Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 18, 2010

Lari dari RUMAH

Seorang suami baru saja bertengkar dgn isterinya. Habis bertengkar,secara tiba-tiba saja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

''Kenapa?'' si suami bertanya.
Isterinya berhenti sebentar. Dia merenung suaminya itu lalu berkata:
''Kita sudah kahwin 15 tahun. Dalam masa itu,rumah kita tak pernah aman. Asyik bertengkar je. Saya dah tak tahan. saya nak tinggalkan rumah ni''.

Lelaki itu berfikir sebentar, dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian. Lalu berkata:

''Betul juga kata awak. Saya pun dah tak tahan dengan rumah ni... Saya nak ikut awak keluar dari rumah ni! Jom!!!''

huah,huah,huah...

Pengantin Baru dan Gangguan Kesihatan


Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti,doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.
''Untuk sementara waktu ini,anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja dlm seminggu. Untuk mudah mengigatinya,saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dgn huruf S, iaitu selasa dan sabtu. (Saran doktor)

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu,si suami tidak dapat menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga,

''Hari ini hari apa bang???'' tanya isteri.
''Sumaat'' jawab si suami dgn selamba.

Friday, September 17, 2010

Lara di Hotel Mewah


Lara datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Lara akan menginap.

Lara mengikuti langkah pelayan itu dan ketika pelayan itu menutup pintu,Lara melihat ke sekeliling dan marah-marah pada pelayan tersebut.

''Anak muda,aku mungkin tua dan orang kampung,tapi tidak berarti aku ni bodoh!! Aku membayar mahal utk tinggal di hotel ni tapi bilik ni bukan bilik yang sesuai dengan bayaran tu!!

Kasihnya Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Kalsom telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia mengjangkau 40-an telah diperhatikan jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak 3 kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,tengah hari dan petang untuk manyiram kubur isterinya lebih dari 2 minggu secara berterusan.
Ada sesetengah dari jiran dan penduduk setempat beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata :

''Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian,yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini berbuat begitu.''

Pak Mat menjawab:

''sebenarnya sebelum Kalsom menghebuskan nafasnya yang terakhir,beliau telah berpesan kepada saya,kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dulu.
''sebab itu saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh.''

Pemadam api Seperti Bom Tangan


Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu seminar Kebakaran & keselamatan di Penang , mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali..

"Cabut pin ni seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan.

kemudian tekan di sini utk mengeluarkan foam,nya" terang pegawai itu dgn lebih lanjut.

Tidak lama kemudian ,seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan terpilih utk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya,dia terlupa utk mencabut pin alat pemadan api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klu nya...

INGAT!, SEPERTI BOM TANGAN.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu kedalam kawasan kebakaran tersebut.. Demikian adanya....

SHARE THIS

Blog Archive