Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 12, 2012

PM Britain terlupa anak


Perdana Menteri Britain, David Cameron tertinggal anak perempuannya berusia lapan tahun di sebuah pub selama 15 minit selepas makan tengah hari bersama keluarga, lapor pejabatnya Downing Street, semalam.
Nancy pergi ke tandas ketika perdana menteri dan isterinya Samantha berbincang mengenai kenderaan untuk pulang dan pasangan itu hanya menyedari Nancy tiada ketika mereka tiba di rumah, lapor akhbar The Sun.


“Perdana Menteri dan Samantha menjadi tidak keruan apabila menyedari

Takeuchi rakyat Jepun pertama takluki 14 puncak tertinggi dunia


Seorang pendaki warga Jepun yang nyaris terbunuh akibat runtuhan salji pada 2007 menjadi rakyat pertama negaranya yang menakluki 14 gunung tertinggi di dunia, menyelesaikan pendakian terbarunya di Nepal, kata pihak berkuasa pergunungan.

Persatuan Pendaki Gunung Nepal berkata, Hirotaka Takeuchi menakluki Gunung Dhaulagiri yang berketinggian 8,167 meter pada 26 Mei lalu bagi menamatkan misinya selama 17 tahun. Dia hampir maut lima tahun lalu ketika mendaki Gunung Ghashabrum.




Semua gunung 14 tertinggi itu, termasuk Everest, K2 dan Kanchenjunga terletak di banjaran Himalaya atau Karakoram di Asia. Takeuchi menjadi orang ke-30 dapat mendaki semua gunung itu dan pendaki pertama dari Jepun, kata pegawai Persatuan Pendaki Gunung Nepal, Deebash Bikram Shah.



Takeuchi berkata, dia merancang untuk kembali ke Himalaya untuk mendaki satu lagi gunung tahun depan. 

Bogel di luar rumah selebriti

CUBA LARI...lelaki bogel yang tidak dikenali  melompat ke dalam semak ketika polis menghampirinya.
CUBA LARI...lelaki bogel yang tidak dikenali melompat ke dalam semak ketika polis menghampirinya.

Seorang lelaki bogel ditangkap di jalan raya oleh polis selepas didakwa menjerit bahawa dia khayal kerana mengambil dadah, berhampiran kediaman selebriti terkenal Hollywood, semalam.
Polis dipanggil ke kawasan berhampiran rumah Orlando Bloom dan isteri, Miranda Kerr dan mendapati lelaki itu tersembam di jalan raya.

Dia kemudian melompat ke dalam semak apabila polis menghampirinya.

Polis menyarungkan sarung tangan hitam sebelum menariknya keluar dan menangkapnya.


Lelaki itu yang identitinya belum diketahui, digari dengan tangannya di belakang sebelum dibawa oleh kereta peronda itu.

Kejadian di Hollywood Hills itu juga berhampiran dengan kediaman selebriti terkenal seperti Jason Statham, Charlize Theron, Laura Dern dan Will Ferrell.

Setakat ini tidak dapat dipastikan siapa yang menelefon polis atau jenis kesalahan yang menyebabkan lelaki itu ditangkap. - DM


SHARE THIS

Blog Archive