Pengikut Boyzzonne

Sunday, May 20, 2012

Komputer riba musim bunga


PENGELUAR produk digital terkemuka dunia, Asus baru-baru ini memperkenalkan model komputer riba ultra Zenbook terbaru, Rose Gold dan Hot Pink.
Rangkaian produk pengkomputeran itu didatangkan bersama kelebihan skrin bersaiz 27 inci dan dilengkapi teknologi diod pemancar cahaya (LED).
Pemilihan tema ultra Zenbook Rose Gold dan Hot Pink berwarna merah jambu dan emas bertepatan dengan suasana musim bunga kini.
Mempunyai reka bentuk fizikal menarik, model terbaru itu juga hanya setebal 0.35 inci di bahagian belakang dan 0.11 inci bahagian hadapan.
Selain itu, ia juga dilengkapi pemproses Intel Core i7, storan SATA Revision 3.0 solid state(SSD), Bluetooth 4.0 dan USB 3.0 serta teknologi ASUS-patented Super Hybrid Engine II yang memberi penjimatan hayat bateri sehingga 25 peratus berbanding rangkaian ultra book lain.
Bagi teknologi skrinnya pula, ia memberi kesan pencahayaan visual lebih terang disempurnakan bersama resolusi QHD bersaiz 2560x1440.
Skrinnya yang bersaiz 27 inci menjadikan model terbaru itu adalah 25 peratus lebih kecil berbanding skrin generik W FHD yang diperkenalkan sebelum ini dengan sudut pandang menegak dan melintang 178 darjah.
Panel LED belakangnya pula disempurnakan bersama 100 peratus ruang warna RGB bagi membolehkan pengalihan warna yang minimum dan mengagumkan.
Disyorkan kepada pengguna daripada kalangan artis professional dan jurugambar, komputer riba itu mempunyai fungsi eksklusif QuickFit Virtual Scale untuk tujuan mengedit foto pada skrin dengan saiz sebenar.
Rekaannya yang ergonomik pula boleh diselaraskan mengikut cita rasa pengguna.

Saturday, May 19, 2012

Keputusan Final Piala FA 2012

KEPUTUSAN FINAL PIALA FA 2012

                                    KELANTAN VS SIME DARBY
  
                                                              1-0



Kelantan juara piala FA 2012
Akhirnya Piala FA 2012 milik pasukan The Red Warriors setelah menewaskan Sime Darby 1 gol 0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil
Babak pertama menyaksikan Sime Darby berjaya membantutkan asakan Kelantan,corak permainan bertahan Sime Darby berjaya mengikat keputusan tanpa gol sehingga tamat separuh masa pertama
piala fa 2012 baru akhir kelantan juara piala fa 2012
Namun,di separuh masa kedua,Kelantan mengandakan asakan sehinggakan jentera pertahanan Sime Darby menjadi kucar-kacir.Begitu pun gol Kelantan hadir menerusi jaringan penalti Mohammed Ghaddar pada minit 58,Sepakan penalti dihadiahkan pengadil perlawanan apabila Obina Nwaneri ditolak dalam kawasan penalti ketika cuba menandukan bola hantaran Indra Putra
Gol jaringan Ghaddar mencetuskan semangat baru untuk Kelantan untuk terus memburu gol.Serangan demi serangan dilakukan,diiringi sorakan puluhan ribu penyokong The Red Warriors
Tetapi Sime Darby tidak mudah mengalah dan menangkis asakan Kelantan sehingga tamat 90 minit permainan
Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA 2012,lebih manis lagi tatkala musim ini merupakan Piala baru yang diperkenalkan oleh FAM.Untuk rekod 5 tahun perlawanan akhir piala Fa,Kelantan layak ke final pada tahun 2009 dan 2011
Pada tahun ini,mereka berjaya merealisasikan impian untuk menjulang Piala yang didambakan oleh penyokong dan rakyat Kelantan.Tahniah kelantan!

Video gol jaringan penalti Mohammed Ghaddar final Piala FA 2012





LIVE STREAMING CHELSEA VS BAYERN MUNICH 19 MEI 2012 – FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2012

Post image for LIVE STREAMING CHELSEA VS BAYERN MUNICH 19 MEI 2012 – FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2012

LIVE STREAMING CHELSEA VS BAYERN MUNICH 19 MEI 2012 – FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2012 | Nantikan Final Champions League 2012 yang bakal berlangsung pada 19 Mei 2012 diantara Chelsea vs Bayern Munich. Mampukah Chelseabangkit menentang Bayern Munich yang dilihat mempunyai banyak kelebihan? MampukahChelsea bangkit dari kekalahan yang sering dialami serta prestasi yang tidak menentu dalam kancah saingan Liga Perdana Inggeris 2012?
Saksikan siaran langsung secara Live Streaming Chelsea vs Bayern Munich pada 19 Mei 2012 nanti. 

SHARE THIS

Blog Archive