Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 7, 2012

Ratu Rock Ella, Azhar selamat diijab kabul


Ratu Rok Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, mengakhiri zaman bujang dan malam ini sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali.
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini yang berkenalan sejak sembilan tahun lalu sah bergelar pasangan suami isteri.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di sini kira-kira jam 10.35 malam ini.
Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah, dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua pihak.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan. Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin.

Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini tampil anggun mengenakan busana rekaan Syaiful Baharim.
Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 1 Disember ini.

Ella dikatakan sudah mengenali Azhar sejak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.

Gambar Sekitar PerkahwinaN Ratu Rock - Ella Kahwin





Perkarangan rumah Ella



Wajah Ella saat disolek



Siap ada lori laksa dan cendol di hadapan rumah Ella



Tempat makan beradab dilakukan di luar halaman rumah



Petugas sedang membetulkan elekrtik rumah Ella yg terpadam



Antara tetamu yg hadir



Lebih 30 minit rumah pengantin perempuan bergelap









Kredit: facebook.com/mediahiburan



















Gambar poster dan Babak dalam filem Mael Lambung







Gambar babak filem Mael Lambung + Poster + Sinopsis






OST Bukan Bidadari : Babak Cinta -Tengku Adil (Lirik Lagu Tema)

Lirik Lagu Babak Cinta - Tengku Adil

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka




Lirik lagu

Gambar cute Nad Zainal (Pelakon Bukan Bidadari)

Pelakon Nad Zainal berkecimpung dalam seni sejak 2007 lagi. Namanya semakin dikenali melalu drama Bukan Bidadari.


tekan readmore untuk lebih gambar

Biodata Nad Zainal (Pelakon Bukan Bidadari)

Nama Sebenar : Farah Nadia Binti Zainal Abidin
Nama Komersial: Nad Zainal, Nadia Zainal
Pendidikan: Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Tempat Lahir : Kajang,Selangor
Kerjaya : Pelakon Drama, Iklan dan Teater
Teater: Muzikal Tun Abdul Razak (2009), Tanda,  Makyong Sindo
Iklan: SimplySity dan Simple 5
Drama: Sunsilk Impian, Bloggerboy 2 (2008), Apa Dosaku : Sybil Kathigasu (2009), Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin dan kisah futuristik, Rafik (2010), Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales, Memberku Hawa, Bukan Bidadari
Filem: Jidin Sengal, Kami Histeria
Facebook Nad Zainal: http://www.facebook.com/nadzainal


Kredit gambar: Google dan Facebook Nad Zainal


(Video) Nyaris hilang kejantanan - Terlekat di Lubang kerusi besi



Seorang lelaki berusia 41 tahun mengejut kan polis dengan panggilan kecemasan dari sebuah taman.
Lelaki yang kesepian itu mendapat idea gila untuk memuaskan nafsu dengan kerusi besi.

Kerusi besi tersebut  yang mempunyai lubang2, digunkan oleh lelaki tersebut untuk memuaskan diri.Keadaan menjadi gawat apabila lelaki tersebut mendapati alat sulitnya tersangkut tidak dapat dikeluarkan dari lubag kerusi tersebut.

Dia yang panik terus menghubungi poli untuk meminta bantuan.Pihak polis yang datang terkejut mendapati lelaki terbabit terbaring meniarap diatas kerusi itu.

Doktor yang datang tidak dapat membantu. Mereka akhirnya terpaksa memotong kerusi tersebut dan membawa bersama ke hospital.

Selepas bertungkus lumus selama 4 jam ,Akhirnya berjaya menanggalkan dari kerusi tersebut.

Kata Doktor . , JIka mereka tidak berjaya dalam masa 1 jam lagi.Mereka terpaksa memotong Kemaluan Lelaki tersebut.
Tekan readmore untuk lihat Video

Skodeng Jiran Sebelah mandi - Jatuh dari tingkat 10


Seorang lelaki berusia 44 tahun menerima padah apabila terjatu dari tingkat 10 balkoni rumahnya ketika  sedang skodeng dan merakam video jiran sebelah yang sedang mandi.

Bangunan 29 tingkat yang  dihuninya direka dengan bilik air sebelah menyebelah.Ini memudahkan lelaki tersebut memanjat dan mengintai  jirannya.

Mangsa Seorang jurujual wanita berusia 28 tahun sedang mandi apabila menyedari ada tangan ganjil sedang memegang telefon bimbit diluar tingkap bilik airnya. Mangsa menjerit ketakutan dan melihat kelibat lelaki tersebut memanjat ke  bilik sebelah.

Suami mangsa dan penduduk yang lain meyekat pintu rumah lelaki tersebut..Lelaki tersebut yang menyedari jalan keluar hanya melalui tingkap bertindak memanjat keluar untuk melarikan diri..Namun dek kerana kegelapan,lelaki tersebut tergelincir lalu terjatuh dari tingkap terbabit.

Lelaki tersebut terjatuh kebawah bernasib baik apabila melanggar rimbunan dahan pokok sebelum jatuh ke tanah . Dia dijumpai masih lagi hidup tetapi dengan kecederaan parah.

Ella Kahwin esok dengan Hantaran Rm50,000


penyanyi yang popular dengan lagu Sembilu itu sepanjang hari sibuk membuat persiapan pernikahan. Difahamkan, Ella berkunjung ke butik pereka busana Syaiful Baharim untuk membuat pengubahsuaian terakhir pada busana yang akan disarung. 
Ella juga dikatakan menyempurnakan amalan berinai, semalam. 

Kakak Ella, Saidatul Nisa ketika dihubungi HIP mengakui, Ella terlalu sibuk menguruskan persiapan akhir hingga tidak sempat melayan panggilan media. 

Saidatul Nisa berkata, sebagai kakak, dia gembira dengan niat adiknya mendirikan rumah tangga. Dia dapat melihat kegembiraan pada wajah Ella yang bakal bergelar raja sehari. 

Malah seluruh ahli keluarga turut tumpang gembira dan menerima jodoh Ella. 

“Alhamdulillah Ella bertemu jodoh. Memang kalau boleh, dari dulu dia mahu berumah tangga tetapi belum ada rezeki. Mungkin baru sekarang Tuhan hendak menemukan jodohnya,” katanya.  

ESOK bermulalah lembaran baru dalam hidup penyanyi rock wanita negara, Ella Aminuddin, 46. Mengucapkan selamat tinggal kepada zaman solo, Ella dijangka bernikah dengan lelaki pilihan, Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang Firefly, selepas solat Isyak. 
Lebih manis, demi memenuhi permintaan ibu Yang Asmah Yong, 85, yang sudah lama berharap Ella bertemu jodoh, acara akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga di Teluk Gadong, Klang. 

HIP diberitahu, pada majlis dirancang, pihak lelaki akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang serta wang hantaran yang dianggarkan bernilai RM50,000. 

Walaupun jodoh tiba ketika usia mencecah 46 tahun, keluarga Ella gembira akhirnya penyanyi itu bertemu pasangan hidup. 



Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember depan. 

PROFIL 

Nama: Norzila Aminuddin 
Lahir: 31 Julai 1966 di Gelugor, Pulau Pinang 
Pendidikan: Sekolah Menengah Perempuan Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Tokey restoran mati lepas Barack Obama sarapan pagi di kedainya

Seorang wanita meninggal dunia setelah beberapa jam Presiden Barack Obama bersarapan di kedainya.
Josephine “Ann” Harris, 70, dikejarkan ke Akron General Medical Center pada pagi jumaat. Dia meninggal dunia tidak lama selepas sampai ke pusat perubatan tersebut.


Pihak berkuasa tidak memberitahu sebab kematian tapi ahli keluarga wanita tersebut percaya dia meninggal disebabkan serangan sakit jantung. Wanita terbabit juga dikatakan sedang dalam proses penyembuhan dari serangan sakit jantung yang terdahulu.


Hari yang penuh tragedi bagi keluarga mangsa. Pagi yang bersejarah dengan lawatan orang yang ternama di akhiri dengan kematian.

Budak 4 tahun - Jari tersepit di eskalator pasar raya


Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Mohd Nasrullah Mohd Adham hanya mampu menahan kesakitan selepas jari telunjuknya tersepit pada eskalator sebuah pusat beli-belah.

Bagaimanapun, orang ramai yang menyaksikan kejadian memaklumkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli-belah berkenaan sebelum

Jadi bohsia lepas emak kahwin lain


 Tertekan kerana tidak dapat menerima kehadiran lelaki lain sebagai bapa menjadi titik hitam dalam hidup seorang remaja perempuan apabila dia terjebak sebagai bohsia dan ditiduri ramai Mat Rempit.
Lina, 15, berkata, ibunya berkahwin lain manakala bapa tiri tidak pernah memberi kasih sayang kepadanya menyebabkannya mencari teman lelaki bagi menghilangkan kebosanan.

“Sejak ibu bercerai dengan bapa ketika saya berusia 12 tahun, hubungan kami renggang dan sering bergaduh sehingga beberapa kali saya dipukul.
“Saya rapat dengan kakak yang dua tahun lebih tua daripada saya dan sering menemaninya setiap malam mencari teman lelaki di Taman Tasik Titiwangsa bagi menghilangkan kebosanan.

Menurutnya, disebabkan perangai itu, dia mendakwa pernah

Jadi Cikaro kerana Ibu - Seronok sampai puas


FIZA...dipukul ibu bila kalah judi


“Kalau ibu pulang ke rumah dengan muka masam, saya tahu dia kalah judi dan dia akan mencari sebab remeh-temeh untuk marah atau pukul saya sebagai tempat lepaskan geram,” kata remaja perempuan hanya dikenali sebagai Fiza yang terjebak kancah gejala sosial seawal usia 14 tahun.
Fiza kini berusia 17 tahun mengaku walaupun digelar cikaro dan sering

Terbongkar - Suami tiduri adik ipar, Isteri projek lelaki lain - JAIPs serbu keluarga pincang


RUMAH yang dipercayai tempat dua pasangan ditangkap bersekedudukan di Kampung Padang Keria, Sanglang, Kangar 

Kehidupan sebuah keluarga yang pincang di Kampung Padang Keria, Sanglang di sini terbongkar semalam apabila diserbu Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) setelah si suami didapati mempunyai hubungan dengan adik iparnya, manakala si isteri pula bersekedudukan dengan lelaki lain sehingga mengandungkan anak luar nikah.
Suami isteri tersebut dipercayai melakukan perbuatan sumbang tersebut dengan pasangan masing-masing di dalam satu rumah sejak setahun lalu.
Dalam dua serbuan berasingan bermula kira-kira 12.15 pagi semalam, si suami yang berusia 39 tahun dicekup hanya bertuala di dalam rumah tersebut yang mempunyai dua bilik dengan adik iparnya yang berumur 18 tahun.
"Sejam kemudian kami sekali lagi serbu rumah tersebut dan mendapati isterinya, 25, pula bersama lelaki lain yang berusia 29 tahun di kawasan rumah tersebut," katanya.
Menurut Suhaimi, ketika serbuan tersebut, isteri berkenaan berada di dalam rumah manakala pasangannya ditemui tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek di belakang rumah.

Samseng Geng 08 Serang kereta polis - 20 samseng tetak kereta polis


Empat anggota polis cemas apabila kereta mereka diserang oleh kira-kira 20 samseng yang bersenjatakan parang dan pedang samurai di Kawasan Perusahaan Menglembu.
Kejadian berlaku pukul 1.15 pagi semasa anggota polis itu cuba menghalang kumpulan dikenali sebagai Geng 08 Vinod itu yang dalam perjalanan untuk menyerang sebuah kumpulan samseng lain.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, Geng 08 Vinod yang menunggang motosikal itu bertindak ganas dengan menetak kenderaan polis ter

Rozaimi diintai Kelab Thailand - BEC Tero Sasana


SELEPAS kejayaan Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak bersama kelab Portugal, SC Beira-Mar, kini tumpuan mula dialihkan kepada kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana yang telah mengemukakan tawaran rasmi kepada pemain muda Sabah, Rozaimi Abd. Rahman.
Penyerang Harimau Muda berusia 19 tahun itu muncul penjaring terbanyak selepas meledak 10 gol pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar, telah berjaya menarik perhatian naib

Myanmar senyum lebar - Malaysia Batal bantahan Isu Lebih Umur


DOKUMEN peribadi Kyaw Zayar Win yang menunjukkan beliau lahir pada tahun 1988.

AKHIRNYA skuad 'muda' bola sepak Myanmar dapat menarik nafas lega apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk tidak menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung kontroversi skuad bawah 22 tahun Myanmar yang didakwa menggunakan pemain melebihi had umur.
Penyerang 'muda' Myanmar, Kaung Si Thu yang menjaringkan dua gol ketika menentang skuad negara menimbulkan persoalan apabila dia yang disyaki

Video - Akibat salah setting - Pertunjukan bunga api menjadi Letupan Besar


Pertunjukan bunga api terbesar di San Diego merudum pada malam Rabu apabila masalah teknikal menyebabkan semua bunga api untuk meletup pada masa yang sama.


Hanya beberapa minit sebelum Pelabuhan San Diego "Big Bay Boom" telah ditubuhkan bermula pada pukul 9 malam, beribu-ribu bunga api dari lima baj terapung dilancarkan serentak, menyebabkan paparan cemerlang piroteknik yang berlangsung selama 15 saat.


Hampir setengah juta rakyat di seluruh bandar telah menonton persembahan, dan tembakan video di tempat kejadian menarik penonton bersorak apa yang mereka fikir adalah menakjubkan menunjukkan kick-off.


Satu kenyataan di laman web pelabuhan itu meminta maaf tidak berfungsi dengan betul dan menyalahkan isyarat rosak yang telah dihantar kepada baj sejurus sebelum persembahan bermula.


Bunga api, pelabuhan bil sebagai salah satu yang terbesar di Amerika Syarikat, sepatutnya berlangsung sekitar 18 minit.


Penganjur dengan bongkaknya bahawa acara ini tahun ini, 12hb, akan menjadi "lebih besar dan lebih sengit berbanding pada tahun-tahun yang lepas."



spectators watch from coronado island san diego malfunction causesentire fourth july fireworks show off all once wednesdayjulycoast guard saysmishap occurred minutes beforescheduled openingbig bay boom showmorepeople witnessedshort lived spectacleinjuriesreported



san diego fireworks




alg fireworks

tekan readmore untuk tengok video

Pengawal Pantai Dipecat kerana Selamatkan lelaki lemas


Penyelamat Hallandale Beach, Florida, berkata beliau telah dipecat selepas dia meninggalkan tempat tugas untuk menyelamatkan orang yang

Video menakutkan - Anak kecil 2 tahun bermain di balkoni setinggi 100 kaki

Video yang mengejutkan menunjukkan anak kecil berusia 2 tahun bermain di atas birai balkoni yang tinggi Ketinggian pangsapuri tempat anak kecil itu bermain lebih dari 100 kaki. Anak kecil yang duduk dan merangkak sepanjang balkoni, Bermain-main dan menjuntaikan kaki di balkoni tersebut tanpa pengawasan .Sementara orang2 yang lalu lalang di bawah ngeri melihat kejadian yang amat bahaya itu.

Dikatakan ibu anak kecil tersebut tidak menyedari yang anaknya telah menyusup keluar ke kawasan balkoni rumah mereka semasa dia sibuk membersihkan dapur ,sementara kawannya yang sepatutnya mengawasi anak kecil itu tertidur semasa menonton tv.





Tekan readmore untuk tengok video

Friday, July 6, 2012

Pesara guru mati terjatuh di bilik air -


Seorang pesara guru yang berumur sekitar 70-an ditemui mati dengan kepala berlumuran darah di dalam rumahnya di sebuah taman

Bacaan penangkis Ilmu santau

Ilmu santau dikatakan boleh membawa maut..lebih lebih lagi  santau melalui makanan...so Boyzonne nak share sikit bacaan yang

Gambar Najwa latif Rooftop - Bertudung merah menyala


Amacam sweet ni Najwa Latif ni...Cantik dan manis bertudung .
Tentu ramai peminat kan..


Kosong kosong ohh..
 hehehe



tekan readmore untuk lebih banyak gambar

Gambar persandingan Schawal - sekali hijau la



Nak tengok lagi banyak gambar tekan readmore

SHARE THIS

Blog Archive