Pengikut Boyzzonne

Friday, July 27, 2012

‘Arwah pesan buat air sedap’ - Kes Kereta dirempuh keretapi barang


“Datuk berpesan kepada saya supaya menyediakan minuman dan kuih yang sedap kerana mahu berbuka puasa di rumah kami ketika bertemu di pekan Mata Ayer, beberapa minit sebelum
kejadian,” kata Nor Amizah Jasmi, 20, cucu Yahaya Kassim, 74, yang maut apabila kereta Proton Wira dipandunya dirempuh kereta api barang di sini, kelmarin.

Nor Amizah berkata, dia berniaga air buah-buahan di bazar Ramadan Balai Baru, Beseri, di sini, apabila datuknya itu datang dan berpesan supaya membuat air yang sedap kerana dia mahu merasainya ketika berbuka puasa kelak.

“Saya hairan juga kerana sebelum ini datuk tidak pernah meninggalkan pesanan sedemikian, namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum menerima berita mengejutkan dia terbabit dalam kemalangan beberapa jam kemudian,” katanya.
Katanya, datuknya seorang yang aktif dan tegas, malah sering memandu kereta sendiri jika mahu ke mana-mana selain suka berkebun apabila mempunyai masa lapang.

“Datuk serius dan jarang tersenyum kepada anak-anak serta cucu-cucunya, tetapi semalam (kelmarin) keadaan berbeza, apabila dia menjadi murah dengan senyuman membuatkan saya rasa sedikit kehairanan.

“Saya rasa terkilan kerana tidak dapat memenuhi hajatnya untuk meminum air buah-buahan yang sudah dibuat, tetapi menerima segala ketentuan Tuhan yang lebih menyayanginya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive