Pengikut Boyzzonne

Monday, September 20, 2010

Suami dan isteri


Sepasang kekasih merancang utk berkahwin. Semakin hari istimewa itu bertambah dekat, kedua duanya semakin risau. Suatu hari, si lelaki meminta nasihat daripada ayahnya tentang satu masalah.

''Ayah, kata lelaki itu yang bernama daus, ''saya risaukan perkahwinan saya. Saya sayang Tijah, tapi saya ada masalah. Kaki saya ni busuk sangat. Saya takut masalah ini akan menghancurkan perkahwinan kami.''

''Jangan risau,'' jawab si bapa. ''Apa yang perlu Daus buat ialah cuci kaki bersih bersih dan pakai stoking sebelum tidur.''

Tanpa diketahui oleh Daus,rupa rupanya Tijah pun ada masalah juga. Tijah mengadu pada ibunya. ''Mak,bila Tijah bangun tidur,mulut Tijah bau busuk. Macam mana,mak?? Tijah takut masalah ini akan menyebabkan Abang Daus marah dan akhirnya,kami bercerai.''

''Jangan risau, Tijah ,'' jawab ibunya'' semua orang mulutnya berbau bila bangun tidur, Cuba Tijah buat macam ni: Bangun saja dr tidur,Tijah terus pergi gosok gigi. Jangan cakap sepatah pun sebelum Tijah berus gigi. Ingat pesan mak tu, tau!!.

Seminggu kemudian,Daus dan Tijah pun berkahwinlah. Siap berkompang kompang lagi.Karoke pun ada juga. Semuanya berjalan lancar daus dan Tijah sentiasa ingat pesan mak dan ayah. hinggalah pada suatu pagi enam bulan kemudian.

Pagi itu,sebaik terjaga dari tidur, Daus mendapati sebelah stokingnya hilang. Daus terfikir, mungkin semalam dia terlupa memakainya semula selepas menggaru kaki yang digigit nyamuk.
Daus pun mencari cari di sekeliling katil.Sambil mencari,hidung Daus kembang kuncup sebab bau hapak mula meruwap dari kakinya.

Tindakan Daus menyelak nyelak cadar,selimut,dan bantal itu telah mengejutkan Tijah,Tijah terjaga,dan dengan panik dia terus bertanya, ''Apa yang abang buat tengah malam ini?''
Man terkejut.Dia memandang mulut Tijah dan berkata, ''alamak!! kenapa awak makan stoking saya.

huah,huah,huah,

Kereta Kemik, Tiup ekzos



Shah baru habis bermain bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Shah mendapati ada kesan kemik di sebelah pintu penumpang seperti dilanggar orang. Keesokan harinya, Shah membawa kereta itu ke bengkel.

Ah Beng yang sememangnya tahu akan kebendulan Shah, cuba mempermainkannya. Dia memberitahu, sekiranya Shah meniup melalui lubang ekzos keretanya, pintu yang kemik itu akan kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Shah pun pulang ke rumah dan terus meniup melalui lubang ekzos keretanya. Phhhuuhhhhh,phhhhuuuhhh..!!!! Tiada apa apa yang berlaku. Shah meniup dengan lebih kuat lagi namun pintu keretanya yang kemik itu tidak juga kembung.

Teman serumahnya,Mamat keluar bertanya, ;;Apa hang buat tu??''
Shah pun menjelaskan pada Mamat,bagaimana Ah Beng si mekanik workshop telah mengarahkan untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya kembung semula.

Mamat menepuk dahi...Dia ketawa berdekah dekah sambil berkata, ''awat la hang ni mangkuk sangat, Shah oiii...
Hang tutuplah semua cermin tingkap kereta hang ni dulu, barulah BOLeH.....

huah,huah,huah....

Sunday, September 19, 2010

Accident lah pulok!




Dalam hujan lebat,di malam gelap gelita,jalan tak berapa nampak,aku cari jalan mudah,ikut je kereta depan. Ada lah dalam setengah jam aku follow kereta tu..
Sekali kereta tu tiba-tiba brek emergency. Apa lagi aku tersondol la belakang kereta tu.

Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu sebab berhenti mengejut..
tapi wajahnya nampak hairan sangat,mana taknya, sebab aku marah dia dalam garaj kereta dia!!!

SHARE THIS

Blog Archive