Pengikut Boyzzonne

Friday, June 1, 2012

Gambar anak Mr Bean

Gambar Mr Bean @ Rowan Atkinson yang super handsome, anak, isteri dan kediaman mewah!
anak pertama Rowan Atkinson, Benjamin Atkinson

Gambar Mr Bean @ Rowan Atkinson yang super handsome, anak, isteri dan kediaman mewah!



Gambar Mr Bean @ Rowan Atkinson yang super handsome, anak, isteri dan kediaman mewah!
anak kedua, Lily Atkinson


Gambar Rumah Mr Bean (Rowan Atkinson)

Gambar Mr Bean @ Rowan Atkinson yang super handsome, anak, isteri dan kediaman mewah!

Gambar Mr Bean @ Rowan Atkinson yang super handsome, anak, isteri dan kediaman mewah!


Gambar Mr Bean @ Rowan Atkinson yang super handsome, anak, isteri dan kediaman mewah!

Gambar Mr Bean @ Rowan Atkinson yang super handsome, anak, isteri dan kediaman mewah!

Gambar Mr Bean @ Rowan Atkinson yang super handsome, anak, isteri dan kediaman mewah!

Pelik : seekor burung mempunyai dua kepala dan 3 paruh


Ini sangat pelik dan rare!

Seekor anak burung dengan dua kepala dan tiga paruh telah dijumpai di satu kawasan kediaman yang terletak di Northampton. Ianya dijumpai oleh seorang wanita bernama April Britt.

Britt menyedari kehadiran burung ini apabila ianya sedang berkicau pada dahan pokok di belakang rumahnya dan beliau sempat mengambil beberapa gambar. Setelah beberapa jam kemudian, beliau menemui anak burung ini jatuh ke tanah dan meletakkannya semula di atas pokok namun ianya hilang pada keesokan harinya.

Sebenarnya anak burung ini adalah dari jenis burung Cardinal dan ianya mengalami kecacatan. Sangat sayang sekali, mungkin peluang untuk anak burung ini untuk hidup sangat tipis kerana kecacatan yang dialaminya.



Gempar! Tukang Kayu Nampak Pelesit Atas Siling




Seorang tukang kayu terkejut apabila ternampak satu lembaga misteri diatas siling asrama sebuah sekolah.
beliau yang sedang membaik pulih siling asrama berkenaan sempat merakamkan imej lembaga itu yang sedang berdiri sambil memerhatikannya.

Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut. namun lembaga itu terbang dan hilang apabila imejnya cuba dirakam sekali lagi.

Menurut seorang pengamal perubatan, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal diatas bumbung asrama berkenaan. menurutnya lagi, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir. tambahnya lagi ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.

Kapten Manchester City lawat Malaysia 6 Jun



Ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany akan membuat kunjungan pertama ke Malaysia Rabu ini untuk melancarkan jualan tiket perlawanan juara Liga Premier Inggeris itu menentang pasukan pilihan Malaysia.
Pemain pertahanan Manchester City itu yang memimpin pasukannya buat pertama kalinya sejak 44 tahun lalu menjuarai liga premier, akan menjadi pemain tumpuan dalam perlawanan berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Julai depan.
Penganjur perlawanan, ProEvents, dalam satu kenyataannya hari ini berkata Kompany akan melancarkan jualan tiket perlawanan itu di Wisma FAM di Kelana Jaya pada 6 Jun ini.
Pemain berasal dari Belgium itu berharap dapat menemui para peminatnya semasa kunjungannya ke Malaysia nanti.
"Saya telah mendengar banyak cerita menarik tentang negara ini daripada rakan-rakan sepasukan yang pernah datang ke negara ini.
"Mereka sentiasa bercerita tentang sambutan hangat yang diberikan oleh rakyat Malaysia dan saya memandang ke hadapan untuk berjumpa dengan para peminat semasa berada di sini nanti,” kata Kompany menerusi kenyataan tersebut.
Pemain yang berusia 26 tahun itu merupakan salah seorang pemain pertahanan yang terkemuka di dunia sejak beliau menyertai pasukan Manchester City yang berjersi biru itu empat tahun lalu.
Sejak dari itu, beliau telah bermain sebanyak 127 kali untuk kelab berkenaan. — BERNAMA

Fakta Lelaki vs Wanita di waktu pagi



Setuju ker tak setuju....????

Thursday, May 31, 2012

Pengikut Twitter Jaclyn Victor Meningkat 10,000 Dalam Masa Dua Hari


Jaclyn Victor mula mendapat tempat dihati peminat di Indonesia.
KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor terkejut dengan pertambahan pengikut laman sosial Twitter miliknya sebanyak 10,000 dalam masa dua hari ketika mengadakan promosi di Indonesia pada 23 Mei lalu.
Jaclyn berkata, dia tidak menyangka kemunculannya sebagai juri dalam programIndonesian Idol di Jakarta pada minggu lalu itu telah memberikan kesan kepada kerjayanya di negara tersebut.
"Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah menembusi pasaran di Indonesia dan peningkatan jumlah pengikut Twitter yang kebanyakannya daripada rakyat negara itu adalah satu petanda baik untuk saya.
"Bagaimanapun itu tidak bererti saya boleh mendabik dada kerana tidak pernah ada jalan mudah untuk kita berjaya di luar sekiranya tidak disertakan dengan usaha," ujarnya.
Jaclyn ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran album runut bunyi filem 29 Februaridi sini pada Rabu.
Tambah Jaclyn, sebelum berangkat ke Jakarta pada 23 Mei lalu, pengikut di Twitter miliknya adalah sebanyak 76, 567 dan selepas pulang ke tanah air pada 27 Mei lalu ia meningkat kepada 86,567.
Sementara itu menurut Jaclyn, selain Indonesian Idol dia juga turut diundang menjadi tetamu dalam program Love, Life & Music - Ahmad Dhani yang turut mempunyai peminat tersendiri.
"Kemunculan dalam program-program popular itu telah banyak membantu memperkenalkan nama saya sekali gus mendapat pengikut baru.
"Pelbagai pengalaman juga dapat saya kutip sepanjang berada di Jakarta dan nyata bukan mudah untuk mencipta nama di kalangan peminat muzik negara itu," ujarnya. Dalam pada itu Jaclyn memberitahu dia teruja dengan single terbarunya berjudul Jagalah Diri ciptaan Edry Abdul Halim yang turut dijadikan sebagai lagu tema filem 29 Februari lakonan Remy Ishak.
Walaupun pada mulanya sukar untuk merakamkan lagu tersebut namun dia berbangga dengan hasil karya itu dan berharap ia akan diterima oleh peminat.
"Sukar merakamkan lagu itu kerana jiwa saya seperti tidak sampai untuk mendalami lirik dan melodinya namun selepas menonton babak Remy menyanyikan lagu itu, saya sebak dan berjaya mendapatkan 'mood' seperti dikehendaki oleh Edry," ujarnya.

Lelaki baru kahwin ratah adik angkat


Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin.

Gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong..

Walaupun kejadian berlaku sekali, tetapi gadis terbabit hamil. Mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk keluarganya kerana bimbang dimarahi.
“Suspek yang tinggal di Batu 13, Puchong, anak angkat kepada keluarga mangsa dan dia sering datang ke rumah mangsa termasuk bermalam di situ.

“Ini menyebabkan keluarga mangsa tidak mengesyaki perbuatan terkutuk dilakukan lelaki terbabit dan suspek merogol mangsa pada waktu malam ketika tiada sesiapa di rumah.

Kejadian disedari keluarga mangsa selepas melihat perut gadis itu yang semakin membesar di samping perubahan sikapnya.


Lelaki terbabit yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Amukan lelaki separuh bogel



Kami semua ketakutan dan terpaksa menyorok dalam kedai serta mengunci pintu, apabila seorang lelaki separuh bogel tiba-tiba mengamuk bersenjatakan sebatang besi panjang selain dua pisau dengan mengejar sesiapa saja yang lalu depannya,” kata Kenny Lee, 29, saksi kejadian seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental mengamuk di Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa Permai, Kepong, di sini pagi semalam.

Lelaki berkenaan turut memecahkan pasu bunga, membaling kerusi aluminium ke arah peniaga dan orang ramai serta menghayun batang besi ke kenderaan yang berhenti di kawasan itu. 
Menurut Kenny yang juga pekerja salun di kawasan itu, pada mulanya lelaki tidak dikenali itu dilihat berkeliaran tanpa memakai seluar dan hanya mengacah untuk memukul beberapa kereta diletakkan di situ hingga membuatkan beberapa pelanggan ingin ke kedai di kawasan itu tidak berani berhenti.

“Beberapa minit kemudian, lelaki itu semakin ganas dengan bertindak memecahkan pasu bunga dan membaling kerusi aluminium milik sebuah restoran yang masih belum dibuka.

“Risau kejadian lebih buruk berlaku, majikan saya bertindak menghubungi polis kira-kira jam 11.15 pagi dan kami serta beberapa peniaga lain tidak berani keluar dari kedai kerana bimbang dicederakan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Pencuru sawan dicekup




Hajat seorang pencuri mahu melarikan diri bersama besi dipotong tidak kesampaian apabila suspek diserang penyakit sawan menyebabkan dia berbuih mulut dan menggelupur.
Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, suspek berusia 20-an turut mengalami kecederaan apabila motosikal dinaiki bersama seorang lagi rakannya terbabas sebelum mereka terjatuh di Taman Bercham Baru.

Insiden berlaku selepas seorang penduduk kampung itu menyedari perbuatan suspek memotong dan mencuri besi dari sebuah rumah di kawasan itu.
Saksi kejadian kemudiannya meminta bantuan daripada penduduk sebelum cuba memberkas suspek dengan bantuan kira-kira 30 ahli Persatuan Keselamatan Sukarela Kawasan Bercham (PKSKB) dan orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian.


“Kejadian disedari penduduk yang ternampak dua pencuri berkenaan cuba mencuri beberapa bahagian besi dari rumah berhampiran. Kami kemudian cuba mengepung suspek, namun suspek memecut menaiki motosikal untuk melarikan diri.
“Namun motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terjatuh. Saya difahamkan seorang pencuri berkenaan mengalami luka di bahagian tangan akibat ditimpa motosikal.

“Manakala seorang lagi pencuri diserang penyakit sawan hingga menyebabkan buih keluar dari mulutnya. Penjenayah kemudian segera dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Kes tertembak senapang angin di kepala adik - Peluru kena otak

Abang termenung
Peluru itu masih dalam kepala dan turut mengenai otaknya, sekali gus meletakkannya dalam keadaan sangat kritikal.
“Kerana kecuaiannya (jiran) meletakkan senapang di tempat tidak sepatutnya, nyawa anak saya kini terancam,” rintih Maderom Matassan, 41, bapa kepada Nurul Afifah, 8, kanak-kanak perempuan yang cedera parah terkena tembakan di dahi dalam kejadian di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia mengharapkan nyawa anaknya dapat diselamatkan meskipun doktor belum dapat mengesahkan keadaan sebenar berikutan peluru dalam kepala anaknya masih belum dapat dikeluarkan.
“Setakat ini, doktor hanya memantau keadaan anak saya berikutan peluru itu turut mengenai otak, sekali gus meletakkannya dalam keadaan sangat kritikal,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri, semalam.

Meskipun kesal dengan kejadian itu, Maderom berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut supaya pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.

Katanya, dia kini turut khuatir melihat emosi abang mangsa, Mohd Nur Aznul berusia 10 tahun yang sering menangis kerana trauma dengan kejadian menimpa adiknya.
“Mereka sangat rapat dan sering bermain bersama-sama selain tidak pernah berpisah. Jadi apabila perkara ini berlaku, abangnya sering menangis teringatkan adiknya.

“Keadaan ini menyebabkan saya serta isteri terpaksa menenangkan Aznul sepanjang masa dan memberitahu kami tidak menyalahkannya,” katanya.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Nurul Afifah parah selepas terkena tembakan di dahi yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh Aznul, ketika mereka bermain senapang buatan sendiri milik seorang jiran yang ditinggalkan berhampiran tangki air kuarters berkenaan. Difahamkan, senapang itu diletakkan jiran berusia 20-an di situ kerana menyangka ia tidak lagi dapat digunakan selepas gagal berfungsi ketika dia cuba menembak burung beberapa hari lalu.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, setakat ini dua suspek yang disyaki pemilik senapang berkenaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.


RISAU...Maderom (kiri) bersama Aznul ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.
RISAU...Maderom (kiri) bersama Aznul ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.

Lembik disambar Karan -Anak maut main air

Lembik disambar karan
Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”
Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.

Dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.

BERTAKUNG...Md Afizi menunjukkan tempat mangsa ditemui.

PILU...Massari ditenangkan ahli keluarga selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
Massari ditenangkan ahli keluarga selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka

Guru Wanita Trauma dicabul


GURU MIANG MELAMPAU
Guru miang melampau
ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis  mengenai kejadian dia dicabul.
ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul.
Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.
Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Anjing Vs Bapak Ayam

Pemenangnya adalah




Bapak Borek Anak Rintik




Peluang lihat planet Zuhrah

GAMBAR Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004.





GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.
Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.
Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.
Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.
"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.
Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.

UKM ke-31 World University Rankings



TUANKU MUHRIZ (tiga dari kanan) melihat demonstrasi bantuan pernafasan kecemasan oleh pelajar selepas merasmikan Sambutan 40 Tahun Fakulti Perubatan UKM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 keseluruhan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya.
Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, kedudukan itu adalah pengiktirafan peringkat dunia yang mana UKM merupakan satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai.
Beliau berkata, UKM dipilih berdasarkan kajian, hasil jurnal, kepakaran tenaga pengajar dan jumlah mahasiswa dalam penglibatan setiap kajian.
"QS menilai setiap aspek penghasilan bahan ilmiah dan penemuan baharu dan salah satu sebabnya adalah hasil kajian Fakulti Perubatan yang sering kali muncul dengan penemuan yang berkualiti tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan 40 Tahun Fakulti Perubatan UKM di sini semalam.
Majlis itu disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Canselor UKM.

Wednesday, May 30, 2012

Budak 10 tahun pandu kereta selepas bergaduh


KERETA Suzuki Alto yang dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun tersadai di tepi pokok, semalam.
KERETA Suzuki Alto yang dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun tersadai di tepi pokok, semalam.
NORTHAMPTONSHIRE: Sebuah kereta curi yang musnah tersadai di tepi pokok selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun memandunya sejauh 3.2 kilometer, semalam.
Pemandu dan pejalan kaki terkejut melihat kenderaan itu “bergerak tidak menentu” di jalan raya yang sibuk, tanpa pemandu kerana kanak-kanak itu sukar dapat dilihat berada di stereng.


Kereta Suzuki Alto itu dikatakan diambil daripada ibu bapa angkatnya selepas satu pergaduhan, akhirnya merempuh kereta lain ketika ia dipandu secara bertentangan arah di laluan sehala.

Kanak-kanak lelaki itu yang mengalami kecederaan ringan cuba melarikan diri. Dia memberitahu penduduk tempatan yang menangkapnya di Bellinge, Northants: “Jangan hubungi polis, beritahu bapa saya.” Sementara itu, polis masih menyiasat kejadian itu.

Lebih 150 orang sertai maraton tertinggi


PARA peserta memulakan larian Maraton Tenzing Hillary di bes kem Gunung Everest Everest semalam.


KATHMANDU, Nepal - Lebih 150 pelari lasak mengambil bahagian dalam Maraton Everest Tenzing-Hillary yang merupakan larian tertinggi di dunia di sini semalam, kata pihak penganjur.
Acara tahunan itu diadakan bagi memperingati pendakian bersejarah manusia pertama yang berjaya menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter.
Puncak tertinggi di dunia itu ditakluki oleh Edmund Hillary dan pemandu arah warga Nepal, Tenzing Norgay pada 29 Mei 1953.
Larian ekstrem itu bermula pukul 7 pagi (waktu Nepal) di Bes Kem pada ketinggian 5,356 meter dan berakhir di Namche Bazaar setinggi sekitar 2,000 meter dari aras laut.
Peserta terpaksa melalui laluan yang sempit, gunung berbatu dan oksigen yang terhad sepanjang larian sejauh 42 kilometer tersebut.
"Peserta terdiri daripada 93 rakyat asing dan 62 warga tempatan," kata penganjur Shikhar Pandey.
Pemenang pertandingan kali ini ialah peserta Nepal, Phurba Tamang yang menamatkan larian dalam tempoh tiga jam, 41 minit dan 31 saat.
Catatan tersebut cuma 11 saat lebih perlahan berbanding rekod kemenangannya dua tahun lalu. - AFP


Masih hidup disangka mati


Disangka mati selepas terjun ke dalam Tasik Raja Lumu di sini, rupa-rupanya dia masih hidup dan sedang bekerja. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 32 tahun yang disangkakan mati selepas beg pakaiannya ditemui terapung di permukaan tasik berkenaan, semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), polis serta dibantu anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula jam kira-kira jam 5 pagi, semalam, pada mulanya dilaksanakan selepas bilik gerakan mendapat panggilan seorang wanita mengatakan nampak seorang wanita lain terjun di tasik itu.

Pasukan mencari dan menyelamat hanya menemui dua beg termasuk satu beg terapung berisi pakaian dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sumber polis berkata, selepas melihat alamat tertera di sijil itu, pihaknya menghubungi polis Terengganu untuk mengesan keluarga ‘mangsa’.

“Kami hubungi pihak keluarga berdasarkan alamat itu. Pada mulanya bapa kepada lelaki yang memiliki sijil SPM itu tidak mahu bekerjasama bimbang anaknya terbabit dalam kes jenayah.

“Tetapi kami menerangkan perkara sebenar kemungkinan anaknya terjun di tasik sebelum dia bersetuju memberi nombor telefon anaknya.
“Kami menghubungi pemilik sijil itu dan dia terkejut apabila diberitahu beg pakaiannya ditemui timbul di Tasik Raja Lumu. Lelaki berusia 32 tahun itu mengakui sebelum ini dia menumpang di surau berhampiran tasik itu selama dua bulan selepas berhijrah dari Terengganu untuk mencari kerja.

“Kini dia bekerja di Pelabuhan Klang dan akan hadir ke balai polis untuk mengambil beg berisi pakaian dan sijil miliknya itu,” kata sumber polis ketika ditemui pada operasi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob yang dihubungi mengesahkan laporan bagaimanapun berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dikatakan wanita itu tetap diteruskan.

“Kami akan lebih fokus kepada usaha mencari dan menyelamat. Siasatan setakat ini menjurus kepada kes bunuh diri.

“Siasatan mengenai saksi yang memanggil talian kecemasan 999 sama ada membuat laporan palsu atau tidak, itu kita kira kemudian,” katanya.

Difahamkan, polis sedang mencari alamat pemanggil wanita misteri itu berdasarkan pendaftaran talian telefon bimbitnya berikutan dia tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu jam 4.48 pagi semalam.

Ikan ganjil Ditangkap di Kuala Kerteh.

PELIK...Othman memegang ikan ganjil yang ditangkap nelayan pesisir pantai di Kuala  Kerteh.
PELIK...Othman memegang ikan ganjil yang ditangkap nelayan pesisir pantai di Kuala Kerteh.


Ikan berkenaan berwarna putih dan mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga, manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan.


Ikan berkenaan dibawa pulang nelayan terbabit jam 11 pagi kelmarin.


“Orang ramai yang ada di situ hairan melihat ikan berkenaan yang menyerupai naga, tetapi berwarna putih dan mempunyai kulit kasar seperti pari, namun tidak bersisik manakala sirip dan kepalanya seperti naga serta badannya lembik seolah-olah tidak bertulang.

Menurutnya, sebaik pulang ke rumah di Kampung Telaga Papan, di sini, dia dimaklumkan beberapa jirannya mereka juga tidak pernah melihat ikan berkenaan.
“Bagaimanapun, ketika ikan itu dibawa naik ke darat, sebahagian kepalanya sudah hancur mungkin kerana tersangkut pada pukat yang digunakan nelayan.

Pegawai Penyelidik Departmen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin, Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, ikan itu dikenali sebagai ikan naga daripada keluarga Regalecidae yang juga ikan bertulang terpanjang di dunia.


“Laut China Selatan adalah satu daripada habitat ikan berkenaan dan bukan mustahil ia tersangkut pada pukat nelayan.



“Mengikut rekod jabatan, pihak kami pernah menerima ikan spesies itu daripada nelayan tempatan sekitar tahun 1990-an,” katanya yang memberitahu ikan naga terpanjang pernah ditangkap di Vietnam sepanjang 10 meter.



Pencuri kereta nahas koma

REMUK...kereta dilarikan suspek yang terbabit kemalangan.
REMUK...kereta dilarikan suspek yang terbabit kemalangan.
Seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah kereta utiliti sukan (SUV) di Batu 9, Cheras, di sini, awal pagi kelmarin kini koma selepas kereta dipandu itu terbabit kemalangan di Jalan Cheras.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, SUV dipandu lelaki berusia 30-an terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik menyebabkannya tersepit serta parah di kepala.


Abang tertembak dahi adik

Abang terbedil dahi adik



Abang terbedil dahi adik

MIRI: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun kritikal akibat terkena tembakan di dahi yang dilepaskan abang berusia 10 tahun menggunakan senapang buatan sendiri ketika mereka bermain dengan senjata itu di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Nurul Afifah Maderon, dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan abangnya, Mohd Nur Aznul, ketika mereka bermain senjata milik seorang jiran yang ditinggalkan di tepi tangki air kuarters berkenaan.
Difahamkan, senapang itu diletakkan jiran berusia 20-an di situ kerana menyangka ia tidak lagi dapat digunakan selepas gagal berfungsi ketika dia cuba menembak burung beberapa hari lalu.

Menurut ibu mangsa, Janiah Assan, 31, ketika kejadian dia baru selesai membasuh pakaian manakala kedua-dua anaknya itu sedang bermain di luar rumah.



DITAHAN
...anggota polis mengiringi dua lelaki yang dipercayai pemilik senapang buatan sendiri untuk membantu siasatan.
DITAHAN ...anggota polis mengiringi dua lelaki yang dipercayai pemilik senapang buatan sendiri untuk membantu siasatan.

Anak Dara Mengamuk

Warga emas maut ditetak gadis

Macam dirasuk

“Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan beberapa jiran datang menghalangnya.

“Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan menjerit minta tolong,” kata warga emas, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, menceritakan kejadian menyayat hati di rumahnya di Kampung Parit Kerinchi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.41 pagi itu, Juriah dan suaminya, Revuan@Reduan Harun, 73, hanya berdua di rumah sebelum tiba-tiba pintu depan rumah mereka ditendang suspek, wanita berusia 22 tahun yang juga jiran mangsa.

“Ketika itu, mak cik sibuk menyiapkan bahan untuk memasak di dapur, manakala arwah (suami) berehat di ruang depan sebelum kami terdengar pintu depan ditendang kuat.


“Sejurus kemudian, seorang wanita dalam keadaan tidak terurus meluru masuk dan menjerit meminta tolong.

“Saya dan suami memarahi kelakuannya kerana menyebabkan kami terkejut, namun dia tidak mengendahkannya lalu mencapai parang di kawasan berhampiran dan menyerang kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui selepas mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.



PERIKSA...anggota Unit Forensik polis memeriksa rumah mangsa.

                                               
                                                                                         

Nyawa nyawa ikan minta bantuan



“Sebaik tiba di rumah mangsa, saya melihat mak cik Juriah di depan pintu dengan darah terpancut keluar dari kepalanya sambil menunjukkan pak cik Reduan di dinding dapur yang meminta tolong dan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan

Dalam kejadian pada jam 10.41 pagi itu, seorang warga emas, Revuan@Reduan Harun, 73, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditetak bertubi-tubi di badan dan kepala oleh seorang gadis berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Parit Kerinci di sini, semalam.


Isteri mangsa, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, parah selepas ditetak di kepala oleh gadis terbabit yang tiba-tiba datang ke rumah warga emas itu.

Siti Aminah berkata, ketika kejadian, dia berada di dapur rumahnya kira-kira 200 meter dari rumah mangsa dan mendengar suara orang meminta tolong.


Menurutnya, jeritan meminta tolong itu berlarutan hampir 10 minit sebelum ibu saudaranya meminta dia melihat apa yang berlaku. Katanya, dia menunggang motosikal dan berhenti di depan rumah mangsa sebelum melihat Juriah berlumuran darah.



“Ketika itu, tiada orang lain di rumah melainkan pasangan warga emas itu dan pintu rumahnya terbuka.

“Saya melihat mak cik Juriah cuba berjalan ke pintu depan, namun keadaannya amat lemah.


“Mulutnya bergerak dan cuba berkata sesuatu, tetapi suaranya serak mungkin kerana terlalu lama menjerit meminta tolong,” katanya.

Siti Aminah berkata, terkejut dengan kejadian itu dia menghubungi ambulans yang tiba 40 minit kemudian.


RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam. 

RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam.
PERIKSA...anggota Unit Forensik polis memeriksa rumah mangsa.

Tomok dapat cahaya mata lelaki



BAYI sulung Tomok yang dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Isteri kepada penyanyi Tomok selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini petang semalam.
Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, bayi sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.
"Alhamdulillah, perasaan saya tidak boleh digambarkan dan saya sangat gembira apabila dikurniakan kehadiran orang baharu dalam keluarga.
"Saya menyaksikan sendiri dari awal hingga akhir proses kelahiran cahaya mata sulung saya dan ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat saya.
"Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi serta isteri saya pun sihat walafiat," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Pengarah IKM parah, anak maut



MARZUKI kelihatan lemah ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan seorang anaknya semalam.


SUNGAI PETANI - Hasrat empat sekeluarga untuk pulang ke kampung sempena cuti sekolah berkecai apabila salah seorang daripada mereka maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 90.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Sungai Lalang di sini semalam.
Kejadian pukul 6.10 pagi itu mengakibatkan Mukhrizah Marzuki, 3, maut, manakala bapanya, Marzuki Mahamad Radzi, 36, yang merupakan Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis, parah.
Turut parah ialah kakak Mukhrizah, Muslihah, 6, manakala seorang lagi, Muzafirah, 9, cedera ringan.
Kemalangan itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey dipandu Marzuki gagal dikawal lalu merempuh belakang sebuah treler membawa balak sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan lain dari belakang.

Empat maut nahas ngeri di Miri


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat salah seorang mangsa kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori tangki di Kampung Agus, Bekenu di Miri semalam.


MIRI - Empat lelaki termasuk tiga beradik maut dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan sebuah lori tangki di Kampung Agus, Bekenu di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, Sarbini Senen, 25, Mohamad Syafik, 17, serta seorang rakan, Nazri Sanawi, 18, maut di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Mohd. Ikmal Alif, 9, maut ketika dalam perjalanan ke klinik berdekatan.
Dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandu Sarbini dalam perjalanan dari Miri ke arah Bintulu.
"Setibanya di tempat kejadian, Perodua Viva tersebut dipercayai masuk ke laluan bertentangan.
"Sebuah lori tangki yang datang dari depan gagal mengelak lalu merempuh kereta mangsa.


Selebriti hasil rekaan perabot sendiri



DARI kiri: Wong Chui Ling, Jojo Struys, Yuna, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak terpilih untuk menghasilkan rekaan perabot dan barang hiasan daripada butik hiasan, Macy.


LIMA selebriti popular tanah air iaitu Yuna, Jojo Struys, Wong Chui Ling dan pasangan suami isteri Vanida Imran serta Rashidi terpilih untuk menghasilkan rekaan perabot dan barangan hiasan dalaman rumah daripada butik hiasan rumah, Macy.
Projek yang dikenali sebagai Inspirasi Selebriti itu mengetengahkan bakat lima selebriti tersebut dalam memberi idea menghasilkan perabot masing-masing.
Yuna telah diberi kepercayaan untuk menghasilkan set bilik tidurnya sendiri manakala Vanida dan Rashidi pula menghasilkan set bilik tidur untuk anak perempuan mereka.
Sementara itu, bagi personaliti TV Jojo dan Chui Ling pula masing-masing memberi idea dan memilih sendiri fabrik untuk rekaan set ruang tamu dan set meja makan.
Menurut Pengurus Besar Macy, Jimmy Koay, selebriti adalah inspirasi kepada masyarakat dan pemilihan mereka adalah bertepatan dengan objektif Macy yang mahukan kelainan dalam setiap produk yang ditawarkan.
"Para selebriti diberi kebebasan untuk memilih jenis perabot, fabrik dan warna mengikut cita rasa masing-masing," ujarnya pada majlis pelancaran projek Inspirasi Selebriti bersama Macy di Pusat Beli-Belah Citta.
Jelasnya, pelanggan yang berminat untuk membeli perabot rekaan kelima-lima artis tersebut boleh berbuat demikian apabila perabot-perabot tersebut dipamerkan di butik Macy kelak.
Tambahnya, sebahagian hasil jualan perabot itu nanti akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang terpilih.
"Sewaktu diberi peluang menghasilkan set bilik tidur untuk anak perempuan, kami puas memikirkan corak dan warna yang harus dipilih untuk menghasilkan set katil yang dapat memikat hati pelanggan. Apatah lagi ia dibuat untuk tujuan amal," kata Vanida.
Balas Rashidi pula: "Kami cuba untuk menghasilkan set katil anak perempuan yang tidak hanya menggunakan warna merah jambu semata-mata tetapi diselitkan juga dengan beberapa warna seperti putih dan ungu".
Paling penting jelas Vanida mahupun Rashidi, perabot yang dihasilkan itu adalah tahan lama dan berbaloi untuk dibeli pelanggan.

SHARE THIS

Blog Archive