




Hari itu,setelah selesai solat sunat aidilfitri ,Budin pun keluar dari masjid untuk balik ke rumahnya dan pergi beraya seorang diri.Tetapi puas di cari selipar buruk kesayangannya,tidak terjumpa juga,geramlah budin kerana itulah satu-satunya selipar yang dia ada ,tambah menyakitkan hati budin,ketika dia tertinjau-tinjau mencari selipar,orang ramai menjeling dan tersengih-sengih memandangnya,kemudian mereka berbisik dan ketawa terbahak-bahak....

Budin mula menyinga,dengan tergesa-gesa,Budin masuk semula ke dalam masjid dan menuju ke arah pembesar suara .Dia pun terus membuat pengumuman dengan suara yang keras

''KEPADA SESIAPA YANG CURI KASUT AKU,TOLONG PULANGKAN BALIK ! CEPAT ! AKU TAK MAIN-MAIN! KALAU TAK PULANGKAN JUGAK,AKU AKAN BUAT MACAM YANG ARWAH BAPAK AKU BUAT DULU!!!!!!''

Maka takutlah orang kampung mendengar kata-kata Budin itu.Maklumlah orang gila ni kalau mengamuk memang dahsyat.mereka akan gunakan apa saja yang dapat di capai,terutama parang panjang.mereka akan menetak ,memancung dan melibas sesiapa saja yang ada di depan mata.

CEPAATTTTT!!!! PULANGKAN SELIPAR AKU!!!! KALAU TAK PULANG,AKU AKAN BUAT MACAM BAPAK AKU BUAT DULU!!!!!!!''

Budin menjerit lagi menggunakan mikrofon,suara yang amat menakutkan!

Tiba tiba datanglah seorang budak dengan wajah yang pucat sambil menjinjing selipar buruk budin ,.Dengan terketar ketar ,budak lelaki itu berkata..

"ala abang ni... saya nak gurau sikit pun tak boleh...

Budin membulatkan biji matanya.Dia mengangkat tangan,tetapi sebelum berbuat sesuatu,budak lelaki itu telah terlebih dulu melempar seliparnya dan kemudian ,lari lingkang pukang meninggalkan masjid..

Orang kampung yang masih berada di dalam masjid tersebut mula menggeletar .Mereka sudah terbayangkan darah..Pak imam yang sedari tadi memerhatikan kelakuan budin perlahan lahan mendekati nya.. Dengan rasa takut yang amat sangat , pak imam pun bertanya kepada budin ...

Err boleh saya tahu ...

apa yang arwah bapak awak buat bila dia tak dapat semula selipar dia???

Jawab budin "Dia balik kaki ayamlah" lalu budin pun keluar sambil menyarung selipar buruknya....

HUAH HUAH HUAH

Tuesday, September 7, 2010

15 Sebab Kenapa Lelaki Sentiasa HAPPY

1)Tak perlu mengandung

2)Boleh kencing merata rata

3)Kerjanya sama, tapi gaji lebih

4)Kedut dan boroi lambang kejantanan.

5)Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka

6)Berbual di telefon 30 saat aja

7)Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama lima hari

8)Dipuji sebab berjaya keluarkan satu idea ciput

9) Boleh pakai seluar dalam rm9.90 sekotak (ada tiga helai)

10)Boleh pakai baju yang berkedut

11)Apa yang ada di muka semuanya ori

12)Stail rambut sama saja selama bertahun_tahun,mungkin berdekad

13)Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking ,sampai koyak

14)Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam....!!!!

15)Misai serabut ?no hal lah

Friday, August 27, 2010

Wednesday, August 25, 2010

NAIK PANGKAT

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”

MAMAT

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di
USA kerana penyakitnya yang agak kritikal.
Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke
bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan
kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang
kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak
bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun
kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk
berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya
dengan susah payah dan berkata : "United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena
keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar
dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...".
Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat..."

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian
setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan
percakapannya."Birmingham..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat:"Kuala Kangsar...".pengsan lagi.


Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.
Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata : "Cancer..."


Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn!"

Tuesday, August 24, 2010

PISAU LIPAT

Suatu hari di tengah hutan ,ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan , seorang pelajar senior yg juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah .

Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan , sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihikum.!

Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar utk tujuan menhukum mana-mana pelajar yg lalai meninggalkan pisau lipatnya..

"Siap yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi??tanya pelajar senior itu. Tak ada seorang pun yg berani mengaku. Kemudian pelajar itu meninggikan suaranya.

"ayuh cepat! Mengaku je la.. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ni..Tapi saya inginkan kejujuran dari kamu semua utk mengaku!

Senyap! Masih tiada jawapan dari para pelajar ..

Kerana tidak ada yang nak mengaku maka saya akan panggil namanya!!!

pelajar-pelajar yg lain semuanya diam ..Masing -masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil ..Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi..

Lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL" Cepat keluar!!!,,,

Saturday, August 7, 2010

ROBOT KESAN CAKAP BOHONG

Aziz seorang saintis yang sedang meningkat naik namanya..

Petang itu Aziz berjaya mencipta robot yg boleh mengesan orang cakap bohong. Robot itu ada

tangan seperti manusia. Sesiapa yang berbohong terus akan ditampar oleh robot itu..

Aziz sangat gembira dan membawa robot itu ke ruang tamu menunggu anak lelakinya pulang..

Tetapi anaknya tak balik balik.sehingga pagi barulah anaknya pulang..


Aziz: dari mana ,lambat sangat balik hari ni?

Anak: Saya ada kelas tambahan ayah!! PANGG!!! Anaknya dilempang oleh robot tersebut..

Aziz: Kalau nak tahu,ini robot yang baru ayah cipta.Robot ini akan tampar sesiapa saja yang cakap bohong

Dalam rumah ini semua orang kena cakap benar,jujur. Hah!! Kenapa kau balik lambat ni....

Anak: saya baru habis menonton movie ayah!

Aziz: cerita ape?

Anak: Papadom... PANGG... Robot bagi penampar lagi....

Aziz: Cakap jujur.. cerita ape kamu tgk td.....

Anak; Maaf ayah ,saya tertengok cerita blue...!!

Aziz: Kurang ajar ..berani kamu nak menipu ayah..Mujur ayah cipta robot ni...Kalau tidak mati2 ayah kena tipu dengan kamu..kamu ni nak jadi apa la...ish...masa ayah besar kamu dulu ayah tak pernah buat kerja bodoh macam kamu tu tau...

PANGG!!! tiba2 azia ditampar oleh robotnya sendiri.. Suasana hening seketika ..

Isteri aziz kemudian masuk ke ruang ke ruang tamu dan mencelah... Hah sama saja , anak dengan bapak...

Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi??

HAH!! ikiut perangai mak ni tak pernah pun tengok benda tak senonoh!!

PAANNNGGGG !!!!! Robot itu menampar muka bini aziz sebelum sempat habis bercakap.....

DNA

Ah san ditahan polis atas tuduhan membunuh..

Beberapa hari sebelum didakwa di mahkamah, peguam Ah san iaitu Gunalan datang bertemunya,..

Kata Gunalan , " Encik ah san , saya ada satu berita baik dan satu berita buruk untuk Encik Ah san.

Berita buruknya, kita baru terima ujian kimia dan didapati DNA Encik Ah san sama dengan DNA

yang terdapat pada baju dan seluar mangsa.."


Ah san tepuk dahi.. " Alamak matilah aku..

Dan berita baiknya???

" Paras gula dalam darah Encik Ah san dah turun, dari 15 kepada 5," jaawab Gunalan......

Pendek umur

Suatu hari di sebuah hospital..........

Doktor : penyakit encik ni dah kritikal,
saya rasa hayat encik dah tak panjang lagi.

Pesakit: Betul ke doktor?
Tapi berapa lama lagi ?





Doktor: Sepuluh.......



Pesakit: Sepuluh? Sepuluh bulan? sepuluh minggu, atau sepuluh hari...




Doktor: Sepuluh .... sembilan ... lapan... tujuh... enam....

Friday, August 6, 2010

Badak Sumbu dan Monyet

Dalam sebuah hutan ndi negeri pahang,ada seekor badak sumbu dan seekor monyet.Mereka memang tak pernah baik,selalu je bertengkar.Pada suatu hari,sedang badak dan monyet ini bertengkar,mereka terjumpa sebuah pelita ajaib.Dipendekkan cerita,setelah digosok-gosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua binatang itu.

Permintaan pertama badak: saya nak semua badak di dalam hutan ini adalah betina kecuali saya...hehehe.

Permintaan pertama monyet : Saya mau sebuah motor harley davidson...
Jin kelipkan mata, dan pling!!!.... Semua badak lain disitu jadi betina. Selepas itu, ada sebuah mosikal Harley davidson 1,300 cc warna hitam di hadapan monyet.

Permintaan kedua badak: Saya mahu semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya....hehehe!

Permintaan kedua monyet: Saya mahu jaket kulit dengan helmet merah.
Jin kelipkan mata lagi, pling,, semua badak di pahang jadi betina, dan monyet pun mendapat barang-barang untuk motosikalnya itu...

Jin itu berkata, "ini permintaan terakhir kamu,fikirlah dengan sebaik-baiknya."

Badak pun berfikir sejenak,lepas itu terus berkata, " saya mahu semua badak sumbu kat Malaysia ini jadi betina yang cun melecun.... kecuali saya..

Jin itu pun kelipkan mata, maka tinggallah badak itu satu satunya badak jantan di dalam hutan di malaysia ini. Hah monyet , kamu nak ape pulak? Kasut but kulit ke ?"" tanya jin

Monyet memakai helmet, naik atas motor Harley davidsonnya,start enjin, kemudian melihat pada badak yang sedang tersengih lebar. Kat sang ,monyet ," Aku mau badak tu jadi mak nyah....

Jin itu pun kelipkan mata dan pling !!!

Maka meraunglah badak sumbu itu sepuas-puasnya." WAa mana aku nak cari badak jantan ni nyah !!! Isy, mak tak kuaaasaa nyah.... hahaha

Ganti Pakaian

Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.

"Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..."

"Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.

"Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."

Makcik dan Kereta api

Di sebuah stesen kereta api,kelihatan seorang makcik tua berjalan menggunakan tongkat.lama makcik tua itu berdiri di tepi landasan tapi tiada seorang pun datang menghulurkan bantuan .Hanya setakat memandang. Di manakah rasa kasih dan kasihan? Lalu makcik itu pun pergi ke kaunter.......


Makcik: Anak, kereta api sampai pukul berapa?

Petugas kaunter: Pukul 1.00, dari kedah,pukul 2.00 dari,kelantan, pukul 3.00 dari
penang,pukul 4.00 dari gemas.


Makcik: Pukul 5.00

Petugas kaunter: Pukul 5.00 dari johor bahru.

Makcik: OOooo.....

Petugasa kaunter: Makcik nak kemana?

Makcik: Makcik nak melintas jer....

Si pengembala dan Hakim

Pada suatu hari ada seorang pengembala kambing dipanggil ke mahkamah sebagai saksi satu kes curi.Hakim pun memanggil pengembala tersebut berdiri di kandang saksi dan mula bertanyakan soala-soalan tertentu kepadanya.

Hakim: encik pengembala kambing,siapa yang bagi makan kambing2 kamu tu?

Pengembala: Eerr... yg hitam ker yg putih, tuan hakim?

Hakim: Yg putih.

Pengembala: saya yang bagi makan, tuan hakim.

Hakim: yang hitam?

pengembala: saya juga.

Hakim: Siapa yang perah susu klambing kamu?

Pengembala: Eerr, yg putih ke yg hitam, tuan hakim?

Hakim: Yg Putih.

pengembala: Saya yang perah .

Hakim: Yg hitam?

Pengembala: Saya juga yang perah..

Hakim: (Mula naik angin) Siapa yang sembelih kambing kamu?

Pengembala: Yg putih ke yang hitam, tuan hakim?

Hakim: (dengan meninggi suara) saya peduli ape yang putih ke yang hitam, sebab dua-dua

jawapan kamu sama juga.

Pengembala: (juga dengan meninggi suara) Memang saya kena tanya yang putih ke yang

hitam tuan hakim, sebab yg putih tu kambing saya,itu pun tuan hakim tak tau
ke!


Hakim: habis yang hitam tu sapa punya?

Pengembala: Yg hitam tu pun saya punya juga tuan hakim.....hehehe sorry

Lawak

I am sorry

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?


Operator : Yes, you can speak to me.


Caller : No, I wantto speak to Annie Wan (anyone)!


Operator : You are talking to someone! Who is this?


Caller : I’m Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It’s urgent.


Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what’s this urgent matter about?



Caller : Well…just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan(no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone)is on his way to the hospital.


Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then theaccident isn’t an urgen t matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!


Caller : You are so rude! Who are you?


Operator : I’m Saw Lee (Sorry).

SHARE THIS

Blog Archive