Pengikut Boyzzonne

Saturday, June 9, 2012

Kecoh aksi cium Syahrini

KONTROVERSI seolah-olah begitu sinonim dengan dirinya hingga bintang sensasi Indonesia ini tegar membiasakan dirinya menelan pelbagai khabar kurang enak yang terus diperkatakan.

Belum selesai peminat berteka-teki mengenai identiti kekasihnya, malah sempat kedamaian Syahrini digugat dengan isu kekasih bayaran lantaran keengganannya mendedahkan jejaka yang bertakhta di hatinya itu, Isnin lalu dia sekali lagi diuji.
Selepas kecoh isu foto mesra kekasihnya, Raja Mohammad Syazni atau Bubu dengan wanita lain tersebar di laman maya, reputasi Syahrini, 29, kembali diperdebatkan apabiladua foto mesranya bersama seorang jejaka tidak dikenali jatuh ke tangan media.
Mengulas perkara itu, pengurus Syahrini, Reindhy menyifatkan penyebaran foto berkenaan sebagai cubaan untuk memusnahkan reputasi penyanyi asal Bogor itu.

“Kami tiada masalah dengan foto itu, cuma agak keberatan apabila diletakkan dengan tajuk ‘another Bubu’. Ia hanya foto biasa, tiada masalah cuma judulnya seolah-olah mempersendakan Syahrini,” kata Reindhy yang ditemui media di Mampang, Jakarta Selatan, Isnin lalu.

Daripada dua foto yang dipercayai dirakamkan di lokasi sama, foto pertama menonjolkan Syahrini yang mengenakan pakaian serba putih bersandar mesra di dada jejaka itu.

Lebih menimbulkan persoalan, apabila dada Syahrini menyentuh dada si jejaka yang mengenakan kemeja kelabu, manakala foto kedua memperlihatkan penyanyi lagu Bohong itu mencium mesra pipi lelaki itu sambil memeluk mesra pinggulnya. Enggan perkara itu berlarutan, Syahrini selesa bungkam malah membiarkan hanya pengurusnya yang berurusan dengan pihak media massa yang ingin mendapatkan penjelasannya.

Skandal foto mesra Syahrini dengan beberapa jejaka bukan pertama kali muncul kerana sebelum ini bekas pasangan duet Anang Hermansyah ini pernah menggemparkan seluruh peminat muzik Indonesia apabila rakaman aksi panas yang menjadi koleksi peribadinya tersebar.

“Ia tidak benar kerana masih banyak lagi foto lain yang diambil pada pertemuan itu.

Telan ikan hidup untuk ubati asma



SEORANG ahli keluarga Bathini Goud, Harinath Goud memasukkan ikan hidup ke dalam mulut pesakit asma di Hyderabad semalam.


HYDERABAD - Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba bagi mengubati masalah pernafasan mereka.
Laman berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan moden.
Namun, kritikan mereka gagal menghalang orang ramai daripada mengunjungi keluarga berkenaan pada setiap tahun selepas ramai pesakit mendakwa sembuh selepas mendapat rawatan tersebut.
Keluarga Goud mendakwa mereka menerima resipi ubat asma tersebut daripada seorang pendita Hindu sekitar 170 tahun dahulu.
Mereka memberikan ubat unik tersebut kepada pesakit secara percuma pada setiap tahun tetapi enggan mendedahkan ramuannya.
Menurut seorang ahli keluarga Goud, pendita tersebut memberi amaran bahawa ubat itu tidak berkesan jika dikomersialkan. - Agensi

Pelajar UTM ungguli reka cipta Bentley

SUHAIBAH dan Mohd Uznir bersama piala yang dimenangi  
di UTM Skudai, Johor Bahru, semalam.
SUHAIBAH dan Mohd Uznir bersama piala yang dimenangi di UTM Skudai, Johor Bahru..

Sepasang suami isteri dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengharumkan nama negara apabila diumumkan pemenang Pertandingan Rekacipta Pelajar Bentley 2012, mengalahkan lebih 100 pelajar dari universiti seluruh dunia.
Suhaibah Azri, 27 dan Mohd Uznir Ujang, 29, masing-masing menuntut pada peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM memenangi pertandingan kategori 'Unique Ways of Solving a Problem With GIS Technology' bagi kategori kaedah penyelesaian unik menggunakan bantuan Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Pasangan itu mencipta kaedah 3D Geospatial Database untuk saluran paip bawah tanah bagi mengetahui kedudukan paip secara lebih tepat menggunakan kaedah tiga dimensi (3D) dengan gabungan GIS, yang dianjurkan syarikat perisian terkemuka dunia. 

Suhaibah, berkata penggunaan kaedah itu dapat mengesan dan menguruskan paip bawah tanah dengan tepat bagi tujuan penyelenggaraan tanpa membabitkan kerosakan pada paip lain yang mungkin ditanam di kawasan sama. 

“Kami tidak menyangka inovasi ini akan memenangi Pertandingan Rekacipta Pelajar Bentley kerana ia mendapat penyertaan pelbagai universiti dan pusat pengajian tinggi seluruh negara. 

“Kami bersyukur kerana gabungan idea kami berdua dapat diaplikasikan hingga diiktiraf syarikat perisian terkemuka dunia. 
“Berdasarkan kajian daripada beberapa syarikat utiliti, kami mendapati mereka berdepan masalah untuk mengesan kedudukan paip bawah tanah secara tepat. 

“Sehubungan itu, kami mengumpul data dari syarikat terbabit dengan bantuan perisian hingga kaedah pengurusan saluran paip bawah tanah dalam persekitaran 3D ini berjaya dihasilkan,” katanya di sini, semalam. 

Pasangan itu menerima hadiah wang tunai RM6,000 dan trofi dalam majlis khas yang diadakan di UTM yang disampaikan oleh Pengarah Penyelesaian Industri Bentley, John Taylor. Turut hadir Dekan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM, Prof Dr Alias Abdul Rahman dan Pengarah Akademik Bentley System (Singapura) Ivy Branson. 

Sementara itu, Mohd Uznir, berkata reka cipta mereka itu akan dipatenkan untuk membolehkan ia digunakan secara meluas bagi membantu syarikat utiliti menyelesaikan masalah mengesan saluran paip atau kabel bawah tanah secara tepat. 

“Sebelum ini untuk mengetahui paip bawah tanah, ia dilakukan secara manual atau melalui visual. Bagaimanapun, dengan kaedah ini kedudukan paip atau kabel boleh dikesan dengan tepat melalui 3D. 

“Kami berharap kaedah ini dapat membantu syarikat utiliti dalam dan luar negara mengatasi masalah mengetahui kedudukan saluran paip dan kabel,


2 penjenayah maut panik nampak polis - Lelaki cuba samun terbabit nahas jalan raya

PROTON Savvy yang digunakan penjenayah  di Ampang, kelmarin.

Dua daripada tiga penjenayah yang cuba menyamun sebuah rumah di Dataran Ukay, Ampang di sini, awal pagi semalam, maut selepas terbabit dalam dua kemalangan berasingan ketika melarikan diri.
Dalam kejadian jam 1.50 pagi, dua penjenayah memecah masuk rumah teres tiga tingkat di Jalan Anggerik, manakala seorang lagi rakan mereka menunggu di hadapan rumah mangsa dengan kereta Proton Savvy.
Penghuninya lelaki warga tua dan anak perempuannya terdengar bunyi mencurigakan sebelum bertindak menghubungi polis yang tiba dua minit kemudian. 

Panik selepas melihat kehadiran polis, kedua-dua penjenayah yang berada dalam rumah mangsa melompat pagar dan melarikan diri. 

“Seorang daripada suspek yang melarikan diri ke arah Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berjaya meloloskan diri manakala seorang lagi terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas lebuh raya berkenaan. 

“Pada masa sama, rakan mereka yang menunggu di kereta turut panik lalu memecut kenderaannya sebelum merempuh tiang jejantas berhampiran laluan ke Jalan Kolam Air, berhampiran Hotel Flamingo, Ampang, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. 
“Lelaki terbabit yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian,


Anuar, Che Aminah Qari dan Qariah Kebangsaan Terbaik




JOHOR BAHRU - Qari dari Kelantan, Muhamad Anuar Ghazali dan qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Aminah Che Awang

 masing-masing
diumumkan johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan ibadat haji beserta cenderamata dan sijil penyertaan.
Muhammad Anuar, 36, seorang guru pendidikan Islam memperoleh markah 93.66 peratus manakala Che Aminah, 57, guru al-Quran pula memperoleh 84.33 peratus.
Mereka akan mewakili Malaysia ke tilawah peringkat antarabangsa yang dijadual Julai nanti.
Negeri Pahang pula diumumkan sebagai johan keseluruhan majlis tilawah tersebut.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Sementara itu, naib johan pula ialah qari dari Pahang, Zul-Hasyimi Mohamed Yunus (87.99 peratus) dan qariah dari Sabah, Nur Faten Izzati Rablin (79
peratus).

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM7,000, pakej menunaikan ibadat haji, cenderamata dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga pula qari dari Sabah, Mohamad Raffe Ghalil Abbas (86.68 peratus) dan qariah dari Kedah, Marzian Mohd Deli (78.67 peratus).
Mereka menerima wang tunai RM5,000, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim dan kerabat diraja lain turut berkenan berangkat ke majlis tilawah itu yang berlangsung di Persada Johor di sini.
Selain itu majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani
Othman serta isteri Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin.

Seramai 27 qari dan qariah menyertai tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu dan bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. - Bernama

Suami kebulur toreh muka bini


GOMBAK: Hanya kerana kelaparan, seorang suami membelasah isterinya sebelum menoreh muka wanita berkenaan dan melarikan wang RM50 ketika bertemu mangsa di Batu Caves.

Lebih teruk apabila lelaki berusia 20-an itu membiarkan isterinya berusia 22 tahun menggelupur kesakitan selepas mukanya cedera teruk sebelum mangsa diselamatkan orang awam yang membawanya ke sebuah klinik.



Sumber berkata, mangsa yang juga jururawat dihubungi suaminya, jam 12 tengah hari untuk berjumpa dan mangsa meminta suaminya datang ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, lelaki terbabit yang dalam keadaan tidak terurus meminta wang daripada mangsa untuk membeli makanan.



“Kasihan melihat keadaan suaminya, mangsa membuka beg tangannya untuk mengambil wang sebelum lelaki terbabit merentap beg itu gara-gara tidak sabar menyebabkan berlaku pertengkaran.



Suspek yang berang apabila mangsa melawan memukulnya sebelum mengeluarkan pisau lalu menoreh muka isterinya.

“Mangsa dibantu orang awam membawanya ke klinik untuk rawatan sebelum menerima beberapa jahitan.

Pemain bass kumpulan New Boyz - Zack berdepan maut


TENANG...Zack dibawa ke luar mahkamah selepas didakwa, semalam.
TENANG...Zack dibawa ke luar mahkamah selepas didakwa, semalam.
SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di

 Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di 

sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa 

mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling 

Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.


Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 

1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan 

hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 




Malaysia seri 2-2 dengan Singapura dalam Cabaran Causeway 2012


KUALA LUMPUR: Malaysia hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang dikenali sebagai Cabaran Causeway 2012 di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.
Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan berhati-hati pada awal permainan yang menyaksikan tiada percubaan berbahaya sepanjang 30 minit permainan. 
Ketua jurulatih Singapura, Radojko Avramovic yang menurunkan sebahagian besar pemain Lions XII yang bermain dalam Liga Super, kemudian mengubah rentak permainan dengan strategi menyerang namun gagal menembusi kubu pertahanan Malaysia yang dikawal kemas oleh Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Azmi Muslim.

Skuad kebangsaan sebaliknya mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan penyerang Pahang, Azamuddin Akil pada minit ke-43 selepas beliau memanfaatkan hantaran silang daripada Mohd Safee Sali.

Kapten pasukan, Mohd Safiq Rahim kemudian menggandakan jaringan skuad kebangsaan pada minit ke-60 menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti untuk menewaskan Mohd Izwan Mahbud di gawang Singapura.

Singapura hampir menjaringkan gol pertama mereka menerusi sepakan penalti oleh penyerang kelahiran China, Qiu Li pada minit ke-83, namun berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Pemain tengah Singapura, Shahdan Sulaiman berjaya mengurangkan defisit jaringan melalui sepakan percuma pada minit ke-87.

Qiu Li menebus kegagalan untuk menyempurnakan sepakan penalti Singapura dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-93 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti Malaysia.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula dalam perlawanan timbal-balik di Stadium Shah Alam pada 12 Jun ini. - BERNAMA


BARISAN PEMAIN

Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat, K. Gurusamy, Mohd Azmi Muslim (Mahalli
Jasuli), Mohd Fadhli Shas, Aidil Zafuan Abdul Radzak (S.Subramaniam), Mohd Safiq
Rahim (kapten), Mohd Bunyamin Umar, S. Kunanlan (S. Chanturu), Shahurain Abu
Samah (Azamuddin Akil), Norshahrul Idlan Talaha (Ahmad Shakir Mohd Ali), Mohd
Safee Sali (Amar Rohidan).

Singapura: Mohd Izwan Mahbud, Mustafic Fahrudin, Hariss Harun, Madhu
Mohanna, Shaiful Esah Nain, Baihakki Khaizan (kapten), Safuwan Bahrudin (Shahdan
Sulaiman), Sufian Anuar, Irwan Shah (Shi Jiayi), Qiu Li, Agu Casmir (Khairul
Nizam).

Pengadil: Ng Kai Lang (Hong Kong)

Euro: Poland 1 Greece 1, cetus kontroversi


Kejohanan Euro 2012 bermula, Poland lwn Greece

WARSAW - Selepas spekulasi dan harapan berbulan-bulan, kejohanan Euro 2012 bermula di ibu negara Poland dengan pasukan tuan rumah dan Greece terikat 1-1 dalam pertemuan yang penuh dengan drama dan kontroversi.
Drama dan kontroversi melibatkan layangan dua kad merah termasuk ke atas penjaga gol Poland sendiri.
Greece yang mempertikaikan keputusan pengadil apabila tidak memberi tendangan penalti pada separuh masa pertama, gagal menyempurnakan sepakan penalti di separuh masa kedua.
Pengadil dari Sepanyol, yang dilihat 'bias' kepada Greece di separuh masa pertama, melayangkan dua kad merah masing-masing satu kepada pasukan Poland dan Greece, sekali gus mencemarkan perlawanan sulung kejohanan Euro 2012.
Poland menguasai separuh masa pertama manakala Greece pula lebih menguasai permainan separuh masa kedua. Ia perlawanan pertama Kumpulan A yang turut dianggotai Rusia dan Republik Czech.
Gol pertama kejohanan dan bagi pasukan Poland dijaringkan oleh Robert Lewandowski pada minit ke-17. Greece menyamakan kedudukan di awal separuh masa kedua, iaitu pada minit ke-51, menerusi Dimitris Salpingidis, yang dibawa masuk pada separuh masa kedua.
Salpingidis menghasilkan beberapa percubaan tetapi gagal membawa mata penuh kepada Greece.
Perlawanan sulung ini mencetuskan kontroversi apabila pengadil melayangkan kad merah selain menafikan tendangan penalti kepada pasukan Greece.
Pemain Greece, Sokratis Papastathopoulos dilayangkan kad merah dan diarah keluar padang sementara Poland kelihatan menguasai perlawanan sulung ini.
Bermain dengan 10 pemain, Greece kelihatan berhadapan dengan situasi malang apabila dinafikan tendangan penalti ketika separuh masa pertama hampir tamat.
Pemain Greece Jose Holebas yang mempertikaikan keputusan pengadil menafikan tendangan penalti diberikan kad kuning, sekali gus mencetuskan kontroversi.
Holebas mempertikaikan bahawa pemain Poland menahan bola dengan tangan di hadapan gawang, Keputusan itu turut dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk komen-komen melalui blog dan Twitter.
Penjaga gol Poland Wojciech Szczesny, yang sebelu ini mewakili Arsenal, pula diberikan kad merah dan diarah keluar padang selepas menjatuhkan pemain Salpingidis pada minit ke-69.
Tendangan penalti Greece, yang diambil oleh Giorgos Karagounis tidak disempurnakan dengan baik. Ia diselamatkan oleh penjaga gol gantian Przemyslaw Tyton.
Salpingidis menjaringkan gol empat minit kemudian tetapi tidak dibenarkan kerana 'offside'.
Kejohanan kali ini dianjurkan bersama oleh Poland dan Ukraine.
Sepakan mula dilakukan oleh Greece yang bertemu dengan pasukan tuan rumah Poland di Stadium Nasional di sini setelah selesainya majlis perasmian.
Sebanyak 16 pasukan terbaik bersaing di peringkat akhir Euro 2012 yang akan berlangsung selama tiga minggu - untuk menguasai Piala Henri Delaunay. Sepanyol mempertahankan kejuaraan mereka.
Perlawanan akhir akan berlangsung 1 Julai di Kiev, Ukraine.
Sebanyak 31 perlawanan akan berlangsung sepanjang tempoh selama tiga minggu kejohanan. Pertemuan Poland dan Greece ini disusuli dengan perlawanan antara Rusia dan Republik Czech pada jam 2.45 pagi nanti.

SEKILAS FAKTA:
- Keputusan akhir Poland (1) Greece (1)
- Bermain dengan 10 orang; pemain Poland Szczesny dan  Papastathopoulos dari Greece dibuang padang
- Robert Lewandowski penjaring sulung Euro 2012.
- Greece dinafikan penalti pada separuh masa pertama, tetapi gagal menyempurnakan penalti di separuh masa kedua.
- 3 kad kuning; 2 kad merah dikeluarka.
- Dimitris Salpingidis dan Przemyslaw Tyton wira bagi Greece dan Poland Salpingidis menjaringkan gol Greec; Tyton menyelamatkan tendangan penalti.

Sumber Sinar

PM sedia pertimbang BR1M pusingan kedua



ORANG ramai berebut-rebut untuk bersalaman dengan Najib ketika merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kulim semalam.


KULIM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini semalam.
Katanya, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Najib berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Tuesday, June 5, 2012

Orang luar kagumi Malaysia



NAJIB (kanan) menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Ramai orang luar yang melawat Malaysia kagum dengan pelbagai kejayaan yang dicapai negara dan mereka dilihat seolah-olah memiliki persepsi yang sama sekali berbeza dengan realiti dalam negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, banyak petunjuk dalam negara yang memberikan gambaran jelas mengenai kejayaan yang dicapai negara selaras dengan pelbagai inisiatif kerajaan.
"Rupa-rupanya wujud jurang antara persepsi dan realiti di Malaysia, bagi sesetengah negara, realiti itu lebih buruk daripada persepsi tapi bagi Malaysia persepsi nampak lebih buruk daripada realiti," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini semalam.

Sumber Kosmo

Sunday, June 3, 2012

Bapa Peluk Anak Maut Kemalangan- Ledang Muar




HASHIM kelihatan sugul sambil memeluk dan enggan melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid sebelum dihantar ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang, Muar malam kelmarin.


MUAR - Dek kerana terlalu sedih, seorang bapa tetap memangku dan memeluk tubuh kaku anak lelakinya kira-kira satu jam selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang dekat sini pada pukul 9.50 malam kelmarin.
Tindakan Hashim Kamat, 55, yang tidak mahu melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid, 19, daripada pelukannya menyayat hati orang ramai yang melihat kejadian itu.
Dia yang tinggal di Kampung Batu 19, Sengkang dekat sini mengetahui kejadian malang itu apabila menerima panggilan telefon daripada anak ketujuhnya, Hamizad, 16, menyatakan arwah terlibat dalam kemalangan.
Semasa menerima panggilan tersebut, dia berada di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya.
"Saya sangat terkejut kerana kami baru sahaja bertemu satu jam lalu di rumah sebelum pergi ke rumah kenduri. Sebelum kemalangan, Mohd. Izwan tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik.
"Sangat menyedihkan saya, apabila ia berlaku pada jarak kira-kira tiga kilometer dari rumah kami," kata Hashim ketika ditemui semalam.

Fasha Sandha sanding bertiga

 



Pelakon popular, Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli, 36, akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi sebelah pihak keluarga perempuan di taman rekreasi Tasoh Lake Resort & Retreet di Perlis, petang ini.
Pasangan yang diijabkabulkan dalam majlis pernikahan secara tertutup di Hotel Crowne Plaza, di sini, pada 27 April lalu itu bagaimanapun menyerahkan segala persiapan dan persediaan untuk majlis resepsi ini kepada keluarga Fasha yang sejak awal inginkan mereka mengadakan majlis di kampung halamannya.

Menurut Fasha yang dihubungi semalam, keluarganya menjemput 800 tetamu saja di kalangan keluarga terdekat, sahabat rapat dan peminat dari kelab We Love Fasha Sandha yang terpilih.
Katanya, meskipun diadakan di kawasan taman rekreasi terbuka seperti ini, majlis ini tidak terbuka kepada semua kerana keluarganya inginkan kesederhanaan.

“Semuanya mama uruskan dan saya bersama suami hanya hadir. Memang ini yang mama inginkan sejak dulu lagi untuk meraikan hari bahagia bersama ahli keluarga di sana.

“Alhamdulillah, pejam celik sudah lebih sebulan kami mendirikan rumah tangga. Esok kami berdua akan sekali lagi diraikan dalam majlis di sebelah pihak keluarga saya pula.
“Saya dan suami sangat seronok untuk pulang ke kampung halaman,” katanya yang tiba di Perlis bersama suami, awal pagi semalam.

Tiga minggu selepas bernikah, pasangan ini menerima berita gembira selepas Fasha disahkan mengandung.
Fasha berkata, majlis petang ini akan lebih bermakna kerana bukan hanya mereka berdua yang akan diraikan, sebaliknya kini bertiga bersama anak dalam kandungannya yang kini berusia tiga minggu lebih.

“Inilah hadiah paling istimewa buat kami berdua kerana kami akan turut meraikan perkhabaran gembira mengenai kandungan anak kami berdua. Justeru, perasaannya lebih seronok kerana kami akan bersanding bersama anak sulung.

“Rizal tidak membenarkan saya mengenakan kasut tumit tinggi kerana bimbang keselamatan dan keselesaan saya sepanjang majlis.

“Saya juga terpaksa menolak tawaran untuk membintangi watak utama sebagai Sarakit dalam drama bersiri, Dendam Sarakit tayangan TV3 kerana ada beberapa babak aksi seram bagi menjaga peringkat kandungan awal ini.

“Yang lebih penting adalah bertemu keluarga dan sahabat yang selama ini setia menjadi pembakar semangat buat kami berdua,” katanya yang akan kembali ke set penggambaran drama Syawal Buat Elysa, Julai depan.

Pelakon yang kini popular menerusi drama Seindah Sakura ini akan mengenakan baju rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan moden tradisional.

Lentok Dipanah Voodoo

‘Kerap alami mimpi ngeri’

TERTIPU... Zarina Ayu temui wang fotokopi dan patung daripada simpanan bekas teman lelaki.
TERTIPU... Zarina Ayu temui wang fotokopi dan patung daripada simpanan bekas teman lelaki.

Amalan khurafat berunsur sihir dikenali sebagai ‘voodoo’ dipercayai digunakan warga asing, khususnya di kalangan Mat Afrika, dalam usaha ‘mencairkan’ mangsa, sekali gus memudahkan aktiviti penipuan terhadap penduduk tempatan yang kebanyakannya wanita.
Walaupun amalan itu popular di benua Afrika dan biasanya digunakan untuk pengamal atau individu yang mengupah pihak tertentu supaya menyihir musuh sehingga membawa kematian, tujuan utama amalan itu kini dipelbagaikan mengikut keperluan pengamalnya.
Akibat penangan voodoo, mangsa seolah-olah dipukau hingga mudah menurut telunjuk penjenayah seperti dialami dua mangsa, Zarina Ayu, 36, dan Rohaya Dusa, 38 (bukan nama sebenar). Berikut pengakuan eksklusif mangsa yang mengalami kerugian besar hingga mengalami trauma dalam hidup mereka.
KES 1
ZARINA AYU:

“SAYA berharap wanita tidak sesuka hati melayan perbualan atau permintaan lelaki asing yang biasanya membuat janji temu dan memberi pelbagai hadiah sebelum meminta gambar atau merakam gambar bersama, kononnya untuk kenang-kenangan.

Saya harap apa yang saya alami dua tahun lalu tidak akan berlaku kepada orang lain kerana kesengsaraan dialami membawa petaka yang sangat dikesali hinggalah kini.

Selepas terpaksa meninggalkan keluarga kerana sanggup mengikut teman lelaki bertubuh sasa yang hanya dikenali selama sebulan, kebahagiaan diharapkan hingga ke jenjang pelamin tidak ke mana apabila kehilangan pekerjaan dan disisihkan apabila wang simpanan mula kehabisan.


SHARE THIS

Blog Archive