Pengikut Boyzzonne

Friday, September 17, 2010

Kasihnya Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Kalsom telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia mengjangkau 40-an telah diperhatikan jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak 3 kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,tengah hari dan petang untuk manyiram kubur isterinya lebih dari 2 minggu secara berterusan.
Ada sesetengah dari jiran dan penduduk setempat beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata :

''Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian,yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini berbuat begitu.''

Pak Mat menjawab:

''sebenarnya sebelum Kalsom menghebuskan nafasnya yang terakhir,beliau telah berpesan kepada saya,kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dulu.
''sebab itu saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh.''

1 comment:

SHARE THIS

Blog Archive